Please use this identifier to cite or link to this item: https://oarep.usim.edu.my/jspui/handle/123456789/20789
Title: Rasulullah sebagai Ikon Al-Qawwam
Authors: Ain Sofiah Binti Rosli 
Nor Awatif Binti Zahid 
Nurazura Binti Othman 
Syed Najihuddin bin Syed Hassan 
Keywords: Rasulullah, Al-Qawwam, Ikon, Pemimpin
Issue Date: 28-Jan-2023
Publisher: Penerbit USIM
Source: Yabi, S., Saidin, M., & Daud , Z. (Eds.). (2023). In E- Prosiding Kertas Kerja: Konvensyen Kearifan Nusantara Ke-4 (ARIF 2023). Penerbit USIM. https://fpqs.usim.edu.my/ms/e-proceeding/
Conference: E Prosiding Kertas Kerja: Konvensyen Kearifan Nusantara Ke-4 (ARIF 2023) 
Abstract: 
Al-Qawwam merupakan sifat yang penting dan perlu ada pada seorang lelaki. Menurut Ibn Kathir perkataan Al- Qawwam membawa makna pemimpin, pembesar, penguasa dan pendidik yang senantiasa mengurusi dan bertanggungjawab dalam sesuatu perkara. Umat Islam sendiri memiliki tokoh panutan yang tidak asing lagi iaitu Rasulullah sebagai contoh tauladan Al-Qawwam yang patut diikuti oleh pemimpin sesuatu organisasi. Namun pada masa kini pemuda-pemuda Islam tidak lagi menjadikan Rasulullah sebagai ikon utama dalam panduan kehidupan bahkan artis-artis bukan Islam diangkat menjadi idola. Hal ini dapat dilihat bahawa banyak keruntuhan organisasi kekeluargaan berlaku pada masyarakat dan negara. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengetahui tentang sifat al-Qawwam dari aspek kehidupan Rasulullah agar dapat dipraktikkan oleh pemimpin dan memberi kesan kepada kehidupan seseorang. Jenis kaedah yang digunakan dalam kajian ini adalah kaedah kualitatif iaitu melalui kajian di perpustakaan dan bahan-bahan rujukan melalui internet. Hasil kajian ini mendapati dengan adanya sifat Al-Qawwam pada pemimpin-pemimpin sesuatu organisasi mampu memberi impak positif kepada keluarga, masyarakat dan negara bahkan mampu menarik orang bukan Islam untuk mengenal keindahan agama ini. Kesimpulannya, para pemimpin khususnya para lelaki mestilah berusaha untuk menjadi insan yang melindungi, membimbing, dan menjadi ketua yang bertanggungjawab dalam mengukuhkan sesuatu organisasi.
Description: 
E-Prosiding Kertas Kerja: Konvensyen Kearifan Nusantara Ke-4 (Arif 2023): “Memartabatkan Kearifan Islam & Nusantara”
Disunting oleh: Dr Shumsudin Yabi, Dr Maisarah Saidin, Dr Zainora Daud
Anjuran : Fakulti Pengajian Quran & Sunnah & Madrasah Ahmadiah Islamiah, Narathiwat, Thailand
28 Januari 2023
URI: https://fpqs.usim.edu.my/ms/e-proceeding/
https://oarep.usim.edu.my/jspui/handle/123456789/20789
ISBN: e-ISBN: 9786297534374
Appears in Collections:2023 ARIF

Files in This Item:
File Description SizeFormat
RASULULLAH SEBAGAI IKON AL-QAWWAM.pdf987.35 kBAdobe PDFView/Open
Show full item record

Google ScholarTM

Check

Altmetric


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.