2024 ARIF
Permanent URI for this collection
Browse
Browsing 2024 ARIF by Title
Now showing 1 - 20 of 86
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Al Quran sebagai Terapi Bunyi bagi Masalah Kemahiran Pertuturan dan Masalah Emosi Kanak – Kanak Autism(Penerbit USIM, 2024) ;Muhammad Anas bin Nor Rodin ;Lokman Hakem bin Mohd Din ;Muhammad Afiq Syahmi bin Ahmad BolkiahSukhairu bin SulaimanAl-Quran telah dijadikan rujukan kepada sistem pendengaran, juga dikenali sebagai sistem pendengaran neuron, sebagai salah satu sistem deria utama-berbeza dengan sistem lain. Terapi bunyi seperti terapi muzik terbukti berkesan dalam mendapatkan semula pergerakan kemahiran motor yang terjejas untuk pesakit strok. Membaca Al-Quran atau mendengarnya secara berulang dapat mengurangkan tekanan dan mendatangkan ketenangan dan terapi ini terbukti setanding dengan terapi muzik menurut kajian tinjauan. Menurut penyelidikan, walaupun seseorang itu tidak boleh membaca atau memahami al-Quran, dengan mendengar ayat-ayat suci al-Quran dengan kuat juga cukup untuk menyebabkan peningkatan gelombang alpha EEG, yang dikaitkan dengan ketenangan pada individu normal. Hal ini sekaligus menunjukkan bahawa al-Quran bukan sahaja bermanfaat kepada umat manusia malahan mukjizatnya juga turut boleh dirasai kepada seseorang individu melalui pendengaran walaupun tidak memahami isi ayat-ayat tersebut. Oleh itu, dengan terapi pendengaran bunyi yang berkait dengan al-Quran ini, ia boleh dijadikan sebagai satu medium untuk anak-anak yang menghidapi autistik untuk membantu mengawal emosi dan tingkah laku mereka. Kajian ini dijalankan untuk mencari hubungan terapi bunyi (melalui bacaan al-Quran) terhadap individu autism dan kajian literatur juga turut dijalankan untuk memperolehi maklumat yang lebih mendalam tentang terapi bunyi melalui sumber seperti al-Quran dan hadis.29 350 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Analisis 40 Hadis Tentang Taksub(Penerbit USIM, 2024) ;Muhammad Taufiq Hidayat Bin Sapiai ;Muhammad Arif Akmal Muhammad Bin Shuhaidi ;Muhammad Syaqeeb Al Syahlan Bin NadzairiAmran Bin Abdul HalimMasyarakat kini cenderung dalam meminati atau istilah lain “fanatik’ akan sesuatu perkara secara berlebih-lebihan sehingga boleh memudaratkan diri sendiri dan melanggar hukum-hakam yang telah digariskan dalam agama Islam. Hal ini mungkin disebabkan kurangnya didikan moral dan agama yang menyebabkan masyarakat mudah terjerumus kedalam tingkah laku tersebut sehingga ada yang mengidolakan seseorang dari golongan bukan Islam. Jadi, amatlah penting untuk dedahkan tentang keburukan taksub itu sendiri dengan mengumpulkan hadis berkaitan taksub dan sampaikan maklumat ini bagi membantu kita memperoleh pemahaman menyeluruh tentang topik ini. Dengan demikian, masyarakat lebih terdedah dan mengambil lebih cakna akan perkara tersebut. Untuk mencapai tujuan ini, kaedah pengumpulan teks bagi meneliti hadith untuk memfokuskan hadis tentang taksub telah digunakan. Dapatan kajian menunjukkan kajian kesusasteraan hadith adalah penting untuk memahami ajaran Islam dan ciri-ciri seorang muslim yang baik. Dalam khususnya, kajian hadith-hadith yang memfokuskan kepada sifat-sifat seorang muslim yang baik boleh memberikan bimbingan untuk individu yang ingin memperbaiki diri dan hubungan mereka dengan Allah. Dapatan kajian ini membantu mengilhamkan idea bagi pengumpulan hadis tentang taksub bagi memberikan pemahaman yang lebih mendalam tentang punca, kesan dan langkah pencegahan taksub seperti yang digariskan dalam tradisi Islam.27 112 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Analisis Pendekatan