Please use this identifier to cite or link to this item: https://oarep.usim.edu.my/jspui/handle/123456789/23606
Title: Penilaian Konstruktif Untuk Aktiviti Makmal Kimia Bagi Pra-, Semasa dan Pasca: Penggunaan Platform Pembelajaran Sejagat
Authors: Siti Rubaini Mat 
Latipah Mohd Noor 
Afif Arifin 
Nurul Jannah Abd Rahman 
Nadrahtul Huda Misral 
Keywords: Penilaian makmal, video H5P, rubrik.
Issue Date: 2023
Publisher: Penerbit USIM
Source: Mat, S.R, Rahman, A.Ab, Abdulah, N. A, Ismail, A. (Eds.). (2023). In E-Prosiding SAIS 2023 Seminar Antarabangsa Islam dan Sains 2023 (pp. 1–214). Penerbit USIM.
Conference: Seminar Antarabangsa Islam dan Sains 2023 
Abstract: 
Merekabentuk penilaian amali yang konstruktif adalah elemen penting dalam pendidikan sains. Disebabkan penularan wabak COVID-19, pembelajaran berasaskan dalam talian telah diamalkan secara global, memaksa pengajian wajib dijalankan dari rumah. Walaupun terdapat kelemahan, terdapat banyak kebaikan yang perlu dipertimbangkan. Penilaian makmal kimia di Pusat Tamhidi USIM melibatkan gabungan pembelajaran maya dan fizikal. Terdapat tiga fasa termasuk penilaian pra, semasa dan pasca makmal. Video H5P (kandungan video interaktif berasaskan HTML5) ialah penilaian pra-makmal yang perlu pelajar cuba sebelum menjalankan eksperimen. Mereka akan mengakses video H5P melalui platform dalam talian, Global Open Access Learning System (GOALS) di mana mereka perlu menonton video pendek berkenaan dengan eksperimen dan menjawab beberapa soalan sepanjang video yang dirakamkan. Aktiviti atau penilaian pra-makmal
ini akan membantu pelajar untuk mendapatkan gambaran keseluruhan berkaitan eksperimen yang akan dijalankan serta pengajar dapat membuat pra-penilaian kepada pelajar. Penilaian makmal psikomotor dijalankan semasa amali makmal. Pelajar dinilai berdasarkan prestasi mereka dalam menjalankan eksperimen dan dinilai oleh pengajar mengikut penilaian rubrik. Penilaian terakhir penilaian makmal ialah aktiviti pasca makmal. Ia melibatkan platform dalam talian GOALS di mana pelajar diberi masa 15 minit untuk menjawab 10 soalan aneka pilihan berkenaan eksperimen yang telah mereka jalankan. Secara keseluruhannya, ini adalah penilaian konstruktif untuk aktiviti makmal yang telah diperkenalkan dan dilaksanakan oleh Unit Kimia di Pusat Tamhidi. Pelaksanaan penilaian ini membawa kepada penilaian yang komprehensif berkenaan dengan amali makmal.
Description: 
E-Prosiding SAIS 2023 Seminar Antarabangsa Islam dan Sains 2023 : “Peneraju Sains Islam di Persada Antarabangsa”/Penyunting Siti Rubaini Mat, Azman Ab Rahman, Nur Aina Abdulah, Anita Ismail
19 Disember 2023
Anjuran: Persatuan Kakitangan Akademik USIM (PKAUSIM) dengan kerjasama Fakulti Syariah dan Undang-undang USIM dan Institut Fatwa dan Halal (iFFAH)
URI: https://pkausim.usim.edu.my/sais/
https://oarep.usim.edu.my/jspui/handle/123456789/23606
ISBN: e-ISBN: 978-629-7636-18-4
Appears in Collections:2023 SAIS

Show full item record

Google ScholarTM

Check

Altmetric


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.