Please use this identifier to cite or link to this item: https://oarep.usim.edu.my/jspui/handle/123456789/21452
Title: Pembangunan Aplikasi Telefon Pintar Islamic Tourism (i-TOURISM) Melalui Platform Android Dan IOS: Kajian Awal
Authors: Mohammad Najib Jaffar 
Azman Ab. Rahman 
Mohd Nizwan Musling 
Nurkhamimi Zainuddin 
Mohammad Imran Ahmad 
Muhammad Sabri Sahrir 
Keywords: Teknologi; aplikasi telefon pintar; pelancongan Islam; bahasa Arab, DDR
Issue Date: 2022
Publisher: Penerbit USIM
Conference: E-Proceeding SAIS 2022 Seminar Antarabangsa Islam dan Sains 2022 
Abstract: 
Teknologi moden hari ini telah mencapai satu tahap yang luar biasa di mana pelbagai aktiviti harian manusia hari ini tidak akan terpisah dengan teknologi. Penggunaan telefon pintar adalah antara kesan penggunaan teknologi yang sangat pesat setiap tahun termasuklah dalam sektor pelancongan. Berdasarkan Singapore’s Crescent Rating dan United State’s Dinar Standard, Malaysia merupakan antara negara Islam pilihan utama pelancong Muslim terutamanya dari Timur Tengah yang menggunakan bahasa Arab sebagai bahasa pengantar. Kajian ini bertujuan untuk menjalankan kajian awal mengenai pembangunan aplikasi telefon pintar pelancongan Islam yang menggunakan medium bahasa Arab bagi memudahkan mereka untuk melancong di Malaysia dan mendapatkan akses pelancongan kesihatan dan perubatan, pelancongan perniagaan, pelancongan halal dan pelancongan pendidikan. Kajian ini menggunakan kaedah Design Development Research (DDR) sebagai metodologi untuk untuk menganalisis aplikasi yang sedia ada dan menilai keberkesanan penggunaan aplikasi telefon pintar i-Tourism dalam kalangan pelancong Arab di Malaysia.
Description: 
E-Proceeding SAIS 2022 Seminar Antarabangsa Islam dan Sains 2022 : “Memimpin Integrasi Ilmu Naqli dan Aqli” /Editor: Noorfajri Ismail (Head) , Latifah Abdul Latiff , Zalika Adam, Syamila Mansor, Dzulkhairi Mohd Rani, Ahmad Fadly Nurullah Rasedee, Azman Ab Rahman, Nur Aina Abdulah, Manal Jusoh, Syed Najihuddin Syed Hassan
1 December 2022 \ Venue: Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, USIM
Organized by Persatuan Kakitangan Akademik Universiti Sains Islam Malaysia (PKAUSIM), Faculty of Syariah and Law, USIM and the Institute of Fatwa and Halal (iFFAH)
URI: https://pkausim.usim.edu.my/sais-2022/
https://oarep.usim.edu.my/jspui/handle/123456789/21452
ISBN: 9789670001814
Appears in Collections:2022 SAIS

Show full item record

Google ScholarTM

Check

Altmetric


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.