Publication:
Faktor Terapeutik Kaunseling Kelompok dalam Meningkatkan Kesejahteraan Kendiri

Research Projects

Organizational Units

Journal Issue

Abstract

Kaunselor berperanan dan bertanggungjawab dalam usaha mengembangkan segala potensi yang ada pada diri setiap klien. Kemahiran kaunseling dalam perhubungan terapeutik antara kaunselor dan klien adalah sangat penting dalam mendorong perubahan diri klien. Justeru, kajian ini bertujuan meneroka elemen terapeutik dalam kaunseling kelompok yang dapat meningkatkan kesejahteraan kendiri. Kajian ini menggunakan kaedah kajian kualitatif menerusi analisis kandungan terhadap artikel-artikel yang telah diterbitkan dalam pangkalan data seperti Scopus, Social Sciences Citation Index (SSCI) dan Science Direct. Sebanyak 45 artikel telah dipilih. Kajian ini telah mendapati bahawa terdapat lima faktor utama terapeutik yang membawa kepada kesejahteraan diri termasuklah sikap altruisme dan membantu, kemahiran insaniah, katarsis jiwa, kejeleketan kelompok dan pengkayaan maklumat serta nilai. Kesimpulannya, kajian ini secara langsung dapat meningkatkan kesedaran dalam kalangan kaunselor berkenaan pelaksanaan kaunseling kelompok yang perlu mengambil kira elemen terapeutik sebagai faktor yang dapat meningkatkan keberkesanan pelaksanaannya.

Description

VOLUME 8, ISSUE 2

Keywords

Group counseling, Therapeutic, Personal Well-being, Mental health,

Citation