Quran dan Sunnah Terhadap Konsep Rawatan Histeria dan Cabaran yang Dihadapi dalam Konteks Perubatan Islam(Penerbit USIM, 2024) ;Nur Amira Liyana Ishak ;Nurul Syafiqah Jamaludin ;Rabiatul Adawiyah Ahmad SyukriMohd Zahir Abdul RahmanManusia didedahkan dengan pengalaman baru dalam banyak bidang kehidupan tanpa mengira kesan positif atau negatif. Antaranya adalah dalambidang Perubatan Islam. Perkembangan pusat-pusat rawatan Islam kini menyaksikan wujudnya pelbagai pendekatan dan kaedah yang dikenali sebagai “Rawatan Islam”. Realitinya, hanya sebahagian daripada pusat-pusat rawatan Islam tersebut yang benar-benar mengikut petunjuk al-Quran dan Sunnah. Oleh itu, kajian ini menggunakan kaedah tinjauan iaitu dengan kaedah kualitatif yang melibatkan temubual secara bersemuka bersama pengamal perubatan Islam di USIM. Hal ini bertujuan untuk mengkaji kaedah rawatan yang digunakan berdasarkan pendekatan al-Quran dan Sunnah dan cabarannya kepada pengamal perubatan Islam dalam menangani penyakit histeria. Hasil kajian mendapati, aspek spiritual sangat mempengaruhi punca berlakunya histeria dan membuktikan juga rawatan Islam yang dilaksanakan oleh pengamal perubatan Islam adalah berlandaskan hukum syariat Islam. Kajian ini membantu masyarakat mengetahui dengan lebih terperinci tentang histeria dan ilmu perubatan Islam.11 198 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Analisis Visual Kandungan Surah Pilihan Bagi Tilawah Orang Kurang Upaya (OKU)(Penerbit USIM, 2024) ;Muhammad bin Kamaruddin ;Putera Nurizzhar Mahfuz bin Mohd Azri ;Muhammad Azfar Danial bin Muhammad AzahamShah Rizul Izyan binti ZulkiplyAl-Quran adalah pedoman hidup bagi setiap muslim. Al-Quran merangkumi semua aspek kehidupan. Oleh itu, menjadi kewajipan bagi setiap umat Islam untuk mempelajari Al-Quran dan memahami isi kandungan bagi setiap surah dan ayat-ayat yang mereka baca. Begitu juga bagi orang pekak, pembelajaran amat penting untuk menambahkan lagi ilmu pengetahuan mereka tentang maksud surah-surah dalam Al-Quran. Sementara itu, menurut Izuli Dzulkifli (2022), orang pekak juga berhak mempelajari Al-Quran secara formal. Malangnya, orang pekak kurang diberikan pendedahan dan penekanan untuk mempelajari dan memahami isi kandungan surah-surah dalam Al-Quran. Mengetahui bahawa visual merupakan kekuatan Orang Pekak yang di boleh digunakan untuk pembelajaran, maka kajian ini bertujun untuk menganalisis kandungan Al-Quran secara visual bagi memberikan ruang dan peluang orang pekak mempelajar Quran. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif melalui reka bentuk kajian teks bagi mencadangkan visual yang sesuai untuk kandungan tiga surah sebagai sampel kajian iaitu surah al-Humazah, al-’Ala dan Ad-Dhuha. Pemilihan tiga surah adalah kerana surah-surah ini diantara surah yang sering dibaca ketika solat dalam juzu’ amma. Dapatan kajian ini menunjukkan beberapa cadangan visual bagi kandungan surah tersebut. Diharapkan kajian ini dapat memantu Orang Pekak untuk memahami Al-Quran dan tutur boleh dijadikan bahan bagi pembangunan aplikasi atau perisian tilawah Al-Quranbagi Orang Pekak.15 8 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Animasi Nusa dan Rara dalam Membantu Pembelajaran Quran dan Sunnah(Penerbit USIM, 2024) ;Sofwah Adilin bin Mahama Che Daod ;Mior Ashman bin Mior Badrul Anwar ;Muhammad Farid Al Wajdiy bin KamalPendidikan Al-Quran dan Sunnah merupakan aspek penting dalam membentuk karakter dan moral masyarakat Muslim. Namun, metode konvensional kurang menarik bagi generasi modern yang tumbuh dalam era teknologi. Oleh karena itu, penelitian ini bertujuan untuk