2024 ARIF
Permanent URI for this collection
Browse
Browsing 2024 ARIF by Issue Date
Now showing 1 - 20 of 86
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Ilmu Al Jarh Wa Al Ta’dil Sebagai Suatu Landasan dalam Penerimaan Sesebuah Riwayat(Penerbit USIM, 2024) ;Dhiyaa’ Ramadhan bin Ramlee ;Muhammad Miqdad bin Saiful Bahari ;Muhammad Yassin bin Muhammad KarimSukhairu bin SulaimanPenilaian terhadap kredibiliti seseorang perawi dan kesahihan sesebuah riwayat merupakan fokus utama dalam perbincangan ilmu al Jarh wa al Ta’dil. Dalam konteks keilmuan Islam, penelitian mengenai penerimaan hadith menjadi suatu perkara yang penting kerana ia memberi kesan yang besar terhadap pemahaman dan pengamalan di dalam agama. Namun, permasalahan utama yang muncul adalah bagaimana kita ingin menilai keabsahan sesebuah riwayat dan kredibiliti seseorang perawi apabila sampai dalil-dalil hadith kepada kita. Justeru, kajian ini adalah bertujuan untuk menerangkan tentang kepentingan ilmu al Jarh wa at Ta’dil dan juga bagaimana panduan para ulama’ dalam menentukan kredibiliti seseorang perawi sama ada riwayatnya boleh diterima atau ditolak. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan menggunakan kaedah pengumpulan data melalui kaedah perpustakaan. Hasil kajian mendapati bahawasanya terdapat beberapa syarat yang telah ditetapkan oleh para Muhaddithin dalam menjelaskan keadaan status perawi hadith, sama ada ianya boleh diterima atau ditolak periwayatannya. Di antaranya adalah memiliki ilmu, ketaqwaan, bersikap warak dan benar, mengetahui sebab Jarh dan Ta’dil, mengetahui penggunaan bahasa arab & istilah-istilah ulama’ al Jarh wa al Ta’dil, tidak bersikap taasub mazhab, hasad dengki dan kemarahan. Dengan demikian, usaha kajian ini dijangka dapat memberikan pemahaman yang lebih mendalam tentang kepentingan ilmu al Jarh wa al Ta’dil sebagai landasan utama dalam menerima riwayat dalam konteks keilmuan Islam.859 23 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Tabayyun: Adab dan Etika dalam Penyebaran Ilmu di Media Sosial(Penerbit USIM, 2024) ;Nur Hamizah Binti Mohd Salleh ;Nur Azyyati Iffah Binti Rahim ;Nur Ainaa Syahirah Binti AzmiDalam era digital yang meluas, media sosial telah menjadi salah satu platform utama untuk berkongsi pengetahuan dan maklumat. Tabayyun merupakan proses penyelidikan dan semakan sebelum menyebarkan maklumat, serta menjelaskan peranan adab dan etika dalam penyebaran ilmu di m edia sosial. Dengan berkembangnya teknologi dan kemudahan akses kepada media sosial, maklumat dapat tersebar dengan cepat. Namun begitu, penyebaran maklumat ini dilakukan tanpa penelitian yang tepat, menyebabkan berlakunya penyebaran berita palsu dan pelan ggaran etika dalam konsep tabayyun. Kajian ini mengkaji tentang konsep tabayyun dan signifikannya dalam konteks penyebaran ilmu di media sosial. Selain itu, kajian ini juga membincangkan mengenai prinsip adab dan etika dalam penyebaran ilmu di media sosial serta kesan pengabaian konsep tabayyun dalam kalangan masyarakat. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dengan merujuk kepada Al Quran, hadis, laman sesawang berautoriti, jurnal jurnal dan artikel. Oleh itu, diharapkan kajian ini dapat memberikan pandu an kepada mereka yang aktif di media sosial supaya menyebarkan maklumat yang sahih dan sentiasa mengamalkan konsep tabayyun ketika menerima maklumat di media sosial. Di samping itu, diharapkan juga agar kajian ini memberikan kefahaman yang mendalam kepada masyarakat agar tidak terjerumus dalam penyebaran berita palsu.157 6259 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Analisis Visual Kandungan Surah Pilihan Bagi Tilawah Orang Kurang Upaya (OKU)(Penerbit USIM, 2024) ;Muhammad bin Kamaruddin ;Putera Nurizzhar Mahfuz bin Mohd Azri ;Muhammad Azfar Danial bin Muhammad AzahamShah Rizul Izyan binti ZulkiplyAl-Quran adalah pedoman hidup bagi setiap muslim. Al-Quran merangkumi semua aspek kehidupan. Oleh itu, menjadi kewajipan bagi setiap umat Islam untuk mempelajari Al-Quran dan memahami isi kandungan bagi setiap surah dan ayat-ayat yang mereka baca. Begitu juga bagi orang pekak, pembelajaran amat penting untuk menambahkan lagi ilmu pengetahuan mereka tentang maksud surah-surah dalam Al-Quran. Sementara itu, menurut Izuli Dzulkifli (2022), orang pekak juga berhak mempelajari Al-Quran secara formal. Malangnya, orang pekak kurang diberikan pendedahan dan penekanan untuk mempelajari dan memahami isi kandungan surah-surah dalam Al-Quran. Mengetahui bahawa visual merupakan kekuatan Orang Pekak yang di boleh digunakan untuk pembelajaran, maka kajian ini bertujun untuk menganalisis kandungan Al-Quran secara visual bagi memberikan ruang dan peluang orang pekak mempelajar Quran. