Please use this identifier to cite or link to this item: https://oarep.usim.edu.my/jspui/handle/123456789/6839
Title: Penerimaan Pelajar Usim Terhadap Kursus Falsafah Dan Isu Semasa: Satu Analisis Deskriptif
Authors: Latifah Abdul Latiff 
Ros Aiza Mohd Mokhtar 
Abd Hakim Mohad 
Keywords: Penerimaan pelajar, FIS, USIM, Pensyarah.
Issue Date: 15-Oct-2020
Publisher: Universiti Sains Islam Malaysia
Conference: E-Proceeding : Seminar Antarabangsa Islam Dan Sains (SAIS 2020) 
Abstract: 
Kursus Falsafah dan Isu Semasa (FIS) merupakan satu kursus baharu yang telah mula diperkenalkan kepada pelajar Instirusi Pengajian Tinggi (IPT) bermula September 2019. Kursus ini wajib diambil oleh semua pelajar IPT termasuklah pelajar USIM. Apabila disebut tentang falsafah, sudah pasti ramai yang terbayangkan ahli falsafah Barat yang terkenal seperti Plato dan Aristotle serta pelbagai teori falsafah. Pada pandangan umum, falsafah merupakan satu subjek yang sukar dikuasai. Memandangkan FIS adalah satu kursus baharu, justeru, kajian ini dilihat bertepatan dan sesuai dilakukan bagi mengkaji penerimaan pelajar terhadap kursus FIS yang telah mereka ambil pada semester 1, 2019/2020 yang lalu semasa berlakunya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) COVID-19. Kajian ini menggunakan kaedah penyelidikan kuantitatif dengan menganalisis secara deskriptif penerimaan pelajar USIM terhadap kursus ini dengan menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian. Dapatan kajian menunjukkan penerimaan pelajar terhadap kursus FIS adalah tinggi dan positif. Input kajian ini penting untuk dikongsikan bersama dengan tenaga pengajar FIS bagi menambahbaik proses pengajaran dan pembelajaran (pdp) FIS pada masa hadapan. Ini penting bagi memastikan kursus ini terus mendapat tempat dalam kalangan pelajar serta menjadikan proses pembelajaran lebih interaktif dan menarik.
Description: 
3 rd INTERNATIONAL SEMINAR ON ISLAM AND SCIENCE 2020 (SAIS 2020)
COVID-19: IMPLICATION, IMPACT AND SOLUTION
Date: 15 October 2020
Organized by: Persatuan Kakitangan Akademik USIM (PKAUSIM)
In Collaboration with: International Halal and Fatwa Centre (iFFAH) &
Fakulti Syariah dan Undang-Undang (FSU)
URI: https://oarep.usim.edu.my/jspui/handle/123456789/6839
ISBN: eISBN : 9789674408367
Appears in Collections:2020 SAIS

Files in This Item:
File Description SizeFormat
PENERIMAAN PELAJAR USIM TERHADAP KURSUS FALSAFAH DAN ISU SEMASA.pdf528.38 kBAdobe PDFView/Open
Show full item record

Google ScholarTM

Check

Altmetric


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.