Journal of Fatwa Management and Research (JFatwa)
Permanent URI for this collection
Browse
Browsing Journal of Fatwa Management and Research (JFatwa) by Title
Now showing 1 - 20 of 417
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Abd Al-Rahman bin Muhammad Al-Dakhil, Al-Fatwa: Ahammiyatuha, Dawabituha, Atharuha(Universiti Sains Islam Malaysia, 2011)Ahmad Hidayat Buang4 10 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Adab Perbezaan Pendapat dalam Islam Menurut Taha Jabir Al-Alwani (1935-2016)(Universiti Sains Islam Malaysia, 2017)Mohd Rumaizuddin GhazaliArtikel ini membincangkan secara ringkas biografi Taha Jabir al-Alwani dan adab perbezaan pendapat dalam karyanya Adab al-Ikhtilaf fi al-Islam. Beliau telah menyoroti adab perbezaan pendapat pada zaman nabi, zaman para sahabat dan imam mazhab sehingga zaman kini. Perbezaan pendapat dalam bidang cabangan fikah (furu') adalah perkara tabi'i disebabkan faktor bahasa, sebab periwayatan hadis dan kaedah usul. Perbezaan dalam perkara cabangan fikah sebagai rahmat dan kelapangan bagi umat ini serta kekayaan dalam proses pengambilan hukum. Beliau turut menggariskan jalan penyelesaian umat Islam dalam menghadapi krisis kehilangan adab ini dengan melatih para belia dengan ilmu syariat dan moden, mengukuhkan institusi pendidikan yang berteraskan pengislaman ilmu dan membentuk pemikiran Islam yang tulen.15 135 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication The Administrative Effects Of The Intervention Of The Holding Company In The Management Of Subsidiaries In Libyan Law and The Egyptian And Algerian Laws And The Position Of Islamic Jurisprudence(Universiti Sains Islam Malaysia, 2019) ;Mohamed Adhir Mohamed Dahir; Mohd Faisal MohamedThat the subsidiaries, although legally enjoying an independent legal personality and separate financial assets, as well as those companies in formality, their separate governing bodies "General Assembly, Board of Directors" that express their will and defend their interests, but this legal independence is not However, there is a difference between the legislation "Libyan law and the Egyptian and Algerian laws" with regard to the texts regulating the administrative control, and so on. The difference in the administrative effects of the intervention of the holding company in the management of subsidiaries according to each legislation, and the problem of the research raises the interference of the Holding Company to the subsidiary companies controversy in the judiciary and jurisprudence, and this debate is the interpretation of the intervention exercised by the holding company to its subsidiaries, In addition, contemporary legislation has been used to regulate the means of intervention of the holding company in the management of the subsidiary. The aim of the research is that the statement of the intervention of the holding company and its control over its subsidiaries has implications that should be examined, analyzed and studied in the context of Libyan legislation, Egyptian and Algerian legislations, as well as the need to know the position of Islamic jurisprudence. To achieve this objective, the researcher followed the comparative and analytical method to analyze the texts of the provisions of the holding company by the Libyan business law, comparing them with the texts contained in both the Egyptian and Algerian laws, and knowledge of the position of Islamic jurisprudence on them. The researcher concluded that: The administrative control of the holding company of the management of the subsidiary shall deprive the subsidiary company from making any strategic decisions or concluding