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif melalui reka bentuk kajian teks bagi mencadangkan visual yang sesuai untuk kandungan tiga surah sebagai sampel kajian iaitu surah al-Humazah, al-’Ala dan Ad-Dhuha. Pemilihan tiga surah adalah kerana surah-surah ini diantara surah yang sering dibaca ketika solat dalam juzu’ amma. Dapatan kajian ini menunjukkan beberapa cadangan visual bagi kandungan surah tersebut. Diharapkan kajian ini dapat memantu Orang Pekak untuk memahami Al-Quran dan tutur boleh dijadikan bahan bagi pembangunan aplikasi atau perisian tilawah Al-Quranbagi Orang Pekak.195 22 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Animasi Nusa dan Rara dalam Membantu Pembelajaran Quran dan Sunnah(Penerbit USIM, 2024) ;Sofwah Adilin bin Mahama Che Daod ;Mior Ashman bin Mior Badrul Anwar ;Muhammad Farid Al Wajdiy bin KamalPendidikan Al-Quran dan Sunnah merupakan aspek penting dalam membentuk karakter dan moral masyarakat Muslim. Namun, metode konvensional kurang menarik bagi generasi modern yang tumbuh dalam era teknologi. Oleh karena itu, penelitian ini bertujuan untuk menggali potensi Animasi Nusa Dan Rara sebagai media inovatif dalam membantu proses pembelajaran Al-Quran dan Sunnah. Penelitian ini melibatkan pengembangan animasi interaktif yang menggabungkan nilai-nilai keislaman, sejarah, dan moral yang terkandung dalam Al-Quran dan Sunnah dengan keunikan karakter animasi Nusa Dan Rara. Metode penelitian yang digunakan mencakup analisis keperluan pendidikan, dan uji cuba terhadap kelompok responden yang terdiri dari siswa mahasiswa USIM. Hasil penelitian menunjukkan bahwaAnimasi Nusa Dan Rara dapat meningkatkan minat dan pemahaman Mahasiswa terhadap ajaran Al-Quran dan Sunnah. Tarikan animasi memungkinkan siswa untuk terlibat secara aktif dalam proses pembelajaran, sementara karakter Nusa menjadi model yang menginspirasi untuk mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan sehari-hari. Implikasi praktis dari penelitian ini adalah bahwa Animasi Nusa Dan Rara dapat diintegrasikan ke dalam kurikulum pendidikan agama untuk meningkatkan keberkesanan dan daya tarik pembelajaran. Diharapkan bahwa inovasi ini dapat menyumbang perkara yang positif dalam membentuk generasi penerus yang memiliki pemahaman mendalam terhadap Al-Quran dan Sunnah, serta mampu mengaplikasikan nilai-nilai tersebut dalam kehidupan sehari-hari.14 38 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Sumbangan Tok Guru Nik Abdul Aziz dalam Bidang Pengajaran Ilmu Al-Quran dan Sunnah(Penerbit USIM, 2024) ;Hidayatul Syuhada Binti Zulkarnain ;Nur Khalis Aisyah Binti Abdul Halim ;Noraisyatul Umairah Binti SohaimiTuan Guru Dato’ Hj Nik Abdul Aziz bin Nik Mat adalah seorang tokoh penting dalam dunia politik dan agama di Malaysia. Beliau dikenali atas pengetahuannya yang mendalam tentang tafsiran ayat-ayat Al-Quran dan hadis-hadis Nabi SAW serta kecenderungannya untuk merujuk kepada kedua sumber hukum tersebut dalam menyokong setiap hujah dan tindakannya. Melalui pengetahuan dan pengajaran beliau, Tok Guru Nik Abdul Aziz mendorong masyarakat untuk memahami, menghormati, dan mengamalkan ajaran-ajaran Al-Quran dan hadissebagai panduan yang penting dalam kehidupan mereka. Walaubagaimanapun, terdapat keperluan untuk menelusuri dengan lebih mendalam tentang cara beliau mempengaruhi persepsi dan amalan masyarakat terhadap ajaran Al-Quran dan Sunnah, serta kesannya bagi mengukuhkan pemahaman dan penghayatan masyarakat terhadap makna sebenar yang terkandung di dalam Al-Quran dan Sunnah. Oleh yang demikian, kajian ini dibuat bertujuan untuk menganalisis sumbangan Tok Guru Nik Abdul Aziz dalam bidang Al-Quran dan Sunnah dengan meneliti pengaruh, peranan, serta kesannya terhadap penyebaran ilmu Al-Quran dan Sunnah dalam kalangan masyarakat. Kajian ini menggunakan