Repository logo
  • English
  • Català
  • Čeština
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Gàidhlig
  • Italiano
  • Latviešu
  • Magyar
  • Nederlands
  • Polski
  • Português
  • Português do Brasil
  • Srpski (lat)
  • Suomi
  • Svenska
  • Türkçe
  • Tiếng Việt
  • Қазақ
  • বাংলা
  • हिंदी
  • Ελληνικά
  • Српски
  • Yкраї́нська
  • Log In
    New user? Click here to register.Have you forgotten your password?
Repository logo
    Communities & Collections
    Research Outputs
    Fundings & Projects
    People
    Statistics
  • English
  • Català
  • Čeština
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Gàidhlig
  • Italiano
  • Latviešu
  • Magyar
  • Nederlands
  • Polski
  • Português
  • Português do Brasil
  • Srpski (lat)
  • Suomi
  • Svenska
  • Türkçe
  • Tiếng Việt
  • Қазақ
  • বাংলা
  • हिंदी
  • Ελληνικά
  • Српски
  • Yкраї́нська
  • Log In
    New user? Click here to register.Have you forgotten your password?
  1. Home
  2. Browse by Author

Browsing by Author "Syed Najihuddin Syed Hassan"

Now showing 1 - 20 of 228
Results Per Page
Sort Options
  • Loading...
    Thumbnail Image
    Some of the metrics are blocked by your 
    consent settings
    Publication
    A Comparative Heuristic Assessment Of Muslim Pro And Sajda: Evaluating User-Centered Islamic Mobile Applications
    (Universiti Sains Islam Malaysia, 2025-12-01)
    Nur Awatif Mohd Azahari
    ;
    Walid Mohd Said 
    ;
    Syed Najihuddin Syed Hassan 
    ;
    Kabiru Goje
    In recent years, Islamic mobile applications have become essential digital tools for Muslims seeking to fulfil religious obligations through convenient, technology-assisted means. Applications such as Muslim Pro and Sajda provide features including prayer time notifications, Quranic recitations, and Qibla direction, enabling users to integrate their spiritual practices into daily routines. However, despite their popularity, these applications vary significantly in terms of usability, design coherence, and user accessibility, issues which may hinder user engagement and satisfaction, particularly among non-technical or culturally diverse users. Addressing this gap, the present study offers a comparative usability evaluation of Muslim Pro and Sajda using Nielsen’s heuristic framework. Employing expert review and thematic analysis, the study reveals that Muslim Pro, though rich in features and visually appealing, suffers from intrusive advertisements, complex navigation, and feature restrictions for non-premium users. Conversely, Sajda performs strongly in interface simplicity and user control, though limited in functionality, language support, and customization. The findings contribute to the growing field of usability evaluation in Islamic digital applications and offer practical insights for developers aiming to enhance the accessibility, efficiency, and cultural relevance of Islamic lifestyle apps.
  • Loading...
    Thumbnail Image
    Some of the metrics are blocked by your 
    consent settings
    Publication
    Adab Berinteraksi Di Media Sosial Menurut Al-quran Dan Sunnah
    (Academic Inspired Network, 2023)
    Nur Sofwa Binti Indra
    ;
    Najihah Binti Hashim
    ;
    Hidayatul Hakimah Binti Hakim
    ;
    Syed Najihuddin Syed Hassan 
    Media sosial merupakan satu platform penting dalam menyalurkan sesuatu maklumat. Malah, ia turut menjadi suatu keperluan utama dalam perhubungan masyarakat untuk berkomunikasi melalui jaringan sosial seperti Facebook, Twitter, dan Instagram. Konsep komunikasi hari ini mengalami perubahan seiringnya peredaran zaman. Jika sebelum ini berita disampaikan menerusi televisyen hitam putih, kini media sosial telah pun menjadi suatu ruang baharu kepada masyarakat untuk berhubung dengan mudah serta mendapatkan maklumat di hujung jari. Apabila komunikasi dan maklumat semakin mudah dicapai, maka semakin mudah untuk seseorang itu bebas mengekspresikan diri termasuk memberi komen tanpa kawalan di media sosial. Ia berbeza daripada komunikasi sebelum ini yang tiada ruang kritikan atau ulasan yang dapat diberikan kerana segalanya melalui tontonan dan suara. Sebaliknya pada hari ini, masyarakat bebas untuk mengulas apa sahaja isu. Natijahnya, timbulnya beberapa komen yang tidak sepatutnya seperti memberi komen yang berunsur negatif atau mengkritik sehingga membuka aib. Justifikasinya, apabila adab ketika berinteraksi di media sosial tidak dititikberatkan, maka ia akan menimbulkan konflik sehingga mengganggu keharmonian sesebuah masyarakat. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengkaji bagaimana adab dan akhlak yang sebenar menurut al-Quran dan Sunnah dalam memberi komen serta pandangan terhadap sesuatu isu, terutama yang berkaitan hal keagamaan. Jenis kaedah yang digunakan dalam kajian ini adalah kaedah kualitatif iaitu melalui kajian perpustakaan dengan merujuk kitab-kitab yang bersumberkan al-Quran dan Hadith. Hasil kajian ini mendapati bahawa pentingnya menjaga adab serta akhlak ketika berinteraksi di media sosial demi mengekalkan keharmonian dalam kehidupan masyarakat. Antara adab yang perlu ditekankan adalah menjaga tutur kata ketika memberi komen dengan berkata yang benar, tidak mengumpat, tidak mencela atau memaki dan lain-lain. Justeru, diharapkan kajian ini dapat memberi manfaat danpengetahuan kepada masyarakat umum untuk berfikir dahulu sebelum bertindak di samping memelihara adab ketika mengulas berkaitan isu-isu yang tular di media sosial.
      158  539
  • Loading...