any agreements or contracts that deviate from the objectives and interests of the holding company. The intervention of the holding company in the management of the subsidiary is permissible in terms of jurisprudence based on the many evidence that requires the satisfaction of the shareholders and that can be deduced through the laws governing the holding company.5 52 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Agricultural Zakat From The Islamic Perspective(Universiti Sains Islam Malaysia, 2019) ;Muhamad Firdaus Ab Rahman ;Hussein Azemi Abdullah Thaidi, ;Azman Ab RahmanSiti Farahiyah Ab RahimDi Malaysia, zakat pertanian hanya diwajibkan ke atas makanan asasi sesuatu tempat dan telah mencukupi nisab. Namun, terdapat isu ketidakselarasan taksiran zakat pertanian misalnya ketidakselarasan penetapan nisab bagi timbangan metrik gantang, dan kepelbagaian kadar yang dikenakan. Persoalannya, apakah faktor utama kepada isu ini? Justeru, kertas kajian ini merupakan usaha untuk mengetengahkan beberapa isu yang timbul dalam pendekatan konseptual' zakat pertanian dari perspektif Islam dengan menganalisa definisi zakat pertanian, tanaman yang dikenakan zakat, nisab, kadar yang dikenakan berdasarkan pengairan, dan potongan kos-kos tertentu sebelum diwajibkan zakat. Metodologi kualitatif digunakan bagi menganalisa data melalui kaedah induktif, deduktif, dan perbandingan. Hasil kajian menunjukkan bahawa ketidakselarasan taksiran zakat pertanian merupakan natijah daripada kepelbagaian cara berfikir dalam menentukan hukum menurut perspektif syarak bagi setiap mazhab. Implikasi kajian ini dapat membantu pembuat dasar dan pengurusan Institusi Zakat untuk menyelaraskan rangka kerja zakat pertanian berdasarkan keaslian undang-undang Islam bagi pembangunan dan pemantapan sosio ekonomi Malaysia.2 27 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Al-Aslu Fi Al-Asyya' Baina Al-Ibahah Aw Al-Hazr: Pemakaiannya dalam Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia(Universiti Sains Islam Malaysia, 2018); ; Kajian ini cuba mendedahkan permasalahan mengenai asal sesuatu perkara yang tidak mempunyai dalil yang jelas dan terperinci samada ianya haram ataupun harus, ini kerana para fuqaha’ telah berselisih pendapat mengenai perkara ini, di mana sebahagian daripada mereka telah menjadikan al aslu fi al asyya’ al ibahah sebagai satu kaedah fiqhiah yang digunapakai dalam mazhab, dan sebahagian yang lain menggunakan kaedah al aslu fi al asyya’ al hazr. Penulis cuba menjelaskan perselisihan ulama mengenai perkara tersebut beserta dengan dalil-dalil dan pendapat yang rajih. Seterusnya penulis menilai pemakaian kaedah ini dalam MJFK, dimana ia menunjukkan pengaplikasiannya lebih tertumpu dalam bab hukum berkaitan makanan dan minuman. Kajian juga mendapati kaedah ini bukan digunakan sebagai dalil utama sebaliknya hanya sebagai hujah yang menyokong dalil utama tersebut. Adalah diharap agar kajian ini akan dapat memberi satu pendedahan baru kepada masyarakat tentang penggunaan kaedah al aslu fi al asyya’ al ibahah dalam pembuatan sesuatu keputusan hukum.1 56 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Al-Jallalah : Konsep dan Fatwa Semasa di Malaysia(Universiti Sains Islam Malaysia, 2014) ;Jamaludin, M. A. ;Ramli, M. A.Ab. Rahman, S.Perkembangan moden industri penternakan dan pertanian telah menghasilkan produk hasil tani yang lebih pantas, ekonomik lagi menguntungkan. Dewasa ini, timbul polemik dalam industri penternakan berhubung dengan status kesucian haiwan yang diberi makanan kotoran dan najis, yang boleh dianggap sebagai al-Jallalah, sama ada haiwan tersebut halal untuk dimakan atau