metod analisis kandungan terhadap ceramah, tulisan, dan wawancara untuk memahami kaedah pengajaran beliau tentang nilai-nilai Al-Quran dan Sunnah serta kesannya terhadap masyarakat. Selain itu, metod kualitatif seperti analisis wacana juga turut digunakan bagi memahami pengaruh dan natijah daripada pesanan -pesanan beliau kepada masyarakat. Dapatan kajian ini menunjukkanbahawa sumbangan Tok Guru Nik Abdul Aziz yang begitu menyerlah dan signifikan dalam menyebarkan pemahaman dan pengamalan Al-Quran dan Sunnah dalam kehidupan, serta menegaskan pengaruh dan nilai-nilai yang kuat bagi generasi seterusnya.91 93 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Al Quran sebagai Terapi Bunyi bagi Masalah Kemahiran Pertuturan dan Masalah Emosi Kanak – Kanak Autism(Penerbit USIM, 2024) ;Muhammad Anas bin Nor Rodin ;Lokman Hakem bin Mohd Din ;Muhammad Afiq Syahmi bin Ahmad BolkiahSukhairu bin SulaimanAl-Quran telah dijadikan rujukan kepada sistem pendengaran, juga dikenali sebagai sistem pendengaran neuron, sebagai salah satu sistem deria utama-berbeza dengan sistem lain. Terapi bunyi seperti terapi muzik terbukti berkesan dalam mendapatkan semula pergerakan kemahiran motor yang terjejas untuk pesakit strok. Membaca Al-Quran atau mendengarnya secara berulang dapat mengurangkan tekanan dan mendatangkan ketenangan dan terapi ini terbukti setanding dengan terapi muzik menurut kajian tinjauan. Menurut penyelidikan, walaupun seseorang itu tidak boleh membaca atau memahami al-Quran, dengan mendengar ayat-ayat suci al-Quran dengan kuat juga cukup untuk menyebabkan peningkatan gelombang alpha EEG, yang dikaitkan dengan ketenangan pada individu normal. Hal ini sekaligus menunjukkan bahawa al-Quran bukan sahaja bermanfaat kepada umat manusia malahan mukjizatnya juga turut boleh dirasai kepada seseorang individu melalui pendengaran walaupun tidak memahami isi ayat-ayat tersebut. Oleh itu, dengan terapi pendengaran bunyi yang berkait dengan al-Quran ini, ia boleh dijadikan sebagai satu medium untuk anak-anak yang menghidapi autistik untuk membantu mengawal emosi dan tingkah laku mereka. Kajian ini dijalankan untuk mencari hubungan terapi bunyi (melalui bacaan al-Quran) terhadap individu autism dan kajian literatur juga turut dijalankan untuk memperolehi maklumat yang lebih mendalam tentang terapi bunyi melalui sumber seperti al-Quran dan hadis.61 1228 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Seni Urut Tradisional Melayu: Adalah Kepakaran Tempatan Perlu Diteruskan atau Diabaikan?(Penerbit USIM, 2024) ;Muhammad Nurhakim Bin Khalid ;Muhammad Arifuddin Adha Bin Ahmad Pekeri ;Muhammad Nasrunnaim Bin Abdul Aziz Muhammad ;Zulfikri Bin Che RaziSukhairu Bin SulaimanSetiap masyarakat yang mendiami muka bumi ini mempunyai ketamadunan dan peradaban keilmuan serta khazanah cendekiawan yang unik dan tersendiri. Hal tersebut berkembang dengan pesatnya sejajar dengan usaha yang digembleng oleh para cendekiawan tempatan yangmembentuk dan mengadun pemusatan ilmu dalam kalangan masyarakatnya dan begitu juga dengan masyarakat orang melayu. Satu aspek kebijaksanaan Melayu kuno yang patut dikaji lebih mendalam ialah teknik mengurut. Di Malaysia, permasalahan yang dapat dilihat ialah urutan ini semakin dicemari oleh pengaruh luar, yang juga telah mengubah bentuk seni. Oleh itu, tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk menentukan sama ada penduduk tempatan terbuka untuk menerima seni tempatan dan sama ada mereka menerima urut tradisional Melayu. Pendapat orang ramai mengenai masa depan urut tradisional Melayu turut diminta untuk kajian itu. Hasil dapatan kajian menepati penduduk Melayu masih mementingkan kesenian tradisional. Kajian mendapati kesenian tradisional masih mendapat tempat dalam kalangan masyarakat Melayu. Selain itu, terbukti bahawa unsur-unsur pengaruh luar telah diperhatikan dalam urutan tradisional Melayu.32 1104 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication 23 49 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Penggunaan Tiktok Sebagai Medium Dakwah Digital(Penerbit USIM, 2024) ;Nazirah Md Nazir ;Norizzati Zaidi ;Nur Syafiqah AliArtikel ini bertujuan mengkaji penggunaan platform TikTok sebagai kaedah baru dakwah digital dan fokusnya adalah pada konteks Islam. Dalam