menggali potensi Animasi Nusa Dan Rara sebagai media inovatif dalam membantu proses pembelajaran Al-Quran dan Sunnah. Penelitian ini melibatkan pengembangan animasi interaktif yang menggabungkan nilai-nilai keislaman, sejarah, dan moral yang terkandung dalam Al-Quran dan Sunnah dengan keunikan karakter animasi Nusa Dan Rara. Metode penelitian yang digunakan mencakup analisis keperluan pendidikan, dan uji cuba terhadap kelompok responden yang terdiri dari siswa mahasiswa USIM. Hasil penelitian menunjukkan bahwaAnimasi Nusa Dan Rara dapat meningkatkan minat dan pemahaman Mahasiswa terhadap ajaran Al-Quran dan Sunnah. Tarikan animasi memungkinkan siswa untuk terlibat secara aktif dalam proses pembelajaran, sementara karakter Nusa menjadi model yang menginspirasi untuk mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan sehari-hari. Implikasi praktis dari penelitian ini adalah bahwa Animasi Nusa Dan Rara dapat diintegrasikan ke dalam kurikulum pendidikan agama untuk meningkatkan keberkesanan dan daya tarik pembelajaran. Diharapkan bahwa inovasi ini dapat menyumbang perkara yang positif dalam membentuk generasi penerus yang memiliki pemahaman mendalam terhadap Al-Quran dan Sunnah, serta mampu mengaplikasikan nilai-nilai tersebut dalam kehidupan sehari-hari.4 17 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Asosiasi Antara Ketaasuban Media Sosial dengan Pencapaian Akademik Mahasiswa(Penerbit USIM, 2024) ;Putri Noor Ellysha Nasywa Binti Zulkefle ;Hajar Binti Ahmad Hamdan ;Assakinah Binti BaharudinMedia sosial telah menjadi sebahagian penting dalam kehidupan seharian kita, terutama di kalangan mahasiswa yang hidup dalam dunia yang semakin terdigitalisasi. Penggunaan media sosial yang berlebihan dapat menyebabkan mereka terlalu bergantung kepada teknologi dan media sosial sehingga menjadikan mereka taasub dan mengganggu tahap pencapaian akademik mereka. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji hubungan antara ketaasuban media sosial dengan pencapaian akademik mahasiswa. Masalah ini menjadi penting kerana media sosial semakin popular di kalangan mahasiswa dan terdapat kebimbangan bahawa penggunaan media sosial yang berlebihan dapat memberi kesan negatif terhadap pencapaian akademik mahasiswa. Oleh itu, kajian ini akan membantu untuk mengenal pasti adakah terdapat asosiasi antara ketaasuban media sosial dengan pencapaian akademik mahasiswa di universiti tersebut. Objektif kajian ini adalah untuk menyelidik hubungan antara ketaasuban media sosial dengan pencapaian akademik mahasiswa. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif yang dilakukan menerusi tinjauan dengan mengedarkan borang soal selidik kepada responden yang terdiri daripada mahasiswa. Data diperolehi daripada60 responden yang secara aktif menggunakan media sosial. Dengan menggunakan kaedah ini, hasil kajian menunjukkan bahawa peratusan responden kajian yang mengalami ketaasuban media sosial dan menjejaskan pencapaian akademik lebih tinggi berbanding daripada responden yang tidak mengalami ketaasuban media sosial. Dapat disimpulkan bahawa penggunaan media sosial memainkan peranan penting dalam kehidupan mahasiswa dan dapat mempengaruhi pencapaian akademik mereka. Kajian ini menunjukkan bahawa terdapat hubungan antara ketaasuban media sosial dan pencapaian akademik mahasiswa.18 258 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Aspek Pendidikan dalam Syair Melayu Islam: Analisis Syair Raja Ali Haji(Penerbit USIM, 2024) ;Ilhami Rusyda binti Zamadi ;Nur Alyaa binti FarizanNur Farahin binti IliasPendidikan merupakan salah satu aspek terpenting dalam kehidupan yang