2023 PRC
Permanent URI for this collection
Browse
Browsing 2023 PRC by Author "Abdul Rashid Bin Abdul Aziz"
Now showing 1 - 1 of 1
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Penggunaan Alat Emwave Biofeedback untuk Mengukur Kesan Penggunaan Modul Kaunseling Kelompok Menggunakan Pendekatan Al Quran (Surah Lukman, Ayat 12 - 19) Terhadap Murid Sekolah Menengah(Faculty of Leadership and Management, 2024) ;Mohd Ropizam bin Mohamad Zainun ;Muhammad Nubli bin Abdul WahabAbdul Rashid Bin Abdul AzizAlat emWave biofeedback merupakan instrumen untuk mengukur perubahan diri individu. Perubahan menggunakan alat emWave biofeedback diukur melalui perubahan komponen psikologi yang terhasil daripada rangsangan fisiologi yang berlaku dalam diri setiap individu. Pendekatan menggunakan Modul Kaunseling Kelompok Menggunakan Pendekatan al Quran (Surah Lukman, ayat 12 - 19) mengandungi 8 komponen utama. Objektif kajian ini adalah untuk melihat dan mengukur kesan aktiviti modul yang digunakan untuk membantu murid bagi meningkatkan prestasi skor koheran dan kesedaran motivasi dalam diri untuk berusaha mengubah tingkah laku positif. Sampel kajian ini terdiri daripada 20 orang murid SMK Perwira Jaya. Mereka dipilih secara rawak dan dibahagikan sebagai Kumpulan Latihan (n = 10 dan Kumpulan Kawalan (n = 10). Data kajian dikumpul secara kuantitatif melalui bacaan Heart Rate Variability (HRV) yang di rekod menggunakan alat emWave biofeedback. Dapatan kajian menunjukkan penggunaan modul ini dapat membantu murid untuk mencapai skor koheran dan meningkatkan motivasi diri untuk melakukan perubahan positif.15 198