Please use this identifier to cite or link to this item: https://oarep.usim.edu.my/jspui/handle/123456789/7436
Title: Penggunaan Pembayang Unsur Alam Dalam Pantun Siber: Analisis Kelogikan
Authors: Nor Adlyizan Theis 
Aqilah Aqbal Omar 
Nurul Atiqah Insyirah Samin 
Adriana Nazrul Hisham 
Keywords: Pantun, Siber, Alam, Flora, Fauna
Issue Date: 18-Feb-2021
Publisher: Universiti Sains Islam Malaysia
Conference: E-Proceeding: Insan Junior Researcher International Conference (iJURECON) 2020 
Abstract: 
Kajian ini melihat kepada kelogikan penggunaan unsur alam dalam pantun siber. Hal ini demikian kerana, pantun adalah seni tradisi Melayu yang sangat popular. Pantun terkenal sebagai satu seni tradisi lisan yang digunakan untuk berkomunikasi oleh masyarakat Melayu tradisional. Kebiasaanya, pembayang dalam pantun menggunakan unsur alam yang dizahirkan melalui pemerhatian penutur pantun semasa menuturkannya. Sebagai contoh, jika mereka berada di tepi pantai, penggunaan unsur alam seperti pasir, laut, ombak, burung dan angin mungkin menjadi pembayang kepada pantun-pantun yang diujarkan oleh penuturnya. Namun, bila masa berganti masa teknologi semakin canggih, pantun mula dihasilkan dan dimuat naik di laman sesawang atau laman siber seperti blog, media sosial dan sebagainya. Justeru, kajian ini akan meneliti sama ada masyarakat masih lagi mengekalkan keindahan unsur alam itu atau adakah unsur alam itu digunakan secara logic dalam penghasilan pantun siber. Dapatan ini secara tidak langsung akan mengisi kelompongan kajian yang pernah dijalankan berkaitan puisi Melayu tradisional. Selain itu juga, kajian ini akan memberi gambaran baru tren terkini masyarakat siber berkaitan pantun Melayu.
Description: 
E-Proceeding: Insan Junior Researcher International Conference (iJURECON) 2020
Date: 17-18 November 2020
Organized by: Kolej Genius Insan
Virtual Conference
Page :283-286
URI: https://geniusinsan.usim.edu.my/
https://oarep.usim.edu.my/jspui/handle/123456789/7436
Appears in Collections:2020 iJURECON

Files in This Item:
File Description SizeFormat
Penggunaan Pembayang Unsur Alam Dalam Pantun Siber - Analisis Kelogikan.pdf419.66 kBAdobe PDFView/Open
Show full item record

Google ScholarTM

Check


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.