    Thumbnail Image
    Some of the metrics are blocked by your 
    consent settings
    Publication
    Adab Penyebaran dan Penerimaan Hadith di Aplikasi Tiktok
    (Penerbit USIM, 2023-01-28)
    Nur Aini Binti Romli
    ;
    Athirah Binti Asri
    ;
    Syamimi Binti Rosle
    ;
    Syed Najihuddin Syed Hassan 
    Aplikasi TikTok merupakan satu medium digital yang tidak asing lagi dalam kalangan masyarakat, baik kanak-kanak, golongan dewasa serta golongan tua. Aplikasi ini semakin dikenali dan popular bermula tahun 2017. Pada awalnya, aplikasi ini digunakan oleh golongan remaja dengan hanya memuat naik video pendek sebagai hiburan semata-mata. Akan tetapi, penggunaan aplikasi TikTok yang semakin meluas dan pantas dari sudut penyebaran maklumat, ilmu, isu semasa dan sebagainya telah menimbulkan permasalahan dari sudut adab menyebar dan menerima terhadap sesuatu maklumat dan ilmu terutama dalam ilmu hadith. Dibimbangi sekiranya pengguna menyebar dan menerima hadith tersebut secara membuta tuli tanpa menyemak status hadith terlebih dahulu dari sudut sahih, dhaif atau maudhu’. Justeru, kajian ini bertujuan untuk menerangkan senario penyebaran hadith di aplikasi TikTok disamping mendisiplinkan masyarakat akan peri pentingnya adab dalam menyebar dan menerima sebarang maklumat ataupun ilmu terutamanya dalam bidang hadith yang merupakan sebahagian dari disiplin ilmu hadith. Jenis kaedah yang digunakan dalam kajian ini adalah kaedah kualitatif dan kuantitatif iaitu melalui kajian kepustakaan dan tinjauan melalui bahan-bahan rujukan serta soal selidik. Hasil kajian mendapati bahawa aktiviti penyebaran hadith yang semakin meluas di aplikasi TikTok telah menyebabkan masyarakat mudah untuk menyebarkan dan mendapatkan ilmu berkaitan hadith. Namun dibimbangi sekiranya pengguna menyebar dan menerima hadith tersebut secara langsung tanpa mengetahui status hadith akibat kekurangan ilmu pengetahuan dalam memahami ilmu tersebut. Oleh itu, penyebar ilmu dan pengguna perlulah menanam sikap “tabayyun” di dalam diri sebelum menyebarkan dan menerima sebarang ilmu agar tidak berlaku penyelewengan khususnya dalam ilmu agama. Kesimpulannya, aplikasi TikTok memberikan banyak manfaat kepada pengguna dan memudahkan masyarakat dalam menerima dan menyebarkan ilmu agama. Justeru, diharapkan dengan adanya kajian ini dapat mendisiplinkan masyarakat dengan mengetahui adab-adab dalam menyebar dan menerima ilmu terutamanya ilmu hadith.
      37  148
  • Loading...
    Thumbnail Image
    Some of the metrics are blocked by your 
    consent settings
    Publication
    Al-Quran Dan Sunah Sebagai Asas Istinbat Hukum: Metodologi Imam Al-Shaficiyy
    (Penerbit USIM, Universiti Sains Islam Malaysia, 2021-10-08)
    Nidzamuddin Zakaria 
    ;
    Syed Najihuddin Syed Hassan 
    ;
    Abdulloh Salaeh 
    ;
    Nooh Ma Yu Long
    Ijtihad Imam al-Shaficiyy adalah bersumberkan empat rujukan utama iaitu; al-Quran, Sunah, Ijmac dan Qiyas. Kajian ini membincangkan tentang metodologi Imam al-Shaficiyy dalam mengeluarkan hukum-hukum berlandaskan al-Quran dan Sunnah. Terdapat beberapa metod al-Shaficiyy yang ingin dikemukakan oleh penulis berkaitan istinbat hukum berasaskan al-Quran melibatkan penggunaan kaedah umum (al-cAm) dan khusus (al-khas) dalam al-Quran dan takhsis lafaz al-cAm al-Quran dengan Khabar Ahad serta Nasikh dan Mansukh. Bagi istinbat hukum berasaskan sunah pula, penulis membahaskan beberapa metod al-Shaficiyy meliputi hadis Mutawatir, hadis Ahad dan hadis Mursal. Metodologi al-Shaficiyy ini merupakan landasan yang tepat dalam mengeluarkan hukum-hukum bagi memastikan penggunaan sumber-sumber tersebut secara maksimum dan mengikut keutamaannya.
      44  812
  • Loading...
    Thumbnail Image
    Some of the metrics are blocked by your 
    consent settings
    Publication
    Al-Quran: Kitab Pembangunan Sinergi Umat Manusia Sejagat
    (Penerbit USIM, 2023)
    Nidzamuddin Zakaria 
    ;
    Abdulloh Salaeh 
    ;
    Amran Abdul Halim 
    ;
    Syed Najihuddin Syed Hassan 
    ;
    Walid Mohd Said 
    Kertas kerja ini membahaskan tentang takrifan, kedudukan dan peranan al-Quran sebagai rujukan dan panduan kehidupan dunia dan akhirat. Ciri-ciri keunggulan dan kemuliaan kitab suci al-Quran bersumberkan dalil-dalil al-Quran dan Sunnah dikemukakan dalam perbahasan topik yang dikemukakan. Di samping itu, peranan dan fungsi kitab suci al-Quran sebagai sinergi pemangkin pembangunan umat sejagat dalam menjalani kehidupan kita di dunia dan meraih kesenangan abadi di negeri akhirat nanti. Untuk itu, metod tadabur dan aplikasi kitab al-Quran ini perlu dijadikan amalan dalam usaha membumikan kurikulum langit ini sebagai way of life yang efisyen dan tuntas. Peminggiran kitab suci al-Quran daripada kehidupan dan ketamadunan insan akan mengakibatkan kemunduran jiwa dan iman serta kehinaan berkekalan dalam kehidupan. Usaha penghayatan al-Quran ini tidak akan berjaya melainkan perkara ini berlangsung secara komited dan konsisten dalam proses pendidikan yang holistik, teratur dan bersepadu demi mencapai Khaira Ummat atau kecemerlangan umat manusia sejagat.
