Please use this identifier to cite or link to this item: https://oarep.usim.edu.my/jspui/handle/123456789/20505
Title: Satu Analisis Tematik Terhadap Kaedah Rawatan Pemulihan Dadah di Malaysia
Other Titles: A Thematic Analysis of Drug Rehabilitation Treatment Methods In Malaysia
Authors: Abu Bakar Ahmad Mansor 
Khairiah Mohd Yassin 
Shukri Ahmad 
Keywords: Pemulihan Dadah, Kaedah Rawatan, Pondok Remaja Inabah, Analisis Tematik
Issue Date: 2023
Publisher: USIM Press
Source: Ahmad mansor, A.B., Mohd Yassin, K. and Ahmad, S. 2023. Satu Analisis Tematik Terhadap Kaedah Rawatan Pemulihan Dadah di Malaysia: A Thematic Analysis of Drug Rehabilitation Treatment Methods in Malaysia. ‘Abqari Journal. 28, 1 (Apr. 2023), 1-24. DOI:https://doi.org/10.33102/abqari.vol28no1.494.
Journal: Journal of Islamic Social Sciences and Humanities 
Abstract: 
Di Malaysia, terdapat pelbagai kaedah yang dilakukan oleh pusat rawatan pemulihan dadah baik melalui kaedah daripada pihak kerajaan, persendirian mahupun kaedah Pondok Remaja Inabah. Walaupun pelbagai kajian telah dijalankan menunjukkan kaedah-kaedah yang diimplementasikan oleh pihak terbabit dalam pemulihan dadah, namun perbezaan di antara ketiga-tiga agensi berkenaan masih belum giat diketengahkan kepada khalayak. Oleh itu, artikel ini dikemukakan bertujuan membincangkan kaedah yang telah digunakan oleh kerajaan, pusat rawatan persendirian dan juga Pondok Remaja Inabah, serta perbezaan pendekatan antara tiga agensi berkenaan. Setiap kaedah tersebut diteliti berasaskan kepada kajian-kajian lepas yang berkaitan dengan menggunakan kaedah analisis tematik menggunakan perisian Nvivo 12. Hasil analisis tematik menunjukkan pendekatan yang diterapkan oleh agensi-agensi kebanyakan berkonsepkan kaedah Barat kecuali agensi Pondok Remaja Inabah yang menggunakan kaedah Islam sepenuhnya dalam rawatan pemulihan dadah. Oleh itu, pendekatan analisis tematik ini sedikit sebanyak memudahkan pembaca untuk meneliti penemuan kajian yang diperolehi kerana penemuan yang diperolehi dilaporkan dalam bentuk grafik menggunakan rajah. Penemuan ini seterusnya dapat menjadi satu panduan kepada pihak berkepentingan serta ahli-ahli akademik sebagai rujukan untuk pengetahuan dan memperbaiki dasar yang sedia ada supaya program pemulihan diteruskan dan ditambahbaik dari masa ke masa.
Description: 
VOL. 28 Page (1-24)
URI: https://abqarijournal.usim.edu.my/index.php/abqari/article/view/494/315
https://oarep.usim.edu.my/jspui/handle/123456789/20505
ISSN: 2504-8422
2232-0431
DOI: 10.33102/abqari.vol28no1.494
Appears in Collections:Journal of Islamic Social Sciences and Humanities (Al-'Abqari)

Files in This Item:
File Description SizeFormat
Satu Analisis Tematik Terhadap Kaedah Rawatan Pemulihan Dadah di Malaysia.pdf382.53 kBAdobe PDFView/Open
Show full item record

Google ScholarTM

Check

Altmetric

Altmetric


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.