Please use this identifier to cite or link to this item: https://oarep.usim.edu.my/jspui/handle/123456789/18557
Title: Empat Sifat Mulia yang Utama dalam Kepemimpinan Berasaskan Qalb:Pelajaran daripada Iḥyā’ cUlūm al-Dīn oleh Imam Al-Ghazali (450-505H / 1058-1111M)
Authors: Wan Mohd Fazrul Azdi Wan Razali 
Khairunneezam Mohd Noor 
Mahazan Abdul Mutalib 
Mohd Rushdan Mohd Jailani 
Keywords: Kepemimpinan, Qalb, al-Ghazali, empat sifat mulia, Iḥyā’ cUlūm al-Dīn
Issue Date: 2019
Publisher: Pusat Pengajian Teras, USIM
Conference: E-Prosiding Seminar Antarabangsa Falsafah, Tamadun, Etika Dan Turath Islami (i-STET) 2019 
Abstract: 
Persoalan kepemimpinan di menara gading bukanlah suatu perkara yang boleh dipandang ringan. Kepemimpinan universiti yang baik dapat merencanakan perjalanan program pendidikan tinggi yang berdaya saing dan penghasilan siswa-siswi yang dapat menyumbang secara positif kepada pembangunan negara. Pelbagai perbincangan ilmiah telah dizahirkan untuk menekankan peri pentingnya kaedah mengurus dan mentadbir sesebuah universiti dengan kaedah kepemimpinan yang mapan dan tepat. Ini bagi memastikan hala tuju universiti sentiasa selaras dengan aspirasi dan kehendak para pemegang taruhnya. Program kepemimpinan berasaskan qalb merupakan salah satu program latihan kepemimpinan akademik yang telah dikendalikan oleh Akademi Kepimpinan Pengajian Tinggi (AKEPT) sejak tahun 2016 sehinggalah ke hari ini. Dalam program latihan kepemimpinan akademik ini, modul yang digunakan mengetengahkan konsep empat sifat mulia yang utama (four cardinal virtues) iaitu: hikmah, adil, berani dan kawalan diri, yang merupakan antara kebijaksanaan klasik mengenai pembentukan sifat-sifat peribadi yang mulia. Makalah ini akan menjelaskan pandangan dan huraian daripada al-Ghazali (450-505H / 1058-1111M) mengenai perkara ini melalui metode analisis teks ke atas Iḥyā’ cUlūm al-Dīn (1982) menerusi Kitāb Riyāḍah al-Nafs wa Tahdhīb al-Akhlāq wa Mucālajāt Amrāḍ al-Qalb. Kaedah penyelidikan kuantitatif digunakan dalam makalah ini untuk mengenal pasti perbincangan-perbincangan utama berkenaan empat sifat yang mulia ini dan bagaimana penghayatan kepada perkara ini berupaya melahirkan pemimpin yang berkaliber dan mempunyai ciri-ciri kepemimpinan yang cemerlang. Konsep dan amalan latihan jiwa (Riyāḍah al-Nafs) yang dianjurkan oleh al-Ghazali amat sesuai diaplikasikan dalam latihan kepemimpinan akademik universiti kerana menekankan pembentukan individu yang baik sebagai asas utama kepada pembentukan masyarakat yang bestari, berintegriti dan berbudaya tinggi.
Description: 
E-Prosiding Seminar Antarabangsa Falsafah, Tamadun, Etika Dan Turath Islami (i-STET) 2019 “Memartabatkan Turath Islami, Memacu Tamadun Multi Etnik”/ Penyunting : Mohd Azmir Mohd Nizah, Mashitah Sulaiman, Adibah Sulaiman @ Mohamad
19 Oktober 2019 (Pusat Pengajian Teras, USIM)
Anjuran : Pusat Pengajian Teras
Dengan Kerjasama: Pusat Wakaf dan Zakat, USIM dan Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan
URI: http://ppt.usim.edu.my/wp-content/uploads/2019/11/eProsiding-i-STET-2019-latest.pdf
https://oarep.usim.edu.my/jspui/handle/123456789/18557
ISBN: 9789675852442
Appears in Collections:2019 i-STET

Show full item record

Google ScholarTM

Check

Altmetric


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.