      22  147
  • Loading...
    Thumbnail Image
    Some of the metrics are blocked by your 
    consent settings
    Publication
    Alternatif Ganjaran Seumpama Pahala Ibadat Haji Dan Umrah Era Pandemik Covid-19: Suatu Analisis Awal
    (Intelligentia Resources, 2021-12-31)
    Lukmanul Hakim Hj Hanafi 
    ;
    Syed Najihuddin Syed Hassan 
    This paper aims to explain and discuss the alternatives to obtain similar rewards as hajj and umrah for Muslims or future hajj and umrah pilgrims who are obstructed to leave for the Holy Land of Mecca in the COVID-19 pandemic season, at the same time without dropping the obligation of hajj and umrah in the future. To achieve the objectives of this writing, the library method was used to collect data and content analysis was used to analyze all the documents. The study found that there are histories of the Prophet S.A.W. in the Qur'an and Hadith which explains how to obtain rewards as similar to the rewards of hajj and umrah in the practices of daily life, and also for Muslims who are unable to perform hajj and umrah in the Holy Land of Mecca but want the similar rewards of hajj and umrah. It is hoped that the findings from this research will be a ‘cure’ and 'ilāj for Muslims who are sad and unable to perform hajj and umrah in the Holy Land of Mecca and then be satisfied and think well of the planning of Allah S.W.T.. It is suggested that future researchers construct modules or models related to this study.
      15  65
  • Loading...
    Thumbnail Image
    Some of the metrics are blocked by your 
    consent settings
    Publication
    Analisis Aplikasi Youtube dalam Mendepani Cabaran Dunia Dakwah Pada Hari Ini
    (Penerbit USIM, 2023-01-28)
    Sufyan Tsauri Bin Muhammad Fuad
    ;
    Norhisyam Bin Zarmi
    ;
    Syed Najihuddin Syed Hassan 
    Tujuan artikel ini adalah untuk menganalisis YouTube sebagai medium dakwah kepada pendakwah Islam di era moden yang penuh dengan cabaran dan inovasi media sosial yang pesat. YouTube adalah salah satu platform media sosial yang boleh digunakan untuk berdakwah; pada masa ini, YouTube ialah platform perkongsian video yang paling popular. Penggunaan YouTube sebagai medium dakwah telah memberi impak yang besar kepada perkembangan kandungan dakwah digital yang semakin kompetitif. Kerana digitalisasi dakwah Islamiah di YouTube, Da‘i (pendakwah) menjadi lebih proaktif dalam membuat kemas kini dan penyesuaian. Penguasaan Da‘i terhadap media dakwah melalui Youtube merupakan salah satu faktor penentu dalam mendigitalkan dakwah. Akibatnya, Da‘i yang menggunakan YouTube sebagai medium dakwah dalam era digital perlu sentiasa berinovasi. Da‘i boleh membuat video material dengan menggabungkan kesan merangsang seperti visualisasi animasi, penerangan unik untuk mata bahan utama dan bunyi belakang muzik keagamaan. Da‘i juga menggunakan perisian penyuntingan imej seperti CorelDRAW dan Photoshop serta perisian penyuntingan video seperti Filmora, VideoPad dan Adobe Premiere dalam proses penciptaan bahan. Proses penghasilan video dakwah memerlukan inovasi agar bahan dakwah dapat sampai kepada masyarakat khususnya generasi milenial dan generasi Z.
      61  88
  • Loading...
    Thumbnail Image
    Some of the metrics are blocked by your 
    consent settings
    Publication
    Analisis Hadis Berkaitan Nama Lain Bagi Surah Al-Mulk Dalam Kursus Tafsir Maudu‘i Di USIM: Satu Kajian Tinjauan
    (Penerbit KUIPSAS, 2021)
    Abdulloh Salaeh 
    ;
    Amran Abdul Halim 
    ;
    Syed Najihuddin Syed Hassan 
    ;
    Nidzamuddin Zakaria 
    ;
    Mahsor Yahya 
    ;
    Walid Mohd Said 
    Hadis itu adalah satu sumber utama dalam mengeluarkan hukum selepas al-Quran dan merupakan warisan peninggalan Rasulullah SAW. Perkembangan agama Islam yang begitu pantas ini telah berjaya melahirkan ramai ilmuan dan cendekiawan yang hebat khususnya di Tanah Melayu berasal dari sumber al-Quran dan hadis. Tujuan kajian ini ialah untuk mengenal pasti dan menganalisis hadis yang menyatakan nama-nama yang lain bagi Surah al-Mulk dan kedudukan hadis dan kandungannya yang diajarkan dalam kursus Tafsir Maudu‘i di Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Justeru, kertas kerja ini akan menghuraikan kedudukan sejumlah hadis berkaitan nama-nama Surah al-Mulk serta kajian hadis-hadis tersebut hadis yang mana di dalamnya terkandung hadis yang sahih, hasan, da‘if dan lain-lain. Kajian ini juga akan dapat memberikan pendedahan umum tentang beberapa ayat dalam surah al-Mulk serta kelebihannya. Kajian ini menggunakan kaedah berbentuk penyelidikan kepustakaan. Hasil kajian ini dapat mendedahkan tentang ilmu hadis, kedudukannya secara yang lebih tuntas lagi untuk para pelajar dan orang awam.
      26  129
  • Loading...
