Please use this identifier to cite or link to this item: https://oarep.usim.edu.my/jspui/handle/123456789/11522
Title: Good Governance dan Wasatiyyah (Pentadbiran Baik dan Seimbang) dalam Karya Raja Ali Haji
Authors: Muhamad Hanapi Jamaludin 
Abd Latif Samian 
Keywords: Wasatiyyah;Raja Ali Haji;Ijtihad
Issue Date: 6-Nov-2012
Publisher: Universiti Sains Islam Malaysia
Conference: International Conference on Islamic Leadership-2 (iCiL-2) 2012 
Abstract: 
Idea good governance dilahirkan di barat sebagai implikasi terhadap gabungan beberapa teori politik pemerintahan yang digagaskan ahli falsafah mereka daripada zaman Yunani. Regunya ialah idea-idea Islami tentang ha1 pemerintahan yang baik. Islam telah menawarkan alternatif terhadap sebarang bentuk idea-idea yang didatangkan oleh peradaban barat, untuk melengkapkan usaha pemikiran yang telah digerakkan oleh pemikir mereka. Alum Melayu menerima manfaat paling besar apabila kemasukan Islam. Lahirnya tamadun dun tokoh-tokoh ternama, didukung oleh Islam yang membawa bersamanya cahaya pengetahuan. Raja Ali Haji adalah sebahagian daripada tokoh yang lahir daripada zaman keemasan tamadun Melayu-Islam. Tanpa perlu belajar ilmu-ilmu barat, Raja Ali Haji telah menyajikan sentuhan 'syarak mengata, adat menurut' dalam tulisannya tentang bagaimana sesebuah pemerintahan yang baik dan seimbang mampu dibina. Syarak adalah peraturan dun ketetapan Khaliq yang tuntas, manakala adat adalah perkara cabang yang boleh diijtihadkan dalam usaha "membaik-baik negeri " dun menjaga keseimbangan hubungan negara, raja dan rakyat. Beliau menekankan mengenai pemimpin dan kepimpinan yang perlu bersikap adil dalam berhukum mengikut tuntutan syariat dun menganjurkan kepentingan ilmu, pembinaan sahsiah rohani, rajin dun sikap terpuji lain. Raja Ali Haji mewakili peribadi pemimpin yang ideal atas kedudukannya sebagai ulama dun umara dalam sebuah negeri Melayu yang masyur. Kepimpinannya bertapakkan Islam sebagai dasar pautan disamping berintegrasi dengan nilai-nilai adat kelaziman bagi membangunkan sebuah idea pemerintahan yang baik dun wasatiyyah dalam memelihara hubungan antara Tuhan, manusia, alam dan negara.
URI: https://oarep.usim.edu.my/jspui/handle/123456789/11522
Appears in Collections:International Conference on Islamic Leadership-2 (iCiL-2) 2012

Files in This Item:
File Description SizeFormat
Good Governance dan Wasatiyyah (Pentadbiran Baik dan Seimbang) dalam Karya Raja Ali Haji.pdfGood Governance dan Wasatiyyah (Pentadbiran Baik dan Seimbang) dalam Karya Raja Ali Haji312.23 kBAdobe PDFView/Open
Show full item record

Google ScholarTM

Check


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.