Please use this identifier to cite or link to this item: https://oarep.usim.edu.my/jspui/handle/123456789/17258
Title: Pengambilan Upah Terhadap Pengurusan Jenazah Dan Bacaan Quran
Authors: Abdul Manan Ismail 
Mushaddad Hasbullah 
Zahari Mahad Musa 
Ahmad Zaki Salleh 
Mohamad Zaharuddin Zakaria 
Azman Ab Rahman 
Keywords: Upah, Pengurusan Jenazah, Quran.
Issue Date: 8-Oct-2019
Publisher: Penerbit USIM, Universiti Sains Islam Malaysia
Conference: International Conference On Quran As Foundation Of Civilisation (SWAT) 
Abstract: 
Pengambilan upah terhadap aktiviti keagamaan merupakan isu sensitif dalam masyarakat kerana umum menganggap bahawa aktiviti keagamaan merupakan ibadat yang perlu dilakukan dengan ikhlas tanpa perlu diupah. Pengambilan upah terhadap sesuatu urusan yang tidak menyalahi Syarak diharuskan berdasarkan syarat-syarat tertentu. Namun, terdapat kontroversi dalam masyarakat khususnya di Malaysia melibatkan pengambilan upah yang dikatakan terlalu tinggi bagi sesuatu aktiviti keagamaan. Antaranya ialah isu berkenaan pengambilan upah berpakej terhadap pengurusan jenazah yang merangkumi urusan-urusan asas seperti memandikan, mengkafankan, menyembahyangkan dan mengebumikan. Di samping itu, khidmat upah bacaan Quran terhadap si mati juga ditawarkan dengan harga yang berbeza-beza berdasarkan pakej permintaan pelanggan. Objektif kajian terfokus kepada pengenalpastian konsep dan syarat pengambilan upah dalam aktiviti keagamaan menurut Syarak serta menilai kaedah pengambilan upah terhadap pengurusan jenazah dan bacaan Quran dalam konteks semasa dan mencadangkan garis panduan ringkas berkaitan perkara tersebut. Kajian kualitatif ini menggunapakai kaedah analisa dokumen dan temubual bersama pihak yang terlibat secara langsung dalam aktiviti tersebut. Kajian ini menghasilkan garis panduan yang boleh digunapakai bagi tujuan penyelarasan pengambilan upah terhadap pengurusan jenazah dan bacaan Quran
Description: 
THE 6TH INTERNATIONAL CONFERENCE ON QURAN AS FOUNDATION OF CIVILIZATION (SWAT) 2019
“AL QURAN RAHMATAN LIL A’LAMIN: VISION AND CHALLENGES”
8th – 9th October 2019 / 9 – 10 Safar 1441H
Hosted By : Faculty Of Quranic And Sunnah Studies, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
URI: https://oarep.usim.edu.my/jspui/handle/123456789/17258
ISBN: 978-967-440-682-0
Appears in Collections:2019 SWAT

Files in This Item:
File Description SizeFormat
PENGAMBILAN UPAH TERHADAP PENGURUSAN JENAZAH DAN BACAAN QURAN.pdf490.48 kBAdobe PDFView/Open
Show full item record

Google ScholarTM

Check

Altmetric


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.