    Thumbnail Image
    Some of the metrics are blocked by your 
    consent settings
    Publication
    Analisis Hadis Dalam Kitab Hidayatul Muta'allim Karya Sheikh Ahmad Bin Yusuf Al-fatoni
    (USIM PRESS, 2025)
    Abdulloh Salaeh 
    ;
    Syed Najihuddin Syed Hassan 
    ;
    Nidzamuddin Zakaria 
    ;
    Amran Abdul Halim 
    ;
    Ahmad Kamel Mohamed 
    This study examines the status of hadiths found in Hidāyat al-Mutaʿallim by Sheikh Ahmad bin Yusuf al-Fāṭānī, particularly within the context of Jawi manuscripts or kitab kuning authored by Malay scholars. The primary focus is to analyze hadiths considered to be fabricated (mawḍūʿ) in this work through the process of takhrīj and evaluation according to the principles of hadith science. The study adopts a content analysis approach, critically assessing both the chains of transmission (isnād) and the text (matn) of the hadiths. The findings reveal that there are 12 weak (ḍaʿīf) hadiths cited in Hidāyat al-Mutaʿallim. Although weak hadiths may still be used in the context of virtuous deeds (faḍāʾil al-aʿmāl), their appearance in significant numbers within a single topic can elevate their collective status to ḥasan (acceptable). Therefore, it is essential for scholars compiling religious texts to refer to authenticated sources of hadith to ensure textual integrity and reliability.
      18  15
  • Loading...
    Thumbnail Image
    Some of the metrics are blocked by your 
    consent settings
    Publication
    Analisis Hadith Di Dalam Kitab Risalah Tazkirah Al-Guflah Fi Bayan Asrar As-Solat
    (Universiti Sains Islam Malaysia, 2020-10-29)
    Abdulloh Salaeh 
    ;
    Amran Abdul Halim 
    ;
    Syed Najihuddin Syed Hassan 
    ;
    Mohd. Fauzi Mohd. Amin 
    ;
    Nidzamuddin Zakaria 
    ;
    Mahsor Yahya 
    ;
    Walid Mohd Said 
    ;
    Mesbahul Hoque 
    Agama Islam telah datang menerangi di Kepulauan Tanah Melayu ini semenjak dari abad ke 16 Masihi lagi. Perkembangan Agama Islam yang begitu pantas ini berjaya melahirkan ramai ilmuan dan cendiakawan yang hebat khususnya di tanah Pattani. Ini dapat disaksikan pada Abad ke 17 Masihi di mana di zaman inilah lahir ramai ulama dari kepulauan nusantara ini, antaranya tokoh yang amat terkenal iaitu Syeikh Daud Al-Fatani dan Syeikh Abdullah bin Idris Bendam Badam dan lain-lain. Kelahiran ini bukan sahaja melahirkan tokoh yang terkenal malah kitab-kitab rujukan yang masih segar sehingga zaman moden ini. Antara kitab yang masih digunakan bagi Syeikh Abdullah bin Idris Bendam Badam ialah Kitab Kitab Risalah Tazkirah Al-Guflah Fi Bayan Asrar As-Solat. Kitab ini bukan sahaja menjadi bahan rujukan bahkan dijadikan sebagai bahan pembelajaran utama di beberapa institusi pondok yang masih wujud sehingga sekarang. Kitab ini sebagai asas pembelajaran mereka tentang solat, Tujuan kajian ini ialah untuk mengenal pasti dan menganalisis kedudukan hadith yang terkandung di dalamnya. Justeru kertas kerja ini akan cuba memberikan pendedahan tentang kedudukan serta kajian hadith yang dilakukan terhadap kitab ini yang mana di dalamnya terkandung hadis yang sahih, hasan, dhaif dan lain-lain. Kajian ini juga akan dapat memberikan pendedahan umum tentang pengarang serta kitabnya. Kajian ini menggunakan kaedah berbentuk penyelidikan perpustakaan. Hasil kajian ini dapat membantu masyarakat dalam memberikan pendedahan tentang ilmu hadith, kedudukannya serta penggunaannya dalam kitab ini.
      27  127
  • Loading...
    Thumbnail Image
    Some of the metrics are blocked by your 
    consent settings
    Publication
    Analisis Kaedah Pengajaran Hafazan dan Murajaah Al Quran secara Atas Talian Sepanjang Era Pandemik di Maahad Tahfiz Al Quran Wal Qiraat Pulai Chondong Machang Kelantan
    (Penerbit USIM, 2023-01-28)
    Muhammad Ikhwan Bin Lam Hawari
    ;
    Muhammad Izzuddin Bin Muhd Shauki
    ;
    Muhammad Syahmi Bin Shakhruddin
    ;
    Syed Najihuddin Syed Hassan 
    Pendidikan Tahfiz merupakan elemen penting dalam dunia Pendidikan hari ini. Merujuk kepada usaha untuk memartabatkan Institusi Al Quran di Malaysia, Kerajaan mengambil pendekatan memperkenalkan Dasar Pendidikan Tahfiz Negara sebagai perancangan utama melahirkan generasi Teknokrat yang berintegriti dan mengadaptasikan Al Quran dalam kehidupan. Namun, dunia dikejutkan dengan pandemik Covid 19 pada Mac 2020 sehingga melumpuhkan hampir keseluruhan negara dan memberi impak dalam semua faktor. Justeru itu, Langkah yang produktif telah dirangka bagi meneruskan pengajaran Hafazan dan Murajaah Al Quran khususnya di Maahad Tahfiz Al Quran Wal Qiraat Pulai Chondong. Perkembangan teknologi semasa seperti Google Meet, Zoom, Microsoft Team dan lain-lain platform dapat menggantikan medium pengajaran secara bersemuka. Namun, aspek kekurangan dari sudut peranti, data internet dan suasana pembelajaran telah menimbulkan implikasi kepada pembelajaran Al Quran secara umumnya. Kajian ini bertujuan untuk menganalisis kaedah pengajaran hafazan dan murajaah Al Quran secara atas talian sepanjang era pandemik. Jenis kaedah yang digunakan dalam kajian ini ialah kaedah kuantitatif iaitu melalui kajian analisis statistik yang bersifat objektif dan berorientasikan kepada tinjauan di lapangan. Kaedah ini juga bersumberkan penyelidikan yang dikaitkan dengan data numerik dan ketepatan. Hasil kajian mendapati kaedah pengajaran hafazan dan murajaah Al Quran atas talian mempengaruhi ketetapan dan garis panduan sekolah. Medium ini merupakan penyelesaian holistik dengan keadaan semasa ketika dunia mendepani masalah kesihatan global. Kesimpulannya, kewujudan aplikasi yang semakin berkembang telah memudahkan urusan seharian masyarakat seterusnya dapat memberikan manfaat kepada sistem Pendidikan seperti institusi Tahfiz pada hari ini. Justeru itu, semua pihak perlulah mengambil bahagian dengan kepesatan teknologi ini untuk meningkatkan Ilmu dan mengadaptasikan dalam dunia Al Quran. Kami mengharapkan kajian ini dapat memberi manfaat kepada masyarakat umum dalam mempelbagaikan kaedah pengajaran hafazan dan murajaah Al Quran secara atas talian seterusnya konsisten mendepani kemajuan semasa dalam era globalisasi.
