Please use this identifier to cite or link to this item:
https://oarep.usim.edu.my/jspui/handle/123456789/23381
Title: | Analisis Tematik Pandangan Hukum Muamalat Jawatankuasa Muzakarah MKI Sepanjang Hampir Lima Dasawarsa | Other Titles: | Thematic Analysis of Muamalat Legal Views of the MKI Muzakarah Committee Over Almost Five Decades | Authors: | Abdul Azib Hussain Muhamad Zuhaili Saiman Mohd Kamil Ahmad Shukri Yahya |
Keywords: | Analisis tematik, pandangan hukum muamalat, Jawatankuasa Muzakarah MKI | Issue Date: | 2023 | Publisher: | Usim Press | Source: | Hussain, A., Saiman, M. Z., Ahmad, M. K., & Yahya, S. (2023). Analisis Tematik Pandangan Hukum Muamalat Jawatankuasa Muzakarah MKI Sepanjang Hampir Lima Dasawarsa: Thematic Analysis of Muamalat Legal Views of the MKI Muzakarah Committee Over Almost Five Decades. The Journal of Muamalat and Islamic Finance Research, 20(2), 38-53. https://doi.org/10.33102/jmifr.523 | Journal: | Journal of Muamalat and Islamic Finance Research (JMIFR) | Abstract: | Kajian ini mengetengahkan analisis tematik terhadap pandangan hukum yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) dalam bidang muamalat. Skop tempoh pandangan hukum dianalisis bermula dari tahun 1971 hingga 2020, iaitu sepanjang tempoh 49 tahun. Analisis pandangan hukum dipersembahkan berdasarkan tema dan isu meliputi zakat, wakaf, emas, pewarisan, KWSP, pelaburan, pinjaman, perbankan, insurans dan takaful, tabung haji, pajakan dan baitulmal. Sumber data kajian antaranya diperolehi daripada buku Kompilasi Pandangan Hukum Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) edisi ketujuh yang telah diterbitkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) pada tahun 2021. Reka bentuk kajian berbentuk kualitatif dihuraikan secara analisis deskriptif berpandukan tema menggunakan metode induktif, deduktif dan komparatif. Dapatan kajian menemui empat aspek utama yang boleh dikemukakan sebagai analisis tematik iaitu; [i] Pendalilan dan keterangan penghujahan; [ii] Metodologi dan bahan rujukan; [iii] Pertentangan fatwa, dan; [iv] Sulit dan rahsia. Di akhir perbincangan, kajianini mengesyorkan beberapacadangan pemantapan terhadap pandangan hukum muamalat seperti aspek persembahan kandungan jawapan pandangan hukum serta deklarasi dan hebahannya |
Description: | Journal of Muamalat and Islamic Finance Research (JMIFR) Volume 20 No.2 Page (38-53) |
URI: | https://jmifr.usim.edu.my/index.php/jmifr/article/view/523/360 https://oarep.usim.edu.my/jspui/handle/123456789/23381 |
ISSN: | 2948-5266 | DOI: | 10.33102/jmifr.523 |
Appears in Collections: | Journal of Muamalat and Islamic Finance Research (JMIFR) |
Files in This Item:
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.