meniti arus kemodenan ini, media sosial seperti TikTok telah menjadi fenomena besar dan mempunyai peranan yang sangat penting seperti memberikan informasi dengan sangat meluas, motivasi agama dan lain-lain lagi. Secara umumnya, TikTok telah menarik ramai pengguna daripada pelbagai peringkat umur, bangsa dan agama yang bukan sahaja ingin mendapatkan hiburan dunia bahkan juga ilmu agama. Platform ini menjadi kegemaran ramai kerana sifatnya yang menggabungkan elemen audio dan visual yang padat serta ringkas. Namun, kita akan melihat sejauh mana keberkesanan dakwah digital melalui medium TikTok, adakah perlu berdakwah melalui aplikasi TikTok serta apakah cabaran pendakwah dalam mengekalkan perkongsian melalui platform ini. Kajian ini merupakan kajian kualitatif yang menggunakan pendekatan analisis kandungan video dan kajian kuantitatif yang menggunakan soal selidik pelajar kos Pengajian Quran dan Sunnah. Hasil kajian ini kita dapat mengetahui peratusan individu yang boleh memahami isi kandungan video yang dihasilkan daripada aplikasi ini. Justeru itu, diharapkan kajian inidapat memberikan pemahaman mendalam tentang sejauh mana keberkesanan TikTok sebagai medium menyebarkan dakwah Islam.49 1053 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Perspektif Al-Quran dan Sunnah Terhadap Kemurungan Akademik: Penyelesaian dan Tanda-Tandanya(Penerbit USIM, 2024) ;Muhammad Zul Hakim Bin Ahmad Azli Hafiz ;Muhammad Hafiz Bin Mohd Shukri ;Ahmad Syafiq Bin RubaidullahShah Rizul Izyan ZulkiplyKemurungan ialah gangguan perasaan yang menyebabkan seseorang itu sedih berpanjangan, letih, cepat marah dan hilang minat dalam aktiviti harian. Terdapat beberapa masalah yang secara khusus dihadapi oleh pelajar iaitu tekanan masa, ketakutan, kegagalan, perjuangan membentuk jati diri serta tekanan kecemerlangan akademik. Antara masalah akademik yang dapat dikesan ialah pelajar mengalami kesukaran untuk menumpukan perhatian ketika belajar dan sukar untuk mengingati apa yang dipelajari dan secara tidak langsung mereka tidak berminat untuk menyambung pelajaran. Oleh itu, kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif dengan mengedarkan google form kepada 50 orang responden dalam kalangan pelajar Fakulti Al-Quran dan Sunnah. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji konsep kemurungan melalui perspektif al-Quran dan hadis serta faktor-faktor yang menyebabkan kemurungan dalam kalangan pelajar Fakulti Pengajian al-Quran dan Sunnah di Universiti Sains Islam Malaysia. Hasil kajian ini mendapati 4 kepingan ayat al-Quran daripada surah al-Baqarah, surah al-Rad dan surah al-Fajr, dan 4 hadis. Selain itu, kajian ini juga mendapati antara faktor yang menyebabkan kemurungan dalam kalangan pelajar ialah masalah keluarga, masalah kewangan, masalah dengan rakan-rakan dan masalah pembelajaran. Kajian ini menyarankan pelajar Fakulti Pengajian al-Quran dan al-Sunnah memperbanyakkan amalan untuk mendekatkan diri kepada Allah dan bergaul. Kajian ini diharapkan menjadi salah satu usaha untuk membantu pelajar FakultiPengajian al-Quran dan Sunnah di Universiti Sains Islam Malaysia dalam mengurangkan bilangan mereka yang menghadapi masalah kemurungan.23 583 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Mengaplikasikan Kisah Keteguhan Nabi Nuh A.S Menghadapi Ujian dalam Masyarakat Masa Kini(Penerbit USIM, 2024) ;Nurul Maisarah binti Zuraihan ;Nurarifah Izzaty binti Mohd Jasmee ;Siti Nur Diyani binti Yusoff ;Nur Jazlina Dalilah binti JamariSukhairu bin SulaimanNaratif agama sering menjadi sumber inspirasi untuk membimbing dan menguatkan individu dalam menghadapi dugaan hidup. Salah satu kisah tentang ketabahan dan keteguhan adalah kisah Nabi Nuh a.s, yang menghadapi ujian yang besar dalam bentuk banjir yang dahsyat. Artikel ini mengupas aplikasi kisah keteguhan Nabi Nuh a.s dalam konteks masyarakat kontemporari. Kisah Nabi Nuh a.s menonjolkan nilai-nilai seperti kesabaran, keimanan, dan tawakkal kepada Ilahi. Dalam masyarakat hari ini yang penuh dengan cabaran dan kesusahan, penerapan nilai-nilai ini menjadi semakin relevan. Artikel ini mengupas bagaimana ajaran dari kisah Nabi Nuh a.s boleh menjadi asas untuk memupuk sikap mental yang kuat dan positif di tengah-tengah ketidakpastian dan kesukaran. Tambahan