Please use this identifier to cite or link to this item: https://oarep.usim.edu.my/jspui/handle/123456789/11511
Title: Peranan Ahli Psikologi Islam
Authors: Azwaildi Azalan 
Keywords: Psikologi--;Rohani
Issue Date: 9-Nov-2012
Publisher: Universiti Sains Islam Malaysia
Conference: International Conference on Islamic Leadership-2 (iCiL-2) 2012 
Abstract: 
Psikologi adalah salah satu cabang ilmu yang bercambah dari ilmu falsafah. Walau bagaimanapun psikologi juga bukan tergolong dalam cabang ilmu sains hayat atau sains tulen. Ini kerana psikologi mengambil cebisan dari kedua-dua bidang ilmu ini. Bidang ini telah lama berkembang sejak zaman kegemilangan tamadun purba Mesic Greek, China dan India. Perkembangan ilmu psikologi kini dilihat kini semakin jauh dari penerapan awal ilmu ini oleh tamadun terdahulu yang menggunakan pendekatan untuk mendekatkan diri dengan Maha Pencipta. Tugas memurnikan dan mensucikan kembali pemikiran dan rohani mereka ini bukan sahaja terletak di bahu pemimpin dun pendakwah, malah ahli psikologi yang beragama Islam. Ini kerana kepakaran ahli psikologi Islam adalah amat penting dalam memperbetulkan kembali pemikiran dan konsep yang terdapat dalam ilmu psikologi kini. Malah Nabi Muhammad s.a.w. sendiri menggunakan pendekatan psikologi dalam penyebaran dakwahnya dengan wahyu Allah s.w.t. Ini dapat dijelaskan dengan keperibadian yang disenangi oleh kaum di Mekah dan diperlihatkan dalam fasa dan peringkat penyebaran itu sendiri secara bersembunyi hingga secara terang-terangan.Oleh yang demikian adalah penting ahli psikologi Islam kini memainkan peranan penting dalam pemurnian dan pembetulan konsep psikologi yang sedia ada. Ini kerana ilmu psikologi itu asanya adalah diperkembangkan oleh umat Islam itu sendiri.
URI: https://oarep.usim.edu.my/jspui/handle/123456789/11511
Appears in Collections:International Conference on Islamic Leadership-2 (iCiL-2) 2012

Files in This Item:
File Description SizeFormat
Peranan Ahli Psikologi Islam.pdfPeranan Ahli Psikologi Islam200.43 kBAdobe PDFView/Open
Show full item record

Google ScholarTM

Check


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.