2023 PRC
Permanent URI for this collection
Browse
Browsing 2023 PRC by Author "Atikah Adl"
Now showing 1 - 1 of 1
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Perlaksanaan Program Tarbiyah dan Hubungannya dalam Pembentukan Emosi dan Spiritual Pelajar: Kajian di Sekolah Menengah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) Negeri Johor(Faculty of Leadership and Management, 2024) ;Atikah Adl ;Mohd SuhardiNuruddin ZankiSekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) adalah sekolah-sekolah yang menerima kelebihan yang sama seperti sekolah-sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia. Sebagai institusi pendidikan formal, Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) sangat berperanan dalam memastikan kandungan pembelajaran pendidikan islam disampaikan secara berkesan melalui program pendidikan Islam formal dan non- formal menerusi setiap program-program tarbiyah seperti yang dihasratkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) iaitu melahirkan insan yang cemerlang dari Jasmani, Emosi, Rohani, Intelektual dan Sahsiah. Sehubungan itu, objektif utama kajian ini ialah mengenalpasti elemen – elemen keberkesanan program tarbiyah dalam pembentukan emosi dan spiritual pelajar. Secara khusus, kajian ini berbentuk analisis dokumen iaitu penyelidik menganalisis dapatan- dapatan kajian lepas dan terkini bagi membangunkan kerangka konseptual kajian ini. Dapatan awal kajian ini menunjukkan terdapat tiga faktor utama yang mempengaruhi keadaan tersebut iaitu Manhaj tarbiyah, Konsistensi program tarbiyah, Penglibatan guru sebagai murabbi program.152 31