Please use this identifier to cite or link to this item: https://oarep.usim.edu.my/jspui/handle/123456789/19585
Title: Wakaf Menyokong Bantuan Kepada Orang Kurang Upaya (OKU) Di Malaysia
Authors: Farhana Mohamad Suhaimi 
Keywords: Wakaf, OKU, Pengurusan Wakaf
Issue Date: Dec-2022
Publisher: Penerbit USIM
Conference: E-Proceeding (Extended Abstract) SAIS 2022 Seminar Antarabangsa Islam dan Sains 2022 
Abstract: 
Orang Kurang Upaya (OKU) merujuk kepada individu yang tidak berupaya menentukan sendiri bagi memperoleh sepenuhnya ataupun sebahagian daripada keperluan mereka disebabkan sesuatu kekurangan, sama ada daripada segi fizikal ataupun mental, sama ada ia berlaku semenjak lahir ataupun kemudiannya. Mereka ini mengalami keterbatasan mobilisasi sama ada anggota fizikal mahupun mental dalam menjalani kehidupan seharian. Tumpuan perlu diberikan kepada OKU sebagai sebahagian ahli masyarakat yang memerlukan sokongan untuk hidup berdikari. Oleh yang demikian, wakaf juga berperanan membantu kerajaan dalam menyokong meningkatkan kualiti kehidupan OKU dan ke arah memperkasa komuniti yang produktif dan sejahtera. Objektif kertas kerja ini adalah untuk melihat kemudahan dan keistimewaan OKU sedia ada dan bagaimana projek wakaf sedia ada menyumbang dalam usaha menyokong OKU di Malaysia. Kajian yang dijalankan adalah kajian berbentuk kualitatif dan data diperolehi melalui analisis dokumen. Hasil kajian mendapati sumbangan wakaf tidak bersifat eksklusif, malah turut merangkumi keperluan OKU, walau bagaimanapun pelbagai inisiatif baru dengan kerjasama pihak berwajib yang bertanggungjawab dalam hal ehwal OKU boleh diperluaskan lagi untuk kemaslahatan OKU dan kesejahteraan masyarakat.
Description: 
E-Proceeding (Extended Abstract) SAIS 2022 Seminar Antarabangsa Islam dan Sains 2022 : “Memimpin Integrasi Ilmu Naqli dan Aqli”/ Editor: Nuradli Ridzwan Shah Mohd Dali , Irwan Mohd Subri , Siti Rubaini Mat.
1 December 2022 I Venue: Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, USIM
Organized by Persatuan Kakitangan Akademik Universiti Sains Islam Malaysia (PKAUSIM), Faculty of Syariah and Law, USIM and the Institute of Fatwa and Halal (iFFAH)
URI: https://pkausim.usim.edu.my/wp-content/uploads/2022/12/Prosiding-EA_2022.pdf
https://oarep.usim.edu.my/jspui/handle/123456789/19585
ISBN: e-ISBN: 9789670001807
Appears in Collections:2022 SAIS (Extended Abstract)

Files in This Item:
File Description SizeFormat
Wakaf Menyokong Bantuan Kepada Orang Kurang Upaya (Oku) Di Malaysia.pdf229.43 kBAdobe PDFView/Open
Show full item record

Google ScholarTM

Check

Altmetric


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.