2025 SWAT
Permanent URI for this collection
Browse
Browsing 2025 SWAT by Author "Abu Dzar Ahmad"
Now showing 1 - 1 of 1
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Nilai-Nilai Pengurusan Beretika dalam Surah Yusuf: Aplikasi dan Cabaran Dalam Tadbir Urus Moden(Penerbit USIM, 2025) ;Nur Afifi AlitAbu Dzar AhmadKajian ini menganalisis Surah Yusuf sebagai model praktikal bagi pengurusan beretika yang menggabungkan dimensi spiritual dan profesional dalam kerangka kepimpinan Islam. Dalam realiti semasa yang berdepan dengan krisis integriti, penyalahgunaan kuasa dan ketidaktelusan birokrasi, analisis terhadap kisah Nabi YusufAS menawarkan pendekatan berasaskan wahyu bagi memperkukuh sistem pentadbiran yang amanah dan berkesan. Kajian ini meneliti nilai-nilai utama yang mendasari kepimpinan Yusuf, termasuk akauntabiliti, integriti, kompetensi, perancangan strategik dan pengurusan krisis sebagai asas kepada model pengurusan holistik yang seimbang. Pendekatan kualitatif digunakan melalui analisis kandungan terhadap ayat-ayat Surah Yusuf dengan disokong oleh rujukan tafsir klasik dan kontemporari, serta perbandingan dengan teori pengurusan moden bagi memperoleh kefahaman yang menyeluruh. Hasil kajian menunjukkan bahawa keberkesanan pengurusan beretika bergantung kepada keseimbangan antara kesedaran spiritual dan kecekapan profesional, manakala cabaran seperti rasuah, pecah amanah dan kezaliman berpunca daripada kelemahan nilai dalaman. Kajian ini menegaskan keperluan untuk mengintegrasikan nilai-nilai Qurani dalam sistem pengurusan kontemporari sebagai asas kepada tadbir urus yang telus, berkeadilan dan mampan, serta membuktikan bahawa prinsip pengurusan Islam kekal relevan dalam menghadapi cabaran etika kepimpinan masa kini.7 15