      38  993
  • Loading...
    Thumbnail Image
    Some of the metrics are blocked by your 
    consent settings
    Publication
    Analisis Keberkesanan Pengajian Al-Quran secara Atas Talian dalam Kalangan Remaja di Nilai
    (Penerbit USIM, 2023-01-28)
    Rabiatul Adawiyah Binti Zulkepli
    ;
    Nurdini Shahidah Binti Mohd Rizal
    ;
    Nurfatihah Jannah Binti Mohd Kamal
    ;
    Syed Najihuddin Syed Hassan 
    Dunia hari ini sedang berhadapan pandemik COVID 19. Situasi telah menjejaskan pelbagai aspek kehidupan manusia termasuk aktiviti pengajian Al-Quran yang dilaksanakan secara atas talian. Mengaji al-Quran secara atas talian menggunakan kaedah yang interaktif mempunyai tarikan tersendiri bagi menggalakkan kanak-kanak menguasai dan meningkatkan kemahiran bacaan berkenaan. Perkembangan pesat dalam dunia teknologi zaman kini ibarat cendawan yang tumbuh selepas hujan. Fenomena ini menggambarkan bahawa perkembangan pesat dalam teknologi maklumat dan komunikasi pada abad ini membuka lebih banyak ruang untuk pengintegrasian pelbagai aplikasi dalam memperkasa sistem pembelajaran al-Quran. Maka tujuan kajian ini dilakukan bagi mengetahui keberkesanan pengajian al-Quran dan iqra’ secara atas talian yang terdiri daripada pelbagai remaja di Malaysia. Kaedah soal selidik secara deskriptif telah digunakan dalam kajian kuantitatif ini bagi memperoleh data yang dikehendaki. Dalam kajian ini, seramai 30 orang remaja telah disoal selidik bagi membantu menghasilkan kajian ini. Secara umumnya, dapatan analisis mendapati responden telah menyatakan pandangan yang baik kepada skop yang dikaji dengan purata yang tinggi. Kajian ini dapat membantu memberikan gambaran keseluruhan tentang Pengajian al-Quran secara atas talian dan kecekapan yang berkaitan dengannya serta menentukan keberkesanan pengajian dengan kaedah ini. Kesimpulannya, implikasi daripada wabak pandemik Covid-19 ini melahirkan kita semua ke dunia norma yang baharu. Seluruh umat manusia sedunia perlu membiasakan diri dalam menempuh keadaan norma baharu ini dalam segenap aspek. Oleh itu, solusi dalam prospek pendidikan adalah, penukaran daripada kaedah bersemuka kepada kaedah atas talian. Ini juga termasuk dalam pengajian al-Quran, di mana para guru al-Quran telah menambahbaikkan kaedah PdP mengikut arus semasa kini.
      61  1000
  • Loading...
    Thumbnail Image
    Some of the metrics are blocked by your 
    consent settings
    Publication
    Analisis Keperluan Pembangunan Aplikasi Eibadah Dalam Pengajaran Pendidikan Islam Murid Ketidakupayaan Pendengaran
    (Academic Inspired Network, 2024)
    Muhammad Hafizuddin Mohd Nazam
    ;
    Muhammad Alif Haziq Mohd Masri
    ;
    Syed Najihuddin Syed Hassan 
    Pengajaran Pendidikan Khas di Malaysia telah bermula sejak tahun 1954. Usaha ini telah memberikan peluang kepada murid Ketidakupayaan Pendengaran bersekolah di sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas di bawah Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) sehingga ke hari ini. Bahagian Pendidikan Khas (BPK) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah merancang pelbagai inisiatif untuk membantu golongan ini. Hal ini dapat dilihat melalui perubahan pesat yang berlaku di sekolah. Pendekatan pengajaran dan pembelajaran abad ke21 (PdPc) Pendidikan Islam Murid Berkeperluan Khas juga turut diubah suai selari dengan perkembangan teknologi masa kini. Kajian ini bertujuan untuk menganalisis keperluan dan peluang dalam pembangunan aplikasi "E-Ibadah" bagi pengajaran pendidikan Islam kepada murid yang mengalami ketidakupayaan pendengaran. Dalam konteks ini, kami mengidentifikasi cabaran unik yang dihadapi oleh golongan ini dalam memahami dan mengamalkan ajaran agama Islam. Metodologi kajian melibatkan tinjauan literatur, temu bual dengan pakar pendidikan khas, dan pengumpulan maklum balas daripada komuniti murid yang terlibat. Dapatan kajian menunjukkan perlunya suatu platform digital yang dapat memudahkan akses kepada bahan pengajaran Islam, seperti bimbingan ibadah, pelajaran agama, dan interaksi sosial yang bersesuaian dengan keperluan golongan ini. Keputusan kajian ini memberikan landasan untuk pembangunan aplikasi "E-Ibadah" yang bersifat inklusif, menyediakan konten yang disesuaikan, serta memanfaatkan teknologi pembantu seperti isyarat bahasa dan animasi visual. Aplikasi ini diharapkan dapat meningkatkan pengalaman pembelajaran dan pengamalan ibadah bagi murid dengan ketidakupayaan pendengaran, sekaligus memperkukuhkan kefahaman mereka terhadap nilai-nilai Islam.
