Please use this identifier to cite or link to this item: https://oarep.usim.edu.my/jspui/handle/123456789/21659
Title: Indeks Pengukuran Penentuan Had Tempoh Mualaf di Malaysia
Authors: Azman, A.R 
Irwan, M.S 
Mahazan, A.M 
Wan Mohd. Fazrul Azdi, W. R 
Nuradli Ridzwan Shah, M.D 
Rose Irnawaty, Ibrahim 
Norlina Ismail 
Keywords: Mualaf, Indeks Penentuan Had Tempoh, Pengukuran, Zakat, Malaysia
Issue Date: 2015
Publisher: USIM Press
Source: Ab. Rahman, A., Mohd Subri, I., Abdul Mutalib @ Taib, M., Wan Razali, W. M. F. A., Mohd Dali, N. R. S., Ibrahim, R. I., & Ismail, N. (2018). Indeks Pengukuran Penentuan Had Tempoh Mualaf di Malaysia. Journal of Fatwa Management and Research, 6(1), 39–63. https://doi.org/10.33102/jfatwa.vol6no1.72
Journal: Journal of Fatwa Management and Research 
Abstract: 
Statistik yang dikeluarkan oleh Persatuan Peguam Syarie Malaysia pada tahun 2012 menunjukkan peningkatan kadar pemelukan agama Islam seramai 76, 663 orang di antara tahun 2002 sehingga tahun 2009, sekaligus membuktikan penerimaan yang baik terhadap agama Islam daripada golongan bukan Islam. Mereka yang baru memeluk agama Islam ini secara urufnya digelar sebagai mualaf dan mempunyai hak dalam saham zakat. Namun, persoalan timbul berkaitan penentuan had tempoh panggilan mualaf yang tidak seragam antara negeri di Malaysia khususnya dari sudut kerelevanan panggilan mualaf yang masih digunakan kepada golongan mualaf yang sudah puluhan tahun memeluk agama Islam. Perbezaan had tempoh panggilan mualaf turut memberi impak kepada agihan zakat kepada mualaf. Artikel ini bertujuan untuk mengenal pasti had tempoh mualaf yang ditetapkan oleh negeri-negeri di Malaysia seterusnya menganalisis dan mengenal pasti indeks pengukuran bagi penentuan had tempoh mualaf yang sesuai diaplikasi di Malaysia. Hasil kajian mendapati bahawa tiada keseragaman antara negeri di Malaysia dalam menentukan had tempoh mualaf. Justeru kajian mencadangkan had tempoh sehingga lapan (8) tahun sebagai indeks pengukuran kefahaman, pengukuhan dan kemantapan Islam seseorang mualaf dengan melihat kepada tempoh peralihan seseorang individu itu daripada umur mumayyiz sehingga baligh iaitu satu jangka masa pembelajaran dan pemahaman ilmu agama sebelum ditaklifkan tanggungjawab Islam sepenuhnya ke atas individu tersebut. Penentuan indeks pengukuran had tempoh mualaf di Malaysia penting bagi membezakan mualaf yang benar-benar memahami Islam seterusnya dapat membantu dari sudut keselarasan penyaluran skim bantuan agihan zakat bagi asnaf mualaf.
Description: 
Journal of Fatwa Management and Research Volume 6 No.1 Page (39-63)
URI: https://jfatwa.usim.edu.my/index.php/jfatwa/article/view/72/53
https://oarep.usim.edu.my/jspui/handle/123456789/21659
ISSN: 0127-8886
DOI: 10.33102/jfatwa.vol6no1.72
Appears in Collections:Journal of Fatwa Management and Research (JFatwa)

Files in This Item:
File Description SizeFormat
Indeks Pengukuran Penentuan Had Tempoh Mualaf di Malaysia.pdf425.46 kBAdobe PDFView/Open
Show full item record

Google ScholarTM

Check

Altmetric

Altmetric


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.