berpotensi untuk mengembangkan identiti individu, keluarga, sosial, politik, dan ekonomi sesebuah negara pada peringkat pemikiran. Syair adalah salah satu daripada pendidikan yang boleh menjadi alat pengajaran yang berkuasa, membantu pelajar meningkatkan literasi mereka. Syair adalah penting untuk pelajar bagi meluahkan perasaan dan menimbulkan pemikiran refleksif. Namun, syair-syair tersebut mengandungi banyak maksud tersirat dan bertulis dalam setiap rangkap. Objektif thesis ini adalah untuk menghuraikan keistimewaan Raja Ali Haji dan karyanya serta menentukan syair-syair Raja Ali Haji tentang pendidikan. Kemudian, menganalisis aspek pendidikan syair Melayu Islam berdasarkan himpunan syair Raja Ali Haji. Metodologi thesis ini adalah kajian kualitatif dalam analisis tematik, menggunakan analisis dokumen. Penemuan ini memperoleh penyelidikan lanjut untuk projek masa depan yang mengkhususkan diri dalam puisi Raja Ali Haji dari perspektif pendidikan. Manuskripmanuskrip ini memainkan peranan penting dalam pendidikan dan pembangunan intelektual masyarakat Melayu, kerana ia digunakan untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah Islam. Hasilnya akan membantu pelajar memahami dengan lebih baik pengertian manuskrip Melayu Islam, serta makna dan kepentingan puisi, khususnya Raja Ali Haji dalam konteks pendidikan.17 530 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Authenticity of Hadith in Sunan Abu Dawud: Funerals Chapter (Number Hadith 3101 To 3200)(Penerbit USIM, 2024) ;Nur Ain Syakirah Hishamuddin ;Iman Aisyah Farhana Azman Hakim ;Nur Aisyah Faqihah Mohd ZamriHadith is Muslims' second source of Islamic law principles. In debating Islamic law, both the Quran and Hadith have the authority of legal sources. The use of hadith among Muslims has gotten so casual that the use of fake hadith has become a habit within the ummah Islam. Learning Hadith is necessary because knowledge plays an important role in maintaining the integrity of hadith used in daily life. Furthermore, the goal of this study was to provide an overview and review of the hadith on the benefits of learning. There are still hadiths that we have not explored, and we must continue our investigation because there are several hadiths in Sunan Abu Dawud that describe funerals in greater detail. This research seeks to analyze statically the status of Hadith Sahih, hadith Hassan, and Hadith Dhaif in Sunan Abu Dawud in funeral chapter. When doing that way, we can be certain that the Book of Sunan Abu Dawud contains not just authentic hadiths, but also weak and other hadiths. However, to achieve this goal, qualitative methods were used in this study. Sunan Abu Dawud's hadith on "corpses" provides a through overview of Islamic burial practices and doctrines. Corpse preparation, prayer, funeral rites, and following of manners and laws are among the topics covered. This study will help individuals and the Muslim community comprehend correct death practices. Aside from that, this research can be beneficial to a wide range of people, particularly those studying takhrij or wanting to learn more about hadith in depth.5 45 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Bahasa Isyarat dalam Media Massa: Peranan, Isu dan Cabaran(Penerbit USIM, 2024) ;Nur Qistina binti Mohd Azani ;Nur Farhana binti Mohd Kamal ;Nurul Bahjah binti ZamanhuriKomunikasi merupakan sebahagian penting untuk manusia berhubung namun bagi golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) pendengaran dan pertuturan mereka menggunakan bahasa isyarat untuk berkomunikasi, memberi idea dan pendapat. Segelintir