Please use this identifier to cite or link to this item: https://oarep.usim.edu.my/jspui/handle/123456789/15368
Title: Pendaftaran Perkahwinan Pelarian Rohingya Dan Perlindungan Nasab
Authors: Khairunnisah Sayed Ahmad Kabeer;
Dina Imam Supaat; 
Farhana Mohamad Suhaimi 
Keywords: pelarian Rohingya, pendaftaran perkahwinan, undang-undang keluarga Islam, perlindungan nasab.
Issue Date: 2021
Publisher: ZES ROKMAN RESOURCES
Journal: International Journal For Studies On Children, Women, The Elderly and Persons with Disabilities 
Abstract: 
Pendaftaran perkahwinan adalah proses dokumentasi formal mengikuti prosedur yang termaktub di dalam undang-undang keluarga Islam. Tujuan pendaftaran perkahwinan adalah untuk merekod butiran penting perkahwinan yang akan diperlukan pada masa akan datang dan berperanan menyelesaikan pelbagai isu berkaitan pembentukan kekeluargaan. Bahkan, prosedur perkahwinan merupakan suatu sistem pentadbiran berbentuk keperluan (hajiyyat) yang boleh dipelihara bagi mengelakkan
kekeliruan tentang kesahan perkahwinan dan perihal ketidakjelasan yang berkaitan. Apabila pasangan yang berkahwin dapat memenuhi prosedur undang-undang, maka ianya sudah menjadi pelengkap (tahsiniyat) dengan hala tuju keselesaan kehidupan dan menghindari mudarat dalam kehidupan berkeluarga. Kajian ini memfokuskan perbezaan pendaftaran perkahwinan bagi bukan warganegara yang berstatus pelarian yang menjalankan pernikahan dibawah hukum syarak tanpa mengikuti prosedur undang-undang. Kajian ini menganalisa keperluan pendaftaran dibawah undang-undang, amalan pendaftaran perkahwinan pelarian Rohingya dan perlindungan nasab menggunakan kaedah kualitatif kepustakaan. Ia akan menerangkan prosedur perundangan keluarga Islam yang merangkumi elemen prinsip maqasid syariah melindungi keturunan terutamanya pelarian Rohingya. Seterusnya analisa akan dibuat untuk menilai semula amalan perkahwinan pelarian Rohingya dan cabaran perundangan dan kehakiman di Malaysia. Kajian ini menunjukkan bahawa perkahwinan pelarian Rohingya memerlukan pendaftaran dibawah undang-undang bagi menjamin kesahan sesuatu perkahwinan dan memelihara nasab. Ia juga memperlihatkan bahawa prinsip maqasid syariah adalah suatu garisan panduan yang memelihara kemaslahatan dalam melindungi hak wanita dan kanak-kanak dalam sesebuah keluarga daripada kemudaratan (daruriyat) yang berpanjangan.
URI: https://oarep.usim.edu.my/jspui/handle/123456789/15368
https://www.ijcwed.com/issue/international-journal-for-studies-on-children-women-elderly-and-disabled-people-vol-13-october-2021/
ISSN: 0128-309X
Appears in Collections:Other Publications

Files in This Item:
File Description SizeFormat
Pendaftaran Perkahwinan Pelarian Rohingya Dan Perlindungan Nasab.pdf273.89 kBAdobe PDFView/Open
Show full item record

Google ScholarTM

Check


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.