pula, artikel tersebut mengupas kerelevanan kisah Nabi Nuh a.s dalam memupuk kepelbagaian dan toleransi dalam masyarakat. Bagaimana Nabi Nuh a.s membina sebuah bahtera yang menampung pelbagai bentuk kehidupan menjadi contoh kerjasama dan toleransi, yang boleh digunakan dalam konteks multikulturalisme moden. Melalui pendekatan ini, artikel itu bertujuan untuk merangsang pemikiran tentang bagaimana nilai agama boleh menjadi panduan praktikal dalam mengemudi perubahan sosial, ekonomi, dan politik dalam masyarakat kontemporari. Dengan memahami dan mengaplikasikan kisah keteguhan Nabi Nuh a.s, diharapkan masyarakat dapat membina ketahanan mental dan akhlak yang kuat dalam menghadapi dugaan hidup seharian.576 65 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Ketokohan Sheikh Nuruddin Al-Banjari dan Sumbangannya dalam Dakwah Islamiyyah(Penerbit USIM, 2024) ;Wan Nur Aina Binti Wan Kamaruddin ;'Izzatul 'Aliaa Binti Ahmad BaihakiAl-Fadhil Tuan Guru Syeikh Muhammad Nuruddin bin Haji Marbu bin Abdullah Thayyib Al-Banjari merupakan seorang tokoh yang terkenal dengan ilmunya dalam bidang Al-Quran dan As-Sunnah. Beliau mengambil kesempatan dan menumpukan perhatiannya dalam mencurahkan ilmu kepada para pelajar yang menuntut di Universiti al Azhar dan juga di Malaysia. Di samping itu, beliau merupakan seorang ulama yang di kenali ramai, kerana sering dijemput untuk mengadakan kelas pengajian kitab mahupun ceramah bulanan atau mingguan di mana-mana sahaja sama ada di masjid, sekolah, majlis perayaan agama dan sebagainya untuk menyampaikan dakwah Islamiyyah. Kajian ini bertujuan untuk memperkenalkan ketokohan Syeikh Nuruddin Al-Banjari dari sudut biografi dan pengalaman hidup beliau. Selain daripada itu, hasil karyanya turut dibahaskan dalam kajian ini. Melalui metodologi kualitatif dengan merujuk kepada artikel dan jurnal yang diterbitkan berkisar tentang pengalaman hidup beliau sekali gus menganalisis karya-karya yang beliau terbitkan. Hasil kajian ini mendapati bahawa sumbangan Syeikh Nuruddin Al-Banjari amatlah besar dan meluas terhadap dakwah Islamiyyah dan juga perkembangan ilmu dalam setiap bidang Al-Quran dan As-Sunnah seperti Al-Quran, Hadis, Feqah dan sebagainya. Kesimpulannya, kajian ini membuktikan bahawa sumbangan dan bakti yang dicurahkan oleh Syeikh Nuruddin Al-Banjari banyak memberi dorongan dan galakan terhadap masyarakat khususnya dalam perkembangan ilmu pada zaman kini.24 619 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Penggunaan Teknologi dalam Mempelajari dan Menyebarkan Ilmu Quran dan Sunnah(Penerbit USIM, 2024) ;Danial Irfan Zaharuddin ;Muhammad Hidayat Suhaimi ;Abdul Syahmi JamaluddinPenggunaan teknologi informasi dan komunikasi (ICT) telah mengalami perkembangan yang pesat, memberikan impak signifikan pada pelbagai aspek kehidupan manusia. Di dalam sudut keagamaan, khususnya dalam kajian Al-Quran dan Sunnah, teknologi telah memberikanpeluang baru untuk memahami dan menyebarkan ilmu agama. Sebelum adanya teknologi digital, proses mempelajari Al-Quran dan Hadis terbatas pada metode konvensional, seperti penggunaan buku cetak dan pengajaran langsung. Namun, dengan munculnya aplikasi, laman web, dan media sosial, cara pembelajaran dan penyebaran pengetahuan agama telah mengalami perubahan yang signifikan. Namun, sementara teknologi membawa manfaat, potensi risiko juga perlu diperhatikan seperti penyebaran maklumat palsu atau disinformasi, dan isu-isu keamanan data. Oleh kerana itu, objektif kajian ini dijalankan untuk mengeksplorasi secara mendalam kesan positif dan potensi risiko penggunaan teknologi dalam mempelajari dan menyebarkan ilmu Al-Quran dan Sunnah. Selain itu, memberikan landasan untuk memahami cara memaksimakan manfaat teknologi dalamagamaIslam. Metodologi yang digunakan dalam kajian ini adalah kaedah kualitatif dengan menganalisis dan mengumpul data daripada kajian yang lepas tentang pembelajaran dan penyebaran ilmu agama menggunakan teknologi pada zaman moden ini. Hasil kajian menunjukkan bahwa penggunaan teknologi, seperti aplikasi media sosial, laman web dan yang lain, telah memberikan impak yang positif dalam memperluas akses terhadap ilmu Quran dan Sunnah. Majoriti kajianmenyatakan bahwa teknologi telah memudahkan masyarakat dalam memahami dan menyebarkan