Please use this identifier to cite or link to this item: https://oarep.usim.edu.my/jspui/handle/123456789/16359
Title: Sorotan Sejarah Penyakit Berjangkit (Wabak) Sebagai Asas Pembinaan Fiqh Pandemik: Kajian Maqasidiah
Other Titles: Review On The History Of Infectious Diseases (Epidemic) As The Basis For The Construction Of Fiqh Pandemic: A Maqasidic Study
Authors: Lukman Abd Mutalib 
Wan Abdul Fattah Wan Ismail 
Ahmad Syukran Baharuddin 
Abdul Manan Ismail 
Mohd Soberi Awang 
Setiyawan Gunardi 
Siti Fatimah Salleh 
Muhammad Hazim Ahmad 
Keywords: Fiqh pandemik, wabak, sejarah penyakit berjangkit, istintāj al-ḥukm, maqasid syariah
Issue Date: 18-Nov-2020
Publisher: Penerbit USIM, Universiti Sains Islam Malaysia
Conference: E-Proceeding 3rd International Conference Of The Postgraduate Students And Academics In Syariah And Law 2020 (3rd INPAC 2020) 
Abstract: 
Penularan penyakit berjangkit (wabak) bukanlah perkara baharu dalam tamadun manusia. Mutakhir ini tamadun manusia sedang diuji lagi dengan penularan pandemik COVID-19. Wabak ini telah menjangkiti jutaan manusia daripada seluruh pelosok dunia serta memakan banyak nyawa. Wabak seperti ini adalah persis penularan wabak yang telah berlaku dan direkodkan dalam lintasan sejarah Islam sejak dari zaman Rasulullah s.a.w. Wabak yang kerap berlaku dalam sejarah Islam adalah wabak taun. Musibah ini telah meragut ribuan nyawa umat Islam pada waktu itu. Kajian ini dilaksanakan untuk melihat bagaimana kerangka fiqh pandemik terbina berdasarkan kepada peristiwa penularan wabak dalam sejarah Islam, mengeluarkan mutiara hukum dari peristiwa tersebut dan menghubungjalinkannya dengan maqasid syariah. Kajian kualitatif ini telah mengumpulkan data yang relevan melalui dokumen primer dan sekunder dan menganalisanya menggunakan kaedah analisis kandungan. Hasil kajian ini mendapati bahawa taun adalah penyakit berjangkit atau wabak yang seringkali menular dalam sejarah Islam. Terdapat beberapa siri penularan wabak taun yang telah direkodkan dalam lintasan sejarah Islam sejak dari zaman Rasulullah (s.a.w.). Ramai umat Islam termasuklah para sahabat (r.a.) meninggal dunia akibat daripada jangkitan wabak taun tersebut. Selain itu, hasil kajian juga menunjukkan bahawa terdapat beberapa istintāj hukum diperoleh daripada amalan dan tindakan yang dilaksanakan oleh Rasulullah (s.a.w.) serta para sahabat (r.a.) dalam mendepani wabak taun ini. Seterusnya, istintāj tersebut mempunyai hubungan rapat dengan konsep maqasid syariah dalam memenuhi kemaslahatan serta menghindari umat manusia daripada sebarang kemudaratan. Kajian ini diharapkan dapat menjadi pembuka jalan kepada pembinaan Fiqh Pandemik untuk kemudahan pelbagai pihak termasuklah ulil amri, pihak berkuasa, dan juga orang awam.
URI: http://inpac-fsu.usim.edu.my/
https://oarep.usim.edu.my/jspui/handle/123456789/16359
Appears in Collections:2020 INPAC

Show full item record

Google ScholarTM

Check


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.