haram. Kajian ini memfokuskan konsep al-Jallalah menurut perspektif fiqh. Penelitian akan dilakukan berasaskan sumber perundangan Islam termasuk fatwa semasa di Malaysia. Hasil kajian mendapati, terdapat beberapa isu semasa seperti ikan dan tumbuhan yang dibesarkan dalam persekitaran najis yang boleh dikiaskan dengan haiwan al-Jallalah. Sebagai penyelesaiannya, instrumen al-Istibra' dapat dijadikan medium penyucian al-Jallalah sehingga hilang bau, rasa dan warna.24 2 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Al-Nahyu (Perintah Larangan) dan Kesannya dalam Bidang Muamalat: Satu Analisis(Universiti Sains Islam Malaysia, 2018)Mohamed Shaarani, A. Z.Al-Nahyu atau tuntutan untuk meninggalkan sesuatu perkara adalah satu tajuk yang sangat penting dalam bidang perundangan Islam termasuk dalam bidang muamalat. Ia membincangkan tentang larangan dan status perbuatan seseorang mukalaf itu sama ada ia adalah sah ataupun tidak, dan kesan-kesan darinya. Justeru kajian ini akan mengupas tentang akad-akad yang tidak memenuhi rukun di samping wujud pula larangan-larangan Syarak padanya, juga apakah kesan perbuatan tersebut bagi mereka yang berakad atau yang melakukan sesuatu transaksi kewangan itu. Selain itu juga, kajian akan mengupas tentang bagaimanakah cara dan metod pembetulan dan pembaikan yang boleh diterima bagi sesuatu transaksi yang terbatal itu dan seterusnya dapat mengelakkan mereka yang terjerumus dalam akad yang terbatal itu berada dalam kesukaran dan kepayahan. Kajian ini adalah berdasarkan kajian berbentuk perpustakaan sepenuhnya. Hasil kajian mendapati bahawa tuntutan Syarak sama ada tuntutan berbentuk larangan atau perintah boleh membatalkan sesuatu akad jika ia berkaitan asas atau rukun sesuatu akad dan transaksi, atau juga jika ia telah menjadi sebahagian dari transaksi itu sendiri. Namun jika ia berkaitan perkara sampingan maka ia tidak membatalkan akad namun menjadikan akad tersebut hukumnya adalah haram sekalipun ia adalah sah. Kesan-kesan dari akad yang batal dan fasid dapat dilihat seperti sama ada ia perlu dilakukan semula, juga ianya berkaitan hak-hak pihak yang terlibat dalam akad sebegini, iaitu adanya kesan-kesan Syarak bagi akad yang sah atau sebaliknya tiada kesan-kesan Syarak bagi akad yang tidak sah. Hasil kajian juga mendapati bahawa sesuatu akad yang tidak sah itu boleh diperbaiki dengan beberapa cara dan ini dikira dapat memberi peluang kepada mereka yang melakukan sesuatu kesalahan itu memperbaiki kesilapan mereka tanpa menjerumuskan mereka ke dalam kesukaran dan kepayahan.70 6 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Al-Qardh Dari Harta Zakat Bagi Mustahik dan Implementasinya di Baznas Indonesia dan PPZ Malaysia(Universiti Sains Islam Malaysia, 2019) ;., N. ;., Y.., A.Ada beberapa Lembaga Amil Zakat di Indonesia yang mengagihkan zakat ke mustahik dengan cara meminjamkannya. Mustahik zakat menerima zakat bukan sebagai hak miliknya tetapi hanya sebagai pinjaman yang ia harus mengembalikannya sebagai hutang kepada amil. Padahal ulama berpendapat bahawa harta zakat apabila telah dibayarkan kepada Amil, maka wajib segera dikeluarkan, kerana harta tersebut kepemilikannya menjadi milik mustahik zakat tidak diperbolehkan bagi lembaga atau badan amil mengagihkan zakat dalam bentuk al-qardh (pinjaman). Penelitian ini bertujuan untuk mengkaji bagaimana hukum meminjamkan (al-qardh) zakat kepada mustahik menurut fuqaha dan bagaimana proses pelaksanaan (al-qardh) zakat kepada mustahik di lembaga atau badan amil Indonesia dan Malaysia. Metode penelitian dilakukan dengan cara mengkai buku Fiqh al-Zakah, karya Yusuf Al-Qardhawi dan Majmu�al-Fatawa wa