ajaran agama, tetapi sejumlah kecil responden menyampaikan kebimbangan terhadap privasidandatamereka. Kajian ini menyimpulkan bahwa penggunaan teknologi sangat memainkan peranan yang penting dalam mempelajari dan menyebarkan ilmu Quran dan Sunnah seterusnya memberi pemahaman yang mantap kepada masyarakat.81 2457 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Keruntuhan Akhlak dalam Era Perang Psikologi di Media Sosial(Penerbit USIM, 2024) ;Sakinah binti Muhamad Shukri ;Siti Norhanisah binti Subali ;Nur Fatehah binti Mohd FauziMedia sosial kini tidak lagi menjadi platform untuk masyarakat berkongsi berkaitan aktiviti kehidupan seharian sahaja. Media sosial seperti Twitter (X), Facebook, malah Instagram dan juga TikTok yang berkonsepkan perkongsian gambar dan video kini juga menjadi satu platform perdebatan maya. Ironinya, sebuah perdebatan seharusnya meningkatkan tahap intelektual dan moral masyarakat tetapi apa yang terjadi adalah sebaliknya. Pelbagai isu yang kadang sengaja dicipta telah berjaya melaga-lagakan pelbagai pihak. Realiti yang kita hadapi kini adalah keruntuhan akhlak individu yang boleh kita dapati dalam setiap respon yang mereka berikan. Perdebatan hujah yang sihat akhirnya menjadi satu perang psikologi yang seakan menyerang kehidupan peribadi pihak lawan dan langsung menjauh daripada tujuan asal sebuah perdebatan iaitu untuk menambah pengetahuan yang baru. Objektif penyelidikan ini ialah untuk mengkaji hubungan antara perang psikologi di media sosial dan keruntuhan moral, menilai kesan perang psikologi di media sosial terhadap tingkah laku moral individu dan masyarakat dan membangunkan strategi untuk menentang kesan negatif perang psikologi di media sosial terhadap keruntuhan akhlak. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif melalui analisis dokumentasi seperti artikel dan jurnal yang berkaitan. Hasil dapatan menunjukkan bahawa peningkatan kehadiran konten yang mengandungi unsur fitnah dan hasutan di media sosial yang telah memberikan sumbangan signifikan kepada keruntuhan akhlak dalam masyarakat maya. Kesimpulannya, perang psikologi di media sosial telah menyumbang kepada keruntuhan akhlak dengan penyebaran konten negatif.54 4014 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Visual Quran Content Design of Surah Al-Qariah, Surah Al-Lail, And Surah Al- ‘Adiyat for Deaf(Penerbit USIM, 2024) ;Anis Arifah Zakaria ;Nur Fadilah Zanudin ;Nurul Nadia Nabiela SalimAl-Quran stands as a paramount religious text for Muslims, offering divine guidance and teachings. However, individuals with hearing impairments encounter substantial hurdles in engaging with Quranic content due to the predominant use of auditory learning and recitation methods. To address this disparity, there is a pressing need to create visual Quranic materials tailored for the deaf community, enabling them to study and grasp the Quran more effectively. This research intends to identify the design for development in visual Quranic content, specifically targeted at enhancing the understanding of this three Surah which is Surah Al-Qariah, Al-Lail and Al-Al-’Adiyat. This research adopted multiple approaches employing Design and Development Research (DDR). The findings from this research are the development visual Qur'anic content that fill out all the need of the deaf. From this research, it will be a significant endeavor in promoting a good environment for hearing-impaired people in learning and motivating them in understanding the essence of the Quran. This study will also be beneficial to the students and educators as an effective learning session strategy and added materials after a formal learning.15 38 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Parents’ Involvement in the Education of Children with Islam Based on Imam Al-Ghazali’s Perspective(Penerbit USIM, 2024) ;Noornajihan JaafarFatin Firzanah AmirParental involvement in the education of children is crucial in any cultural or religious context, including Islam. In Islam, education is highly valued, and parents are considered the primary educators and role models for their children. Parents are responsible for imparting religious education to their children. There for, this study aims to explain the essential elements in