Please use this identifier to cite or link to this item: https://oarep.usim.edu.my/jspui/handle/123456789/20369
Title: Analisis Keperluan Pembinaan Rekabentuk Model Bahasa Arab untuk Perundangan Islam Melalui Integrasi Ilmu Naqli dan Aqli
Other Titles: Need Analysis of Language Model Design in Arabic For Islamic Jurisprudence Through the Integration of Naqli and Aqli Knowledge
Authors: Ummu-Hani Abas
Azlan Shaiful Baharum 
Abdul Manan Ismail 
Mohammad Najib Jaffar 
Ahmad Asyraf Mat Ali 
Rasmina Hasbullah 
Keywords: Model, Bahasa Arab, Perundangan Islam, Naqli, Aqli.
Issue Date: 2023
Publisher: Penerbit USIM
Journal: Journal of Fatwa Management and Research (JFatwa) 
Abstract: 
Kajian ini bertujuan menganalisis keperluan pembinaan rekabentuk Model Bahasa Arab untuk Perundangan Islam Melalui Integrasi Ilmu Naqli Dan Aqli. Pada zaman ini, masalah yang sedang kita hadapi adalah perhatian kita terlalu sedikit dan singkat untuk mengetahui kaedah-kaedah bahasa Arab dan mengetahui kepentingannya dalam memahami sesuatu nas dan tujuan-tujuannya dengan melihat kepada operasi, konseptual, eksplisit, metafora, tafsiran umum dan khusus di mana semua ini memerlukan pengetahuan bahasa yang lengkap. Oleh itu, pemahaman terhadap fungsi Dalalah Nahwiyyah dan Balaghiyyah dalam pembinaan hukum perlu diambil perhatian dengan cara pengukuhan ciri-ciri unit modul akademik tersebut. Kajian ini menggunakan model analisis keperluan Hutchinson and Waters, 1987 yang terdiri daripada Kekurangan, Keperluan dan Kehendak untuk mengumpul data utama. Manakala data sokongan diperolehi daripada analisis dokumen-dokumen yang berkaitan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa majoriti responden sudah memahami kebanyakkan tajuk-tajuk berkaitan ilmu Nahu dan dalalahnya dengan baik walapun terdapat sebahagian mereka yang masih belum menguasainya. Dari sudut ilmu Balaghah pula, majoriti responden menunjukkan ketidakpastian dengan tahap pemahaman dan penguasaan mereka terhadap ilmu Balaghah dan dalalahnya. Oleh itu, kita dapati majoriti responden sangat bersetuju untuk mempelajari ilmu Nahu, Balaghah dan dalalahnya di samping memahami fungsi-fungsinya dalam mengistinbat hukum.
Description: 
VOL. 28 NO. 2
URI: https://oarep.usim.edu.my/jspui/handle/123456789/20369
https://jfatwa.usim.edu.my/index.php/jfatwa/article/view/509
ISSN: 0127-8886
DOI: 10.33102/jfatwa.vol28no2.509
Appears in Collections:Journal of Fatwa Management and Research (JFatwa)

Show full item record

Google ScholarTM

Check

Altmetric

Altmetric


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.