Rasail, Muhammad Bin Sholih Al-Utsaimin, dan menggunakan teknik observasi, wawancara dan dokumentasi. Badan Amil Zakat Nasional (BAZNAS) di Indonesia dan Pusat Pungutan Zakat (PPZ) di Malaysia. Hasil penelitian menemukan dua kelompok ulama fiqih yang berbeza pendapat tentang kebolehannya. Kelompok pertama, seperti Yusuf al-Qardhawi, Abu Zahrah, Khallaf dan Hasan mengatakan boleh harta zakat dipinjamkan berdasarkan qias terhadap orang yang berhutang. Kelompok kedua, seperti Muhammad Bin Shalih Utsaimin dan Husein Shahatah berpendapat bahawa harta zakat apabila telah dibayarkan, maka wajib untuk segera dikeluarkan, kepemilikannya menjadi milik mustahik dan tidak diperbolehkan bagi lembaga atau badan amil mengagihkan zakat dalam bentuk al-qardh (pinjaman). Baitul Qiradh BAZNAS merupakan satu program dari Indonesia makmur dan bagian program pendayagunaan zakat untuk meningkatkan kesejahteraan fakir dan miskin. Baitul Qiradh BAZNAS menerapkan pola bagi hasil atau syariah, agar usaha mikro kecil terbebas dari sistem bunga (riba). Produk yang dikelola Baitul Qiradh BAZNAS adalah simpanan dan pembiayaan yang memakai prinsip syariah. Baitul Qiradh BAZNAS diharapkan dapat membantu peningkatan ekonomi masyarakat kecil melalui sistem ekonomi syariah, khususnya qardhul hasan. Lembaga Baitulmal MAIWP sebagai perpanjangan tangan PPZ tidak mempraktekkan jenis bantuan kewangan zakat dalam bentuk pinjaman lunak kepada mustahik.2 44 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Al-Qatl Bi Dafi' Al-Syafaqah Menurut Perspektif Islam: Analisis Fatwa-Fatwa Kontemporari(Universiti Sains Islam Malaysia, 2014) ;Wan Mohd Khairul Firdaus bin Wan KhairuldinAbdul Hanis bin Embongal-Qatl bi Dafi' al-Syafaqah or murder in the form of compassionate is a term emerged in the 17th AD. It is a practice to end a human life specifically in a critical condition to reduce pain and agony suffered by the patient and it is especially practiced by medical practitioners. This article aims to find out is this practice carried out according to Islamic law as well as the punishment imposed on practitioners if it is found illegal or impermissible. Besides that this article will clarify the best and accurate definition and methodology applied on this practice and also examines the Islamic perspective on these issues based on the fatwas issued by the established and authorized fatwa institution or personnel among the contemporary muslim jurist. This article uses textual analysis method through contemporary fatwas and classic Islamic jurisprudence books. The result of this study shows that al- Qatl bi Dafi' al-Syafaqah is absolutely forbidden as it similar to an intentional murder yet the punishment is vary to qisas's as there are dispute and doubt on judging such practice. However (brain dead, is classified as a special case by most muslim jurists which is legal to be practiced based on certain regulations.16 4 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Amalan Pengambilan Ibu Susuan: Satu Kajian Sorotan terhadap Dokumentasi Bukti Penyusuan(Universiti Sains Islam Malaysia, 2014) ;Salleh, S. F. ;Daud, N.Man, S.Pola kehidupan masyarakat sentiasa berubah mengikut peredaran masa dan gelombang teknologi. Ia menuntut masyarakat membatasi kehidupan mereka melalui kaedah fiqhiyyah (Saddu al-Zara’i‘). Perkara yang sama juga terjadi kepada pelaksanaan konsep ibu susuan dalam masyarakat. Sejajar dengan pengaplikasian kaedah tersebut, perlu diadaptasikan satu mekanisma yang efektif sebagai bukti pengambilan ibu susuan sesuai dengan kehendak syarak. Syarak telah menetapkan kaedah pensabitan mahram susuannya yang tersendiri iaitu