      14  78
  • Loading...
    Thumbnail Image
    Some of the metrics are blocked by your 
    consent settings
    Publication
    Analisis Manhaj Dabt Dalam Surah Al-baqarah: Kajian Manuskrip Al-quran Msma021 Koleksi Pusat Manuskrip Narathiwat
    (Academic Inspired Network, 2024)
    Abdulloh Salaeh 
    ;
    Amran Abdul Halim 
    ;
    Syed Najihuddin Syed Hassan 
    ;
    Nidzamuddin Zakaria 
    ;
    Norhasnira Ibrahim 
    ;
    Idi Bin Hamdi
    Manuskrip Melayu adalah salah satu hasil seni dan bukti keunggulan serta kehebatan daya cipta masyarakat Melayu tradisional zaman dahulu, Antara kandungan manuskrip yang kerap ditulis adalah tentang kehebatan sesebuah kerajaan dan lain–lain. Dabt juga adalah suatu disiplin ilmu yang berkaitan dengan metode penandaan huruf-huruf alQuran. Disiplin ilmu ini berlandaskan hukum baik dari sudut bentuk tajwidnya. Fokus utama penelitian ini adalah Analisis Manhaj Dabt dalam Surah al-Baqarah: Kajian Manuskrip alQuran MSMA021 Koleksi Pusat Manusrip Narathiwat tulisan tangan yang terdapat di Narathiwat, Thailand. Kaedah kajian ini mengguna pendekatan filologis. Metode yang digunakan sepanjang penelitian ini adalah metode pengumpulan data melalui metode dokumentasi dengan menganalisis teks al-Quran MSMA021. Hasil penelitian yang diperolehi pada analisis pengetahuan dabt dalam naskah al-Quran MSMA021 jelas menunjukkan penulisan dabt mushaf al-Quran MSMA021 tidak mengikuti metode pengetahuan dabt yang sebenarnya seperti harakat lengkap, tanwin, mad, sabdu, sukun dan hamzah, tetapi lebih sesuai dengan pola penulisan normal. Sebagai hasil dari temuan penelitian ini, penulis mengajukan proposal agar penelitian ini dapat dilakukan secara seterusnya pada surah al-Quran lainnya di Perpustakaan Negara Malaysia yang belum dikaji secara komprehensif yang berasal dari dunia Melayu. Oleh kerana itu, naskhah al-Quran ini merupakan naskhah besar yang akan meningkatkan harakat dan martabat tulisan para ulama terdahulu secara akademik dan lebih berwibawa kepada generasi digital khususnya dalam bidang al-Quran.
      53  125
  • Loading...
    Thumbnail Image
    Some of the metrics are blocked by your 
    consent settings
    Publication
    Analisis Penyebaran Hadis-hadis Qudsi di Tiktok
    (Academic Inspired Network, 2023)
    Fatin Nor Aqilah Binti Mohd Norroe
    ;
    `Ainul Mardhiah Binti Khairul Azhar
    ;
    Nurul Nabilla Natasha Binti Abdullah
    ;
    Syed Najihuddin Syed Hassan 
    Tiktok merupakan salah satu platform sosial media yang sangat terkenal dalam kalangan masyarakat dunia pada masa kini. Aplikasi baru ini bukan sahaja mudah diakses dan menarik malah ia sebuah aplikasi dimana pengguna boleh mengedit serta berkongsi pelbagai jenis kandungan video. Hal ini dilihat lebih inovatif dan kreatif dalam proses pembelajaran dan penyebaran ilmu agama kepada masyarakat. Namun, ruang lingkup penggunaan Tiktok yang meluas dan terbuka menyebabkan banyak saluran hiburan yang lebih mendominasi berbanding perkongsian kandungan ilmiah. Perkongsian kandungan ilmiah seperti hadis qudsi penting untuk disampaikan supaya masyarakat lebih menghayati ilmu agama dalam kehidupan. Hal ini demikian kerana, hadis qudsi merupakan hadis yang terkandung firman Allah SWT dan lafaznya dari Rasulullah. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk menganalisis penyebaran hadis qudsi di medium Tiktok. Jenis kaedah yang digunakan dalam kajian ini adalah kaedah kualitatif. Hasil kajian ini mendapati jumlah penyebaran hadis qudsi di Tiktok masih berkurangan sebagai kandungan perkongsian kepada masyarakat. Justeru, para pendakwah perlu seiring dengan kemodenan teknologi sebagai wasilah dakwah yang sesuai dengan keperluan zaman. Kesimpulannya, kewujudan platform Tiktok dewasa kini menjadi aplikasi terbaik yang menggabungkan elemen audio dan visual dalam meyampaikan informasi berkaitan hadis sekaligus dapat memartabatkan hadis sebagai sumber Islam ke dua yang perlu dipelihara sepanjang zaman.
      41  136
  • Loading...
