2024 iJURECON
Permanent URI for this collection
Browse
Browsing 2024 iJURECON by Author "Aireen Rania Ahmad Ramzauddin"
Now showing 1 - 1 of 1
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Gangguan Seksual Remaja: Persepsi Pelajar Kolej PERMATA InsanKes gangguan seksual semakin meningkat saban tahun dan memberikan trauma kepada mangsa. Namun, kajian berkenaan gangguan seksual daripada perspektif pelajar terutama pelajar pintar berbakat kurang diketengahkan. Kajian ini bertujuan untuk memahami persepsi pelajar Kolej PERMATA Insan (KPI) terhadap gangguan seksual dalam kalangan remaja. Kajian kualitatif ini menggunakan kaedah temu bual separa berstruktur melibatkan persampelan bertujuan iaitu pelajar yang telah mengikuti sekurang-kurangnya tiga tahun pengajian dan data temu bual dianalisis secara manual. Hasil kajian menunjukkan informan mempunyai kesedaran berkenaan konsep gangguan seksual dan pendedahan tentang perkara juga diketengahkan oleh pihak sekolah. Majoriti informan bersifat terbuka untuk membincangkan gangguan seksual yang dihadapi dan ada juga bersedia secara bersyarat. Semua informan bersetuju bahawa gangguan seksual memberikan kesan terhadap emosi dan prestasi akademik. beberapa langkah turut dicadangkan untuk meningkatkan kesedaran dan pencegahan antaranya program pendidikan yang lebih interaktif dan mesra pelajar. Kajian ini diharapkan dapat memberikan gambaran yang lebih jelas tentang persepsi pelajar mengenai gangguan seksual dan menyumbang kepada pembangunan dasar yang lebih berkesan dalam menangani isu tersebut dalam kalangan remaja.24 18