melalui penyaksian dan pengakuan. Objektif penulisan artikel ini ialah membincangkan isu yang berkait dengan mahram susuan seperti orang yang menyusukan, usia bayi yang disusukan, kadar susuan, kesan penyusuan, bentuk-bentuk penyusuan yang mensabitkan pengharaman dan mekanisma pensabitan mahram susuan. Bagi memenuhi objektif ini, metodologi yang digunakan ialah kajian kepustakaan. Dapatan kajian ini telah menunjukkan bahawa mendokumentasikan bukti penyusuan oleh badan-badan tertentu seperti Jabatan Pendaftaran Negara adalah satu langkah yang sangat penting dalam mengharmonikan lagi sistem keluarga Islam. Mekanisma pensabitan ini juga sejajar dengan tuntutan Maqasid al- Syariah iaitu “Hifzu al-Nasl” (pemeliharaan keturunan) antaranya untuk mengelakkan daripada berlaku perkahwinan antara mahram susuan.4 52 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Amalan Pengurusan Uri (Plasenta) Pasca Kelahiran Dalam Masyarakat Melayu Menurut Perspektif Hukum Islam(Universiti Sains Islam Malaysia, 2019) ;Ramli, M. A. ;Kamaruddin, N. K.Abdul Wahab, R.Menguruskan uri merupakan salah satu adat menyambut kelahiran bayi yang diamalkan dalam masyarakat Melayu sejak zaman-berzaman. Sebahagian amalan dan tatacara dalam menguruskan uri tersebut melibatkan unsur kepercayaan tertentu. Sehubungan dengan itu, kajian ini memfokuskan tentang analisis amalan pengurusan uri dalam masyarakat Melayu menurut perspektif hukum Islam. Untuk mencapai objektif tersebut, pengkaji menggunakan pendekatan kualitatif iaitu kajian kepustakaan dan kajian lapangan yang melibatkan temu bual bidan kampung yang terlibat dalam proses menyambut kelahiran bayi. Data-data yang dikumpulkan dianalisis kandungannya secara induktif dan komparatif. Hasil kajian mendapati bahawa sebahagian daripada amalan pengurusan uri dalam tradisi masyarakat adalah selari dengan syariat Islam, manakala sebahagian yang lain pula bercanggah dengan Syarak. Sehubungan dengan itu, masyarakat perlulah berhati-hati dalam mengamalkan sebarang adat tradisi dan kepercayaan agar tidak terjerumus ke kancah khurafat.17 7 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Amalan Penjarakan Fizikal Dalam Solat Berjemaah Di Masjid Menurut Perspektif Maqasid Syariah(USIM Press, 2021-10) ;Nur Kamilah Kamaruddin ;Siti Nor Azimah Sabaruddin ;Nik Nurul Akmal Ab Alim ;Tengku Maaidah Tengku A Razak ;Mohd Ridhuwan Bin RemlyNor Azrina @ Nor Azura Ab. RahmanThe COVID-19 pandemic that hit the whole world has affected the Muslim worship system, including disallowingcongregational prayers in mosques. Due to the decline in COVID-19 positive cases, Malaysia as a Muslim majority country has allowed the opening of mosques and set guidelines for congregational prayer. This is to ensure that the community can perform congregational prayers in the mosque during the pandemic without neglecting the protection of lives. In this regard, this study was conducted to analyze the guidelines related to physical distancing in congregational prayers in mosques during movement control orders according to the Maqasid Syariah perspective. To achieve this objective, researchers used a qualitative approach, which is library research of Maqasid Syariah literature in the concept of daruriyyat, Islamic Legal Maxims and the opinions of ahl al-khibrah. The findings show that the practice of physical distancing between worshippers during congregational prayers in mosques amid the COVID-19 pandemic was in line with Maqasid Syariah especially in the preservation of religion and protecting lives. This is based on the opinions of ahl al-khibrah, the consideration of maslahah between daruriyyat and