    Thumbnail Image
    Some of the metrics are blocked by your 
    consent settings
    Publication
    Analisis Rahsia Sumpah Allah SWT Dengan Masa Dalam Surah Ad-Dhuha
    (Penerbit USIM, 2023)
    Abdulloh Salaeh 
    ;
    Syed Najihuddin Syed Hassan 
    ;
    Amran Abdul Halim 
    ;
    Ahmad Kamel Mohamed 
    ;
    Mohd Zohdi Mohd Amin 
    ;
    Nidzamuddin Zakaria 
    ;
    Norhasnira Ibrahim 
    ;
    Kauthar Abd Kadir 
    Quran adalah kalam Allah yang menjadi pedoman dalam hidup ini. Salah satu gaya bahasa yang ditunjukkan oleh Allah SWT dalam menyampaikan risalah suci-Nya dalam Quran adalah surah yang panjang dan ada surah yang pendek. Sesetengah surah pula dimulakan dengan menggunakan qasam atau sumpah. Adakala Allah bersumpah dengan zat-Nya, bersumpah dengan rasul-Nya dan sumpah dengan makhluk-Nya. Mengapa Allah SWT bersumpah serta apakah rahsia dan manfaat sumpah yang terkandung dalam Quran? Objektif kertas kerja ini ialah untuk mengkaji tentang sumpah Allah SWT berkaitan garis masa dalam Quran khususnya Surah Ad-Dhuha. Kajian kepentingan masa serta rahsianya yang tersirat dalam surah ini. Kajian ini menggunakan metodologi kualitatif yang yang menganalisis segala maklumat yang diperolehi daripada kitab tafsir muktabar seperti tafsir al-Tabari, Ibnu Kathir, al-Qurtubi dan lain-lain. Hasil kajian ini mendapati bahawa Allah SWT bersumpah dengan masa yang tertentu dengan tujuan yang tertentu. Seterusnya, akan dikaitkan dengan isu-isu semasa yang berkaitan memandangkan kebanyakan masyarakat awam hidup dalam nikmat yang diabaikan iaitu nikmat waktu dhuha. Ini kerana kesan dan pengaruh media sosial seperti Facebook, Instagram, Whatsapp, Youtube dan sebagainya. Kesibukan dengan perkara tersebut menyebabkan generasi masa kini menjadi kurang berminat kepada agama dan membawa kepada kedaifan iman seseorang. Justeru, masyarakat awam perlu mempelajari dan memahami Quran dengan sebenar-benarnya agar dapat meningkatkan tahap keimanan dan mencapai redha Allah SWT.
      34  794
  • Loading...
    Thumbnail Image
    Some of the metrics are blocked by your 
    consent settings
    Publication
    Animasi Nusa dan Rara dalam Membantu Pembelajaran Quran dan Sunnah
    (Penerbit USIM, 2024)
    Sofwah Adilin bin Mahama Che Daod
    ;
    Mior Ashman bin Mior Badrul Anwar
    ;
    Muhammad Farid Al Wajdiy bin Kamal
    ;
    Syed Najihuddin Syed Hassan 
    Pendidikan Al-Quran dan Sunnah merupakan aspek penting dalam membentuk karakter dan moral masyarakat Muslim. Namun, metode konvensional kurang menarik bagi generasi modern yang tumbuh dalam era teknologi. Oleh karena itu, penelitian ini bertujuan untuk menggali potensi Animasi Nusa Dan Rara sebagai media inovatif dalam membantu proses pembelajaran Al-Quran dan Sunnah. Penelitian ini melibatkan pengembangan animasi interaktif yang menggabungkan nilai-nilai keislaman, sejarah, dan moral yang terkandung dalam Al-Quran dan Sunnah dengan keunikan karakter animasi Nusa Dan Rara. Metode penelitian yang digunakan mencakup analisis keperluan pendidikan, dan uji cuba terhadap kelompok responden yang terdiri dari siswa mahasiswa USIM. Hasil penelitian menunjukkan bahwaAnimasi Nusa Dan Rara dapat meningkatkan minat dan pemahaman Mahasiswa terhadap ajaran Al-Quran dan Sunnah. Tarikan animasi memungkinkan siswa untuk terlibat secara aktif dalam proses pembelajaran, sementara karakter Nusa menjadi model yang menginspirasi untuk mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan sehari-hari. Implikasi praktis dari penelitian ini adalah bahwa Animasi Nusa Dan Rara dapat diintegrasikan ke dalam kurikulum pendidikan agama untuk meningkatkan keberkesanan dan daya tarik pembelajaran. Diharapkan bahwa inovasi ini dapat menyumbang perkara yang positif dalam membentuk generasi penerus yang memiliki pemahaman mendalam terhadap Al-Quran dan Sunnah, serta mampu mengaplikasikan nilai-nilai tersebut dalam kehidupan sehari-hari.
      14  38
  • Loading...
    Thumbnail Image
    Some of the metrics are blocked by your 
    consent settings
    Publication
    Animasi “Omar & Hana” sebagai Medium Penyebaran Gaya Hidup Islam kepada Kanak-kanak
    (Academic Inspired Network, 2023)
    Nor Athirah binti Saiful Bahri
    ;
    Nur Izzati binti Jemar @ Jamal
    ;
    Syed Najihuddin Syed Hassan 
    Animasi merupakan salah satu pemangkin dalam usaha penyebaran dakwah melalui pelbagai medium yang disediakan untuk menarik perhatian generasi muda khususnya kanak-kanak. Hal ini kerana, kanak-kanak pada era kini amatlah kurang diberi pendedahan dengan gaya hidup Islam. Walhal, kanak-kanak ialah kelompok yang tidak boleh dipencilkan dalam arena dakwah. Generasi muda yang terdidik dengan acuan yang betul mampu memberi corak yang positif terhadap pembangunan negara. Dapat kita lihat bahawa golongan kanak-kanak amat mudah terpengaruh dengan apa yang ditayangkan di media massa, misalnya animasi “Omar & Hana” yang banyak menyampaikan mesej-mesej dakwah seperti doa-doa dan amalan harian. Industri di negara kita memerlukan lebih banyak animasi bercorak Islam yang mewarnai dunia hiburan kanak-kanak supaya mereka terdidik dengan ajaran Islam yang sebenar dengan cara lebih menarik. Malah, ia satu cabang dakwah yang berkesan untuk menambat hati generasi muda atau kanak-kanak. Namun sejauh manakah kesesuaian kandungan mesej yang disampaikan dapat membantu mempengaruhi kanak-kanak untuk mengikuti corak hidup Islam yang disampaikan? Kajian ini bertujuan mengkaji elemen dakwah dalam animasi ‘Omar dan Hana’ mengenai gaya hidup Islam kepada generasi muda terutamanya kanak-kanak. Jenis kaedah yang digunakan dalam kajian ini adalah kaedah kualitatif iaitu melalui kajian perpustakaan, analisis video dan tinjauan melalui bahan-bahan rujukan seperti artikel dan internet. Hasil kajian ini mendapati elemen dakwah yang terdapat dalam animasi “Omar & Hana” mampu mempengaruhi pemikiran kanak-kanak terhadap kandungan corak hidup Islam yang disampaikan. Pihak penerbit animasi juga perlu memastikan kandungan cerita yang disampaikan adalah selari dengan syariat Islam. Kesimpulannya, kewujudan animasi dakwah seperti “Omar & Hana” pada hari ini banyak menyebarkan kandungan dakwah yang bercorakkan gaya hidup Islam kepada generasi muda khususnya kanak-kanak, serta menjadikannya sebagai satu medium penyampaian dakwah Islam dengan panduan yang betul dan berkesan. Justeru, diharapkan kajian ini dapat menjadi manfaat dan menambah pengetahuan kepada masyarakat dalam membentuk generasi akan datang.
