Please use this identifier to cite or link to this item: https://oarep.usim.edu.my/jspui/handle/123456789/10376
Title: Profil Klien Cnc1malaysia Dan Tempoh Kekal Pulih Satu Kajian Tinjauan Ke Atas Klien Sukarela
Authors: Mohamad Isa Amat 
Amin Al Haadi Shafie 
Mohd Rushdan Jailani 
Khairunneezam Mohd Noor 
Abd. Halim Hussin 
Rafidi Jusoh 
Keywords: Profil Klien, Tempoh Kekal Pulih, Pakej Program Rawatan dan Pemulihan;Drug addiction--Treatment--Malaysia
Issue Date: 2015
Conference: Proceeding Prevent 2015 (International Drug Prevention And Rehabilitation Conference) 
Abstract: 
Negara telah mencatatkan satu sejarah yang bermakna dalam usaha memerangi permasalahan dadah pada 2010. Kerajaan Malaysia menerusi agensinya iaitu Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) telah memperkenalkan pendekatan program rawatan dan pemulihan secara sukarela kepada individu yang menghadapi permasalahan berkaitan dadah selain daripada klien yang mengikuti program rawatan dan pemulihan secara paksa (perintah mahkamah) dengan memperkenalkan Klinik Cure and Care 1Malaysia di seluruh negara. Kertas ini secara khusus akan membincangkan profil klien-klien yang mengikuti pakej-pakej rawatan dan pemulihan yang mereka ikuti (pakej 30 hari, pakej 60 hari, dan pakej 90 hari). Kedua, kertas kerja ini juga melihat kepada tahap tempoh kekal pulih (abstinence) klien selepas menjalani pakej tadi. Semua maklumat ini dikutip daripada 473 klien di 10 Klinik Cure and Care seluruh negara menggunakan kaedah tinjauan (survey) mengenai profil dan tempoh kekal pulih menggunakan soal selidik Profil Responden. Kajian ini secara keseluruhannya mendapati klien lebih ramai mengikuti pakej rawatan selama 90 hari berbanding pakej 30 hari dan 60 hari. Walaupun klien telah meninggalkan program rawatan, dapatan kajian mendapati majoriti klien masih dikira tahap awal kepulihan. Dapatan kajian, implikasi kajian, dan cadangan kajian masa depan turut dibincangkan.
URI: https://oarep.usim.edu.my/jspui/handle/123456789/10376
ISBN: 978 967 440 246 4
Appears in Collections:Proceeding Prevent 2015 (International Drug Prevention And Rehabilitation Conference)

Show full item record

Google ScholarTM

Check

Altmetric


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.