tahsiniyyat as well as the application of Islamic Legal Maxims. Hence, understanding the role of maqasid is important in guiding the community to perform their prayers according to the Syariah rulings in this pandemic situation.1 12 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Amalan Terbaik Pelaksanaan Sertu dalam Industri Halal di Malaysia(Universiti Sains Islam Malaysia, 2021) ;Sumaiyah Abdul Aziz ;Mohd Mahyeddin Mohd Salleh ;Mustafa ‘Afifi Abdul HalimHasdhatul Nor Aliah Md SaidPelaksanaan sertu menjadi semakin penting bagi industri sederhana dan besar di Malaysia yang ingin mendapatkan pensijilan halal. Walaupun sertu bukanlah sesuatu yang wajib dilakukan, syarikat perlu mewujudkan prosedur operasi standard (SOP) secara bertulis berkaitan sertu sebagai persediaan sekiranya berlaku ketidakakuran yang perlu kepada proses sertu (jika berkaitan) dan ini digariskan sebagai salah satu keperluan dalam Sistem Jaminan Halal (HAS), Sistem Pengurusan Halal Malaysia 2019. Artikel ini bertujuan untuk melihat amalan terbaik pelaksanaan sertu dalam industri halal di Malaysia. Kajian ini dilaksanakan secara kualitatif, dengan menumpukan kepada kaedah pengumpulan data secara analisis dokumen, temubual bersemuka dan pemerhatian secara langsung. Terdapat lapan dapatan yang diketengahkan dalam kajian ini iaitu keperluan garis panduan khusus bagi setiap skim halal; prosedur dan pengurusan sertu; peluang kerjaya sebagai jurusertu yang bertauliah; keperluan kepada penganjuran kursus/latihan sertu; cabaran yang dihadapi dalam melaksanakan proses sertu; fi pengurusan dan khidmat sertu; pangkalan data penyedia perkhidmatan sertu dan inovasi dalam menjalankan sertu. Kajian ini mencadangkan agar JAKIM dan JAIN/MAIN menambahbaik dan memantapkan garis panduan sertu yang sedia ada demi kebaikan industry halal di Malaysia.166 1 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Amalan Wakalah Pengurusan Zakat di Institusi Pengajian Tinggi Malaysia(Universiti Sains Islam Malaysia, 2024-09-30); ;Ammar Badruddin Romli ;Muhammad Faiz Abd Shakor ;Mohd Noor DaudAzme MataliKewujudan unit pengurusan zakat IPT dan pelantikan amil IPT telah meningkatkan keberkesanan kutipan dan agihan zakat di Malaysia. Pelantikan amil IPT adalah sesuai dengan kedudukan mereka yang lebih dekat dengan kelompok pembayar dan penerima zakat di IPT. Justeru, artikel ini akan memfokuskan kepada amalan wakalah pengurusan zakat institusi pengajian tinggi di Malaysia. Kajian kualitatif ini menggunakan kaedah dokumentasi dan pemerhatian bagi mencapai objektif kajian. Hasil kajian mendapati bahawa amalan wakalah melibatkan kerjasama di antara institusi zakat dengan IPT yang terpilih. Pelaksanaannya adalah tertakluk kepada syarat-syarat dan garis panduan yang telah ditetapkan oleh institusi zakat negeri masing-masing. Kajian ini amat penting untuk dijadikan panduan model pelaksanaan wakalah dalam pengurusan zakat khususnya di institusi pendidikan di Malaysia.10 8 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Analisa Kepatuhan Syariah Dalam Aspek Akidah: Kajian Khusus Filem Munafik 1(USIM Press, 2021-10) ;Hajar Opir ;Mohammed Yusof ;Mardhiyyah SahriWan Yusnee AbdullahThe trend of film directors in Malaysia in preferring religion and preaching genre has been significantly increasing in recent times. This progress has shown a positive response from directors and film producers in improving film industry to higher-standard. Despite the enthusiasm in producing film of this type of genre, there are scenes that do not comply with Islamic law. Thus, this study aims to analyze how far does the element of aqidah applies by directors in film