muslim parenting from the perspective of Al-Ghazali; explore the important of parent’s involvement in educating Islam; and analyse the effect of the parents’ involvement towards children. This study applied document analysis and interview as data collection method. Five parents are interviewed with open ended questions. As a result, there are three important elements in parenting, according to Al-Ghazali, namely knowledge acquisition, worshipping Allah and relation and responsibility towards children. All the participants agree that parent’s involvement in nurturing Islamic education to children is very important besides to only focusing on academic education. Some opinions of the participants regarding the effect of parents’ involvement in educating Islamic teaching, namely curb bad influences, good behavior or akhlak and clear guidelines for children. This finding potentially to create awareness and offer guidance to parents, encouraging them to enhance their efforts for the well-being of their children and families. It serves as a reminder that when individuals prioritize the practice and preservation of their faith, Allah, the Almighty, ensures the well-being of the family structure, leading to harmony within the broader community.16 126 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication A Spiritual Approach of Dua to Mental Health Problems Through the Perspective of Al-Quran, Hadith And Muslim Scholars For Students of the Quran and Sunnah Faculty(Penerbit USIM, 2024) ;Alif Razin Mohd Shahrulnizam ;Nik Muhammad Fakhrullah FaizalMohd Zahir Abdul RahmanA spiritual approach to dua in solving mental health problems from the perspective of Quranic, Hadith and Islamic scholars among the students of the Faculty of Quran and Sunnah emphasizes the deep connection between a person's inner well-being and their well-being relationship with the god. The Quran emphasizes the importance of dua to seek consolation and support from Allah, as shown in the verse (2:186), which affirms the closeness of Allah and His responsibility to dua.The objective of the study is to examine the spiritual approach of dua as both a justification and proof for mental health. In relation to mental health concerns, the spiritual approach to dua frequently entails seeking solace, guidance, and support from a higher power or supernatural source. For some people, dua provides a sense of comfort, hope, and closeness, which aids in the management of stress, anxiety, and depression. It can also provide a kind of coping, inner peace, and strength when navigating mental health difficulties. A profound study of the teachings of the Quran, Hadith, and the insights of Islamic scholars allows students in the Faculty of Quran and Sunnah to integrate spirituality and dua as useful strategies to treat mental health concerns.The method that have been used analysis of lecturer interviews in Islamic centers And document analysis list of dua suitable to mental health. They can study appropriate passages and hadiths, as well as the wisdom of Islamic scholars, to learn how spirituality can be easily blended into the spiritual realm. The results of this study we now analyze that all three practitioners agreed on a dua that can be used to solve mental health problems after holding an interview session at the Islamic Center of the University of Islamic Sciences Malaysia (USIM).127 28 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Ulama Nusantara "Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam"(Penerbit USIM, 2024) ;Khairul Mukmin Ismail ;Ahmad Mustaqim Alias ;Muhamad Afham AnuwarKajian ini meneliti kehidupan dan sumbangan Sheikh Ahmad Fahmi Zamzam dalam konteks sejarah Islam moden, mengfokuskan aspek pendidikan, pemikiran, dan aktivisme keagamaan beliau. Kurangnya pemahaman menyeluruh mengenai peranan Sheikh Ahmad Fahmi Zamzam dalam pengembangan pemikiran Islam serta kesannya terhadap masyarakat. Tujuan kajian adalah untuk menganalisis warisan pemikiran dan pengaruh Sheikh Ahmad Fahmi Zamzam dalam menyeru kepada pemahaman agama yang inklusif dan progresif. