2024 ARIF
Permanent URI for this collection
Browse
Browsing 2024 ARIF by Author "Abu Aqil Bin Nik Hassan"
Now showing 1 - 1 of 1
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Review Laman Sesawang: Tafsir.App(Penerbit USIM, 2024) ;Abu Aqil Bin Nik Hassan ;Umar Bin Suhaizad ;Muhammad Bin LadinLaman sesawang “tafsir.app” merupakan satu laman sesawang yang menghimpunkan setiap kitab tafsir yang dikarang oleh para alim ulama. Ia juga menyimpan pelbagai maklumat dan informasi mengenai setiap perincian isi kandungan dalam kitab-kitab tafsir tersebut. Laman sesawang “tafsir.app” ini juga merupakan satu medium pencarian yang lengkap bagi para penyelidik yang merenungkan ayat-ayat Allah untuk menyempurnakan kerja-kerja penyelidikanmereka dari masa ke semasa tanpa perlu merujuk bahan bacaan secara fizikal.Walaubagaimanapun, masih terdapat ramai para pengkaji dan penyelidik Al-Quran yang tidak tahu akan kewujudan laman sesawang ini dan meragui tahap kesempurnaan maklumat yang diberikan. Oleh itu, perkara ini telah menyukarkan dan melambatkan lagi kerja-kerja mereka dalam mengkaji ayat-ayat suci Allah.Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti ulasan serta tinjauan maklumat kitab-kitab tafsir yang disediakan oleh laman sesawang ini kepada para pengguna.Kajian ini menggunakan pendekatan yang diperoleh daripada kajian kualitatif dengan menggunakan metode analisis maklumat yang terdiri daripada artikel-artikel dan jurnal internet.Hasil kajian ini menyimpulkan bahawa laman sesawang ini dapat membantu dalam memudahkan kajian dan pemahaman terhadap Al-Quran serta mengumpulkan segala yang diperlukan oleh pencari ilmu. Oleh hal yang demikian, tidak diragukan lagi bahawa laman sesawang “tafsir.app” ini meliputi pelbagai kitab tafsir dan maklumat yang diakses adalah lengkap.Secara kesimpulannya, laman sesawang ini mempunyai banyak faedah dan informasi yang menyeluruh meliputi pelbagai kitab tafsir serta para pengkaji ayat-ayat Allah dapat menggunakannya dengan penuh berhemah serta bermanfaat.16 18