that complies with Islamic law based on the Quran and Hadith. This study utilized a qualitative research framework using film content analysis. The findings of the study were analyzed using mix methode CAVDI-xpro and ATLAS.ti11.0. The results show that there are 5 aqidah code that are insignificant to syariah compliance.5 35 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Analisis Aplikasi Kaedah-Kaedah Fiqh Dalam Kertas Kajian Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Berkaitan Isu Pandemik COVID-19: Satu Sorotan LiteraturKaedah-kaedah fiqh ialah prinsip fiqh umum yang menghimpunkan hukum-hukum permasalahan fiqh. Ia merupakan salah satu komponen penting dan asas sandaran ketika ijtihad dalam mengeluarkan fatwa. Mutakhir ini, pelbagai permasalahan baharu muncul ekoran daripada penularan pandemik COVID-19 yang melanda negara. Aplikasi kaedah fiqh pula dilihat antara instrumen yang terbaik dalam menyelesaikan permasalahan tersebut yang kebanyakannya kompleks dan keterbatasan nas syarak mengenainya. Terdapat beberapa pandangan hukum telah dikeluarkan oleh pihak berautoriti agama namun sebahagiannya telah dipertikai dari sudut keabsahan dan kerasionalannya. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk menganalisis aplikasi kaedah-kaedah fiqh yang menjadi sandaran kepada pandangan hukum berkaitan pandemik COVID-19 dalam kertas kajian Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam (MKI). Kajian ini berbentuk kualitatif menggunakan metodologi analisis dokumen yang merangkumi kitab-kitab klasik dan kontemporari kaedah fiqh, artikel penyelidikan dan kertas kajian yang dikeluarkan oleh jawatankuasa tersebut. Dapatan kajian mendapati beberapa kaedah-kaedah fiqh telah diaplikasikan dalam kertas kajian tersebut berkaitan isu pandemik COVID-19. Kajian ini juga diharapkan dapat memberikan nilai tambah kepada JAKIM dalam mengemaskini kaedah penyelidikan hukum di peringkat kebangsaan.7 46 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Analisis Aurat Atlet Muslim Di Temasya Olimpik 2020 Kajian Menurut Perspektif Fiqh IslamiShariah law has provided a specific ruling upon legal attire that requires every Muslim to cover their ‘awrah. The restriction of disclosing ‘awrah is precisely stated in the Holy Qur’an and al-Sunnah. However, when it comes to discussing about sports activities in Olympic game, there must be emerging issues regarding the ‘awrah of the Muslim athletes. The reason is that there are several events require the athletes to wear non-Shariah compliant attire that againts the basis of ‘awrah regulation. Hence, Muslim athletes usually have been subject of hatred and criticism that causing them stucked into dilemma between obeying the religion’s command in term of covering ‘awrah and their participation in sports at professional level. Based on qualitative method that utilizes observation and document analysis, this study views that there are clash between the dress-code of the Muslim athletes and the requirement of executing the ‘awrah regulation as stated in both Qur’an and al-Sunnah. Therefore, this studies would like to provide several suggestions to improve the recent guidelinesaccording to Shariah.4 237 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Analisis Faktor Penentu Kualiti Pengurusan Zakat: Kajian Terhadap Lembaga Zakat Selangor (Lzs) di Sepang(Universiti Sains Islam Malaysia, 2018) ;Abd Rashid, M. ;Wahid, H.Ahmad, S.Kualiti perkhidmatan adalah satu elemen penting dalam menilai keupayaan institusi untuk memenuhi matlamatnya. Objektif kertas ini adalah untuk melihat faktor yang dijangka mempengaruhi kualiti perkhidmatan institusi