Please use this identifier to cite or link to this item: https://oarep.usim.edu.my/jspui/handle/123456789/23130
Title: Tafsiran Amil Menurut Islam dan Negeri-Negeri Di Malaysia
Other Titles: Interpretation Of Amil According To Islam And The States In Malaysia
Authors: Azman Ab. Rahman 
Muhammad Faiz Abd. Shakor 
Keywords: Tafsiran, Amil, Islam, Negeri, Malaysia
Issue Date: 2024
Publisher: USIM Press
Source: Rahman, A. A., & Abd Shakor, M. F. . (2024). Tafsiran Amil Menurut Islam dan Negeri-Negeri Di Malaysia: Interpretation Of Amil According To Islam And The States In Malaysia. Journal of Fatwa Management and Research, 29(1), 153–166. https://doi.org/10.33102/jfatwa.vol29no1.576
Journal: Journal of Fatwa Management and Research (JFatwa) 
Abstract: 
Islam mengiktiraf peranan amil sebagai penghubung di antara pembayar zakat dengan asnaf. Walaupun kedudukan amil hanya tertumpu dalam aspek pengurusan zakat, namun peranan mereka mampu menjelmakan hikmah zakat terutama dalam menghapuskan kemiskinan. Jika dahulu, tugas amil hanya mengutip dan mengagihkan zakat sahaja, sebaliknya kini kemajuan sistem tadbir urus zakat telah menuntut penglibatan amil dalam pentadbiran harta zakat yang lebih kompleks dan berisiko tinggi. Oleh sebab itu, tafsiran amil perlu diperluas seiring dengan situasi dan perkembangan berdasarkan tugasan mereka dalam mengendalikan pengurusan zakat. Justeru itu, kajian ini dijalankan adalah untuk menganalisis tafsiran amil menurut ulama 4 Mazhab, tafsiran kontemporari dan perluasan tafsirannya menurut Majlis Agama Islam Negeri di Malaysia. Kajian ini menggunakan kaedah dokumentasi, pemerhatian dan analisis dalam mencapai objektif kajian. Hasil kajian mendapati bahawa pentafsiran amil dalam konteks semasa boleh diperluaskan seperti individu atau institusi yang terlibat secara langsung dengan institusi zakat sama ada mengurus dan mentadbir hal ehwal pungutan, pengagihan atau yang mengawasi urusan kewangan zakat. Diharapkan artikel ini dapat menjadi panduan kepada pihak pengurusan zakat khususnya Majlis Agama Islam di setiap negeri di Malaysia dalam mentadbir dan menguruskan sistem pengurusan zakat secara sistematik dan efisen.
Description: 
Journal of Fatwa Management and Research (JFatwa) Volume 29 No.1 Page (153-166)
URI: https://jfatwa.usim.edu.my/index.php/jfatwa/article/view/576/512
https://oarep.usim.edu.my/jspui/handle/123456789/23130
ISSN: 0127-8886
DOI: 10.33102/jfatwa.vol29no1.576
Appears in Collections:Journal of Fatwa Management and Research (JFatwa)

Files in This Item:
File Description SizeFormat
Tafsiran Amil Menurut Islam dan Negeri-Negeri Di Malaysia.pdf682.17 kBAdobe PDFView/Open
Show full item record

Google ScholarTM

Check

Altmetric

Altmetric


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.