Journal of Fatwa Management and Research (JFatwa)
Permanent URI for this collection
Browse
Browsing Journal of Fatwa Management and Research (JFatwa) by Author "Ab. Rahman, S."
Now showing 1 - 2 of 2
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Al-Jallalah : Konsep dan Fatwa Semasa di Malaysia(Universiti Sains Islam Malaysia, 2014) ;Jamaludin, M. A. ;Ramli, M. A.Ab. Rahman, S.Perkembangan moden industri penternakan dan pertanian telah menghasilkan produk hasil tani yang lebih pantas, ekonomik lagi menguntungkan. Dewasa ini, timbul polemik dalam industri penternakan berhubung dengan status kesucian haiwan yang diberi makanan kotoran dan najis, yang boleh dianggap sebagai al-Jallalah, sama ada haiwan tersebut halal untuk dimakan atau haram. Kajian ini memfokuskan konsep al-Jallalah menurut perspektif fiqh. Penelitian akan dilakukan berasaskan sumber perundangan Islam termasuk fatwa semasa di Malaysia. Hasil kajian mendapati, terdapat beberapa isu semasa seperti ikan dan tumbuhan yang dibesarkan dalam persekitaran najis yang boleh dikiaskan dengan haiwan al-Jallalah. Sebagai penyelesaiannya, instrumen al-Istibra' dapat dijadikan medium penyucian al-Jallalah sehingga hilang bau, rasa dan warna.24 2 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Konsep dan Aplikasi Hisbah dalam Perniagaan Produk Halal(Universiti Sains Islam Malaysia, 2019) ;Drahman, A.Ab. Rahman, S.Artikel ini membincangkan mengenai aplikasi hisbah dalam perniagaan produk halal di Malaysia. Secara asasnya, terdapat bidang kuasa penguatkuasan yang dimiliki oleh pihak berkuasa berhubung isu perniagaan produk halal di Malaysia. Objektif kajian ini adalah bagi menilai sama ada pihak berkuasa menerapkan prinsip hisbah di dalam aktiviti pengawasan dan penguatkuasaan mereka. Bagi mencapai objektif tersebut, kaedah kualitatif digunakan dengan menggunakan pendekatan analisis dokumen untuk mendapatkan hasil kajian. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat pendekatan menggunakan hisbah pengawasan dan penguatkuasaan perniagaan produk halal di Malaysia. Ini merupakan kesan dan pengaruh daripada pengaruh Islam sebagai agama rasmi Negara. Dalam isu aplikasi hisbah, kebanyakan para sarjana Islam kontemporari lebih cenderung kepada pandangan yang mengalakkan perlaksanaannya. Kajian ke atas aplikasi badan hisbah terhadap perniagaan produk halal dengan disokong oleh keperluan halal negara mampu memberi kesan yang besar terhadap industri halal dan ekonomi masyarakat Islam di Malaysia, sekaligus menyelesaikan isu-isu pertindihan kuasa dan sebagainya.43 6