      53  93
  • Loading...
    Thumbnail Image
    Some of the metrics are blocked by your 
    consent settings
    Publication
    Aplikasi Dan Keberkesanan Laman Web Nuqayah Dalam Pengajaran Kajian Tafsir Di Fakulti Pengajian Quran Dan Sunnah, USIM
    (Academic Inspired Network, 2024)
    Muhammad Hadi Najmi Nor Johan
    ;
    Muhammad Asyraf Utami Syahrial
    ;
    Muhammad Shollehin Mamat Pekri
    ;
    Syed Najihuddin Syed Hassan 
    Perkembangan ilmu tafsir dalam era modenisasi kian berkembang malah dilihat masyarakat kini bukan sahaja menuntut ilmu dalam keadaan berlutut lagi bahkan hanya melalui peranti sahaja. Antara metodologi baru dalam pengajaran dan pembelajaran tafsir kini adalah berasaskan laman web. Justeru itu, kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti keberkesanan nuqayah.com pengajaran dan pembelajaran kajian tafsir dalam kalangan pelajar. Tambahan pula, kajian ini juga meliputi penggunaan mesra pengguna, menyemak kelebihan dan kelemahan laman web tersebut sebagai mekanisme dalam pendidikan. Metode kajian yang digunakan ialah kaedah berbentuk kuantitatif. Kajian ini menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen utama yang diedarkan kepada 40 orang pelajar tahun 4 dari Fakulti Pengajian Quran Dan Sunnah, USIM pada tahun 2023. Disamping itu, dapatan analisis menunjukkan kefahaman responden dalam memahami tafsiran al-Quran dengan jelas serta keberkesanan proses pembelajaran mereka. Kesimpulannya, implikasi daripada perkembangan teknologi digital kini telah memenuhi keperluan masyarakat dalam pengajian tafsir pada saat ini.
      20  31
  • Loading...
    Thumbnail Image
    Some of the metrics are blocked by your 
    consent settings
    Publication
    Aplikasi Kecerdikan Buatan (ai) Dalam Pembelajaran Al-quran
    (Academic Inspired Network, 2024)
    Farihah Khalisah Nasir
    ;
    Umairatul Ezzah Md Ariff Maricar
    ;
    Syed Najihuddin Syed Hassan 
    Kajian ini dijalankan bagi menerangkan kelebihan menggunakan pelbagai jenis Aplikasi Kecerdikan (Intelligence Artificial) dalam membantu proses pembelajaran Al-Quran. Antara permasalahan yang dapat diketengahkan di dalam kajian ini adalah dapatan carian mod bahasa daripada AI tidak sepenuhnya bertepatan dengan konteks dari ayat Al-Quran apabila melalui proses translasi. Selain itu, terdapat juga kesukaran dalam mencari aplikasi AI yang tepat dalam proses pembelajaran Al-quran. Seterusnya, adalah berkaitan kesedaran masyarakat masih berada di tahap rendah dalam memahami kaedah penggunaan aplikasi AI dalam pembelajaran Al-Quran. Objektif kajian ini adalah bagi mengenalpasti kesahihan makna ayat al-quran hasil carian ChatGPT, seterusnya menganalisis aplikasi AI yang paling sesuai dalam pembelajaran Al-Quran serta memberi pendedahan kepada masyarakat berkaitan penggunaan pelbagai aplikasi AI berikutan perkembangan teknologi hari ini. Kajian ini merupakan kajian kualitatif. Antara hasil dapatan kajian ini adalah, penggunaan kaedah AI dalam pembelajaran Al-Quran memerlukan proses berkonsultasi dengan ahli tafsir untuk memastikan interpretasi yang diberikan oleh Chatgpt bertepatan dengan al-quran. Walaupun setelah menggunakan AI, masyarakat tetap perlu merujuk kepada kitab-kitab tafsir Al-Quran. Selain itu, pemilihan aplikasi kecerdikan buatan haruslah yang sesuai dengan situasi dan keperluan konteks pembelajaran Al-Quran. Kesimpulannya, aplikasi kecerdikan buatan adalah mod alat yang berharga dalam pembelajaran Al-Quran namun masih perlu diambil kira beberapa kekurangannya. Penting untuk mengimbangi kemudahan akses ini dengan ada keterlibatan daripada orang yang mahir dalam bidang alquran bagi memastikan apa yang dicari itu sahih. Ekoran perkembangan teknologi aplikasi AI, masyarakat boleh menjadikannya satu metode dalam meningkatkan pemahaman kepada Al-Quran.
      205  1352
  • «
  • 1 (current)
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
  • 6
  • 7
  • 8
  • 9
  • 10
  • 11
  • 12
  • »
Welcome to SRP

"A platform where you can access full-text research
papers, journal articles, conference papers, book
chapters, and theses by USIM researchers and students.”

Contact:
  • ddms@usim.edu.my
  • 06-798 6206 / 6221
  • USIM Library
Follow Us:
READ MORE Copyright © 2024 Universiti Sains Islam Malaysia