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan analisis dokumen sejarah, karya-karya beliau, serta sumber primer dan sekunder berkaitan. Dapatan menunjukkan bahawa Sheikh Ahmad Fahmi Zamzam merupakan figur yang penting dalam sejarah pemikiran Islam, mempromosikan nilai kesederhanaan, toleransi, dan pendidikan yang holistik. Sheikh Ahmad Fahmi Zamzam bukan sahaja merupakan tokoh yang mewakili nilai-nilai agama yang inklusif, tetapi juga memberikan sumbangan penting dalam pengembangan pemikiran Islam kontemporari.27 30 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Keunikan Surah An-Nas dan Surah Al-Fatihah Serta Perkaitan di Antara Keduanya(Penerbit USIM, 2024) ;Munirah Nabihah Binti Salleh ;Syarah Nur Najiah Binti SahromUmamah Binti Ahmad NajibKeindahan al-Quran adalah setiap surah mempunyai keunikan dan mesej penting yang Allah ingin sampaikan buat seluruh manusia secara khususnya. Segala kebenaran dan pengertian rohani yang dinyatakan di dalam al-Quran oleh Allah Yang Maha Benar tertanam di dalamnnya. Surah An-Nas adalah surah terakhir dan menjadi penutup mengikut susunan surah di dalam Al-Quran manakala surah al-Fatihah adalah surah pembuka Al-Quran yang mengandungi pengetahuan asas seluruh surah dalam Al-Quran. Mempelajari kandungan surah al-Fatihah bermakna mempelajari keseluruhan Al-Quran juga. Artikel ini membincangkan tentang keunikan surah An-Nas dan surah Al-Fatihah serta perkaitan di ant ara kedua surah tersebut. Objektif utama artikel ini ialah mendedahkan makna tersirat di sebalik surah An-Nas dan surah Al-Fatihah. Pendekatan kaedah yang digunakan dalam artikel ini ialah kaedah kualitatif yang melibatkan kajian kepustakaan. Tumpuan utama artikel ini adalah untuk mendedahkan tiga perkara iaitu keunikan surah An-Nas, keunikan surah Al-Fatihah dan perkaitan atau hubungan surah An-Nas dengan surah Al-Fatihah. Melalui artikel ini, hasil penelitian mendapati tema utama yang akan diketengahkan dari kedua surah tersebut ialah tauhid kepada Allah dan kepentingan doa kepada Allah. Penemuan kajianartikel ini akan membantu para pembaca menemui beberapa perkataan yang menjelaskan kedudukan Allah sebagai Tuhan semesta alam, Tuhan yang menciptakan dan memeliharanya di bawah jagaan-Nya serta menjelaskan hubungan-Nya dengan manusia sebagai manifestasi cinta dan belas kasihan-Nya tanpa syarat untuk menyedarkan manusia bahawa mereka akan bertanggungjawab atas setiap perbuatan mereka pada Hari Pembalasan.4 5 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Tahap Pengetahuan Pelajar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Mengenai Risale-I Nur: Satu Analisis Kuantitatif(Penerbit USIM, 2024) ;Mohd Iskandar Dzulkarnain Mohammad Ali ;Muhammad Nur Shahmi Hassan ;Azri Mior ShahbudinRisale-i Nur, koleksi tulisan oleh Said Nursi, memainkan peranan penting dalam pemikiran Islam kontemporari. Namun, tahap pengetahuan pelajar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mengenai Risale-i Nur belum dikaji secara menyeluruh. Keperluan untuk mengukur dan memahami sejauh mana pengetahuan pelajar USIM mengenai Risale-i Nur adalah penting. Terdapat ketidakpastian tentang sejauh mana isi kandungan Risale-i Nur diterima dan dipahami di kalangan pelajar, serta peranan tulisan tersebut dalam konteks pendidikan Islam. Kajian ini bertujuan untuk menilai dan menganalisis tahap pengetahuan pelajar USIM mengenai Risale-i Nur. Objektif kajian ini termasuk mengidentifikasi faktor-faktor yang mempengaruhi pengetahuan mereka dan menyelidik peranan Risale-i Nur dalam konteks pendidikan Islam di Universiti. Kajian ini menggabungkan pendekatan kuantitatif dan kualitatif. Pendekatan kuantitatif melibatkan penyebaran soal selidik kepada pelajar USIM, manakala pendekatan kualitatif melibatkan wawancara mendalam dengan pelajar yang menunjukkan pengetahuan mendalam mengenai Risale-i Nur. Diharapkan kajian ini akan memberikan pemahaman yang lebih mendalam tentang sejauh mana pengetahuan pelajar USIM mengenai Risale-i Nur. Jangkaan termasuk pengenalpastian tahap pengetahuan yang ada, faktor-faktor yang mempengaruhi pengetahuan, dan peranan Risale-i Nur dalam pembentukan pemikiran dan identiti Islam pelajar. Dapat disimpulkan bahawa kajian ini akan merangkumi gambaran keseluruhan hasil kajian, menyoroti implikasi praktikal dan akademik, serta cadangan untuk penambahbaikan dalam pendekatan pengajaran dan pembelajaran di USIM berkaitan dengan Risale-i Nur.26 125