zakat khususnya di daerah Sepang dengan menggunakan model SERVQUAL yang mempunyai lima faktor iaitu kebolehpercayaan, bertindak balas, jaminan, empati dan kewujudan. Sejumlah 103 responden yang terdiri daripada usahawan muslim telah mengambil bahagian dalam kajian ini. Kajian ini menggunakan beberapa ujian termasuklah analisis tinjauan faktor (EFA) dan analisis regresi logistik. Dapatan kajian menunjukkan faktor empati dan kewujudan adalah signifikan dan mempengaruhi kualiti perkhidmatan LZS dalam model yang dikaji. Beberapa implikasi kajian turut dibincangkan dalam kajian ini.33 1 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Analisis Fatwa-Fatwa Bone China daripada Perspektif Hukum Islam(Universiti Sains Islam Malaysia, 2015) ;Pauzi, N.Man, S.Bone china adalah produk porselin yang mengandungi abu tulang, kaolin, dan Cornish Stone. Campuran ketiga-tiga bahan ini menghasilkan Bone china yang amat berkualiti. Adanya abu tulang haiwan dalam produk Bone china menimbulkan keraguan masyarakat Islam terhadap kehalalan penggunaannya. Produk-produk yang berasaskan haiwan sememangnya banyak menimbulkan keraguan. Hal ini kerana ia bersangkutan kepada dua perkara yang utama iaitu jenis haiwan yang disembelih dan cara penyembelihan haiwan tersebut. Penyelidikan ini menghuraikan konsep Bone china, proses-proses pembuatannya secara terperinci, dan lebih pentingnya membincangkan kaedah-kaedah syarak yang sesuai diguna pakai dalam penentuan hukum ke atas penggunaan Bone china. Kajian ini juga seterusnya merumuskan hukum yang bersesuaian terhadap isu-isu penggunaan Bone china berasaskan kepada prinsip-prinsip hukum syarak. Untuk mencapai objektif kajian ini, metodologi kajian yang telah digunakan hasil daripada kajian perpustakaan adalah metode dokumentasi dan metode historis. Tambahan itu juga, kajian ini menggunakan kajian lapangan iaitu metode temubual dan observasi, serta analisis data menggunakan metode induktif dan deduktif. Hasilnya, hukum penggunaan Bone china dapat dirumuskan berpandukan dua pandangan utama. Pandangan pertama, mazhab Hanafi dan mazhab Maliki mengharuskan penggunaan Bone china bagi pengguna-pengguna Islam kerana mereka menerima kaedah istihalah sebagai instrument penyucian dalam Islam. Namun demikian, menurut pandangan kedua, yakni pandangan yang didominasi oleh mazhab Syafii dan Hanbali, keduanya tidak mengharuskan penggunaan Bone China. Ini kerana mereka menganggap tidak berlaku istihalah dalam penghasilan Bone China.87 5 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Analisis Gambaran Tentang Hari Kiamat Dalam Juzuk Amma(Universiti Sains Islam Malaysia, 2018) ;Wan Azura Wan Ahmad ;Ahmad Fazullah Mohd Zainal AbidinThe Day of Resurrection is the day of fear for every man who believes in the fifth pillar of faith. The Day of Resurrection is one of the main issues discussed in the Qur'an. The article aims to give a clear picture to humans about the day of Resurrection by manifest imagery in the visible world. To achive this goal, this study analyzes some of the beauty of the Quranic style of language in discussing the issue of the Day of Resurrection, and the description of its dread and the chaos through the simile. This article uses qualitative methods through the analysis of the selected verses from parts in Juzuk Amma as an example as well as the opinion of the shcolars through selected exegexis books. The study found that various types of linguistic style and simile have been used by the Qur'an to illustrate the style of the Day of Resurrection such as the complete destruction of the universe with the use of tashbih mujmal, tashbih baligh and so on.7 75