Please use this identifier to cite or link to this item: https://oarep.usim.edu.my/jspui/handle/123456789/10651
Title: Kesahan Dan Kebolehpercayaan Instrumen Model Keperluan Bahasa Arab Untuk Pelancongan Islam Di Selangor
Other Titles: Validity and Reliability of Arabic Language Need for Islamic Tourism in Selangor Model Instruments
Authors: Mohammad Imran Ahmad 
Muhammad Firdaus Abdul Manaf 
Mohammad Najib Jaffar 
Keywords: Bahasa Arab untuk Pelancongan Islam, Analisis Keperluan, Pelancongan Islam, Cronbach Alpha, Kebolehpercayaan
Issue Date: 2019
Publisher: Pusat Pengajian Teras (PPT), Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor
Journal: e-Jurnal Bahasa dan Linguistik 
Abstract: 
Kajian ini bertujuan untuk membina instrumen model keperluan Bahasa Arab Untuk Pelancongan Islam di Selangor serta menilai kesahan dan kebolehpercayaan dalam mengukur kepentingan bahasa Arab dalam sektor pelancongan di Malaysia. Instrumen ini dibangunkan menggunakan Model Reka Bentuk Keperluan Bahasa Hutchinson & Waters (1987). Ia mengandungi empat konstruk utama iaitu faktor-faktor pemilihan destinasi pelancongan, penggunaan bahasa Arab dalam pelancongan, keperluan pelancong Arab terhadap bahasa Arab di Selangor dan cadangan silibus Bahasa Arab Pelancongan. Ia meliputi 46 item soalan yang diukur menggunakan skala Likert. Soal selidik ini telah disahkan oleh empat orang pakar bidang bahasa Arab untuk tujuan khusus dan pendidikan. Satu kajian rintis yang melibatkan seramai 30 orang pelancong berbangsa Arab dipilih secara rawak di sekitar Selangor. Dapatan kajian ini mendapati bahawa nilai Cronbach Alpha keseluruhan bagi instrumen penilaian ini ialah 0.845. Ini menunjukkan bahawa instrumen penilaian ini mempunyai nilai kebolehpercayaan yang tinggi dan baik. Diharapkan agar instrumen penilaian Keperluan Bahasa Arab Untuk Pelancongan Islam di Selangor ini dapat membantu dalam menganalisis keperluan sebenar pelancong Arab yang memilih Malaysia sebagai destinasi pelancongan khususnya negeri Selangor dan melonjakkan kadar pendapatan perkapita negeri dalam bidang pelancongan.
Description: 
Volume:1 No:1
URI: https://oarep.usim.edu.my/jspui/handle/123456789/10651
ISSN: 2682-8987
Appears in Collections:Other Publications

Files in This Item:
File Description SizeFormat Existing users please Login
Kesahan Dan Kebolehpercayaan Instrumen Model Keperluan Bahasa Arab Untuk Pelancongan Islam Di Selangor.pdf1.49 MBAdobe PDF    Request a copy
Show full item record

Page view(s)

1
checked on Apr 25, 2024

Google ScholarTM

Check


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.