komuniti OKU pendengaran dan pertuturan sukar menjalani urusan yang melibatkan komunikasi interpersonal yang melibatkan perbualan dua individu kerana sebahagian golongan bukan OKU pendengaran dan pertuturan tidak menguasai bahasa isyarat. Masyarakat di negara ini disarankan mempel ajari dan menguasai bahasa isyarat bagi memudahkan komunikasi serta menyantuni golongan ini. Kertas kerja ini dihasilkan untuk menjelaskan mengenai peranan, isu dan cabaran bahasa isyarat dalam media massa menurut sumber yang berautoriti. Bagi mencapai objektif kajian, kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif iaitu mengumpulkan data data melalui media sosial dan bahan bahan sekunder seperti jurnal dan surat khabar. Hasil dapatan kajian ini dapat memberi kesedaran kepada masyarakat tentang golongan OKU p endengaran dan pertuturan supaya mereka berasa tidak disisihkan dan dipinggirkan daripada kegiatan kemasyarakatan. Oleh itu, media massa memainkan peranan yang penting untuk memperluaskan penggunaan bahasa isyarat supaya setiap individu mengetahui asas ber komunikasi dalam bahasa isyarat serta menjadikan bahasa isyarat sebagai bahasa ketiga dalam meraikan golongan ini.15 286 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Cabaran dan Peluang Berdakwah Menggunakan Aplikasi Tiktok(Penerbit USIM, 2024) ;Fathin Amira Binti Mohd Sofian ;Siti Hajar Wajihah Binti Rajab ;Farah Nadia Binti Khairul AnuarMedia sosial TikTok merupakan platform baru dalam menyampaikan mesej dakwah. Pembangunan teknologi dalam komunikasi ini memudahkan penyebaran maklumat dari satu tempat ke tempat lain dengan mudah. Penyebaran maklumat seperti isu isu agama dan pengetahuan dapat dikongsi dengan mudah kepada jutaan orang. Aplikasi TikTok juga kini menjadi viral di kalangan golongan muda. Selai n itu, aplikasi ini lebih mudah diakses dan menarik disebabkan oleh sifatnya yang menggabungkan elemen audio dan visual. Oleh itu, selain hiburan, TikTok juga merupakan alternatif bagi para pendakwah untuk menyampaikan dakwah. Objektif kajian ini adalah un tuk menganalisis keberkesanan TikTok sebagai platform penyampaian dakwah. Kedua, untuk mengkaji pertimbangan etika dan budaya berkongsi kandungan agama di platform media sosial utama. Terakhir, untuk mengeksplorasi cabaran dalam memastikan ketepatan dan ke aslian dalam pengajaran agama di TikTok. Metodologi kajian untuk kajian kami adalah tinjauan literatur. Seterusnya, kami menggunakan pengumpulan data yang melibatkan analisis kandungan untuk mengumpulkan kandungan TikTok yang berkaitan dengan pengajaran ag ama. Analisis data juga termasuk dalam metodologi kajian kami. Pengajaran agama di TikTok menghadapi halangan seperti format video pendek dan potensi salah faham. Namun, kajian ini mencadangkan kejayaan terletak pada penyusunan mesej positif yang mematuhi standard TikTok. Menyeimbangkan kreativiti sambil mengekalkan pengajaran asas adalah penting untuk penyebaran agama di TikTok. TikTok menghadapi halangan kejenuhan kandungan dan salah tafsir, tetapi jangkauannya yang luas adalah satu laluan unik untuk hubu ngan spiritual. Menyeimbangkan inovasi sambil mengekalkan pengajaran adalah penting, membawa cabaran dan peluang untuk penyebaran agama di TikTok.24 20 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication The Contribution of Aishah and Syifa in Narrating the Prophetic Hadith: A Comparative Analysis(Penerbit USIM, 2024) ;Nor Umairah Kamarudin ;Nur Izzah Mohd Shukri ;Nur Adriana RuzuazuraNur Saadah Hamisan @ KhairWomen during the Prophet’s time had a significant positive impact on society because they were individuals who were