Journal of Fatwa Management and Research (JFatwa)
Permanent URI for this collection
Browse
Browsing Journal of Fatwa Management and Research (JFatwa) by Author "Ab Rahman, A."
Now showing 1 - 4 of 4
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Penggunaan Sel Stem dalam Pengkulturan Daging: Analisis Menurut Perspektif Hukum Islam(Universiti Sains Islam Malaysia, 2019) ;Hamdan, M. N. ;Ramli, M. A.Ab Rahman, A.Daging kultur adalah salah satu inovasi terbaru dalam penghasilan produk makanan yang bersifat mesra alam selain menerima permintaan tinggi serta memenuhi keperluan pasaran. Daging ini tidak lagi dihasilkan secara alami melalui penternakan di ladang, sebaliknya dihasilkan di makmal dan kilang. Bahkan daging kultur boleh mendatangkan manfaat yang banyak kepada pengguna. Kajian ini akan membincangkan konsep dan sejarah daging kultur, faktor penghasilan dan teknik yang digunakan dalam menghasilkan daging kultur. Di samping itu, analisis hukum dijalankan dengan menilai fatwa semasa berkaitan status daging kultur. Kajian menggunakan metode kualitatif dengan merujuk kepada jurnal, buku dan fatwa semasa bagi melengkapkan kajian. Hasil kajian mendapati bahawa daging kultur yang dihasilkan bersumberkan lembu yang disembelih adalah Halal dimakan manakala daging kultur yang menggunakan sumber sel stem dari lembu yang masih belum disembelih adalah tidak Halal dimakan. Proses pengkulturan daging juga berhubungkait dengan hukum pengubahan ciptaan Allah SWT di samping sumber stem sel akan menentukan hukum memakan daging kultur.21 8 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Pengurusan Agihan Zakat Pendidikan: Kajian di Zakat Pulau Pinang (ZPP)(Universiti Sains Islam Malaysia, 2019) ;Mohamad Zaki, M. M.Ab Rahman, A.Zakat merupakan satu mekanisma ibadah bagi membantu golongan yang memerlukan. Menerusi bidang pendidikan, antara isu yang dihadapi oleh golongan asnaf adalah masih ramai pelajar yang tergolong dalam kalangan fakir dan miskin. Pada masa yang sama jumlah mereka yang masih tercicir daripada menerima bantuan zakat juga tetap berlaku. Selain itu, perekodan data golongan asnaf yang kurang efisien juga menjadi antara masalah yang dihadapi dalam penyaluran bantuan. Berdasarkan permasalahan tersebut, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pendefinisian asnaf yang layak untuk menerima zakat pendidikan serta bentuk-betuk bantuan yang ditawarkan oleh Zakat Pulau Pinang (ZPP) selaku institusi zakat dalam mengagihkan dana zakat pendidikan kepada golongan asnaf setiap tahun. Kajian ini turut membincangkan langkah-langkah yang dilakukan oleh ZPP dalam menjalankan kewajipan mengagihkan dana zakat pendidikan kepada golongan asnaf secara adil dan telus. Kajian ini menggunakan metodologi penyelidikan kualitatif dengan mengumpulkan data melalui kajian kepustakaan dan kajian lapangan yang menggunakan kaedah temubual tidak berstruktur. Hasil kajian mendapati agihan zakat pendidikan merupakan antara agihan terbesar di ZPP. Terdapat dua bentuk agihan zakat pendidikan yang dilakukan oleh ZPP iaitu agihan kepada institusi dan individu. Bagi merealisasikan hasrat tersebut, ZPP telah melakukan pelbagai transformasi dan kepelbagaian dalam agihan zakat pendidikan antaranya seperti penggunaan laman sesawang, penubuhan skuad jejak asnaf dan program usahasama bersama agensi lain terutama bagi bidang yang diperlukan oleh umat Islam seperti kejuruteraan dan perakaunan. Penambahbaikan dalam sistem agihan ini adalah penting bagi memastikan peranan zakat pendidikan tercapai selari dengan objektif pensyariatan zakat kepada umat Islam.3 70 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Peranan Ijtihad Jama'i dalam Pembentukan Skim Wakaf Tunai di Malaysia(Universiti Sains Islam Malaysia, 2021) ;Ibrahim, ’AdninAb Rahman, A.Ijtihad jama’i merupakan sebuah mekanisme perbincangan para ulama dan pakar dalam menyelesaikan pelbagai masalah kontemporari. Dalam perihal pembangunan harta wakaf pada masa kini, ijtihad jama’i turut berperanan dalam mengoptimumkan potensi dan sumbangan harta wakaf kepada pelbagai sektor pembangunan ekonomi. Dengan mengambil kira kecenderungan orang ramai untuk memberi sumbangan wakaf secara tunai berbanding mewakafkan harta tak alih seperti tanah dan bangunan, kelulusan dan keharusan wakaf tunai telah mengembalikan fungsi wakaf sebagai sektor ekonomi yang ketiga. Di Malaysia, penawaran skim wakaf tunai adalah di bawah bidang kuasa negeri kerana ia adalah sebahagian daripada perihal pentadbiran agama Islam. Oleh itu, skim wakaf tunai yang ditawarkan oleh Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) akan merujuk kepada peruntukan statutori negeri yang sedia ada atau merujuk kepada keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri. Justeru, kajian ini merupakan kajian secara konseptual yang bertujuan mengkaji peranan ijtihad jama’i dalam pembentukan skim wakaf tunai bagi negeri-negeri di Malaysia.21 2 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Peranan Wakaf Dalam Mendepani Pendemik Covid-19(Universiti Sains Islam Malaysia, 2020) ;Ab Rahman, M. F. ;Abdullah Thaidi, H. A. ;Ab Rahman, A.Ab Rahim, S. F.Pendemik COVID-19 telah mencetuskan keadaan cemas dan mengusarkan di seluruh dunia serta ia memberi impak mendalam dalam aspek kesihatan, ekonomi dan sosial. Cabaran utama yang dihadapi oleh kerajaan Malaysia ialah dalam menyediakan Pelan Rancangan Ekonomi Prihatin Rakyat agar dapat dimanfaatkan oleh setiap lapisan masyarakat. Persoalannya adakah hanya pihak kerajaan harus dipertanggungjawabkan dalam mendepani pendemik ini? Justeru, objektif kajian ini adalah untuk menilai peranan wakaf dalam mendepani pendemik COVID-19 sebagai salah satu usaha bagi meringankan beban kerajaan Malaysia, serta mencadangkan kepelbagain jenis wakaf serta mekanisme pelaksanaanya dalam mendepani pendemik ini. Kaedah kualitatif dilakukan dengan menggunakan metodologi kepustakaan untuk mengumpul data. Manakala penganalisisan data menggunakan kaedah deskriptif dan komparatif. Hasil kajian menunjukkan pengurusan tadbir urus wakaf berkesan tidak terhad kepada Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) selaku nazir am, malah peranannya diperluaskan kepada masyarakat sebagai nazir khas mahupun mutawalli dalam perkongsian tanggungjawab serta kepakaran bagi mendepani cabaran pendemik serta isu-isu berkaitan kesihatan di Malaysia, khususnya dalam penjanaan dana serta memupuk semangat kerjasama dan sukarelawan di kalangan masyarakat.55 4