Please use this identifier to cite or link to this item: https://oarep.usim.edu.my/jspui/handle/123456789/6794
Title: Gelagat Pengguna, Penjanaan Dan Pengembangan Kekayaan Pasca Covid-19
Authors: Nuradli Ridzwan Shah Mohd Dali 
Hanifah Abdul Hamid 
Wan Rasyidah Wan Nawang 
Wan Nur Fazni Wan Mohamad Nazarie 
Umi Hamidaton Mohd Soffian Lee 
Keywords: Teori pelaziman operan (Operant Conditioning), Covid-19, Norma Baharu, Norma Lama, Kesan Reaksi, Tidak Bereaksi, Rangsangan, Tindak Balas, Penjanaan Kekayaan, Pengembangan Kekayaan
Issue Date: 15-Oct-2020
Publisher: Universiti Sains Islam Malaysia
Conference: E-Proceeding : International Seminar On Islam And Science 2020 (SAIS 2020) 
Abstract: 
Teori perubahan gelagat pengguna dibangunkan daripada kajian psikologi seterusnya diaplikasikan kepada gelagat pengguna. Pakar psikologi percaya bahawa gelagat manusia boleh berubah melalui rangsangan dan tindak balas berdasarkan teori-teori yang dibangunkan oleh Pavlov, Skinner, Thorndike, dan lain-lain. Ancaman pandemik Covid-19 telah menyebabkan beberapa negara mengambil tindakan drastik seperti menyekat pergerakan rakyat, menyediakan pakej rangsangan ekonomi untuk memulihkan keadaan ekonomi semasa dan menguatkuasakan prosedur operasi standard (SOP) bertujuan untuk mengekang penularan wabak ini. Dalam konteks negara Malaysia, kajian ini mencadangkan bahawa semua tindakan yang diambil oleh pihak kerajaan mampu mewujudkan tindak balas positif dan negatif melalui teori pembelajaran pengguna. Kajian ini didasari oleh teori Pelaziman Operan (Conditioning Theory) yang mencadangkan empat kategori gelagat pengguna semasa berlakunya Covid-19. Tujuan kertas kerja ini untuk mencadangkan rangka kerja konseptual berkaitan segmen pasaran yang wujud akibat Covid-19 dan cadangan jenis penjanaan dan pengembangan kekayaan yang baharu pasca Covid19. Jangkaan hasil kajian akan membuktikan terdapat empat kategori pengguna berdasarkan reaksi melalui gelagat yang ditonjolkan semasa pasca pandemik berlangsung. Ia melibatkan gelagat kembali ke tabiat asal, norma baharu norma baharu yang sederhana, dan kitar semula. Dasar-dasar tertentu boleh dibangunkan bertujuan untuk mengetengahkan gelagat norma baharu dalam kalangan pengguna bagi mengatasi impak Covid-19 malahan untuk memastikan Malaysia berdaya saing dalam mengharungi revolusi industri 4.0. Kajian di masa akan datang perlu dijalankan secara berterusan untuk memastikan rangka kerja yang dicadangkan dapat diadaptasi dalam konteks dan industri yang berbeza.
Description: 
3 rd INTERNATIONAL SEMINAR ON ISLAM AND SCIENCE 2020 (SAIS 2020)
COVID-19: IMPLICATION, IMPACT AND SOLUTION
Date: 15 October 2020
Organized by: Persatuan Kakitangan Akademik USIM (PKAUSIM)
In Collaboration with: International Halal and Fatwa Centre (iFFAH) &
Fakulti Syariah dan Undang-Undang (FSU)
URI: https://oarep.usim.edu.my/jspui/handle/123456789/6794
ISBN: eISBN : 9789674408367
DOI: https://d98d5c16-a5f9-42d8-8fca-f82b3433d0a0.filesusr.com/ugd/d35639_dbbf1b26a3e74067991b76dd5102305b.pdf
Appears in Collections:2020 SAIS

Files in This Item:
File Description SizeFormat
GELAGAT PENGGUNA, PENJANAAN DAN PENGEMBANGAN KEKAYAAN PASCA COVID-19.pdf626.87 kBAdobe PDFView/Open
Show full item record

Google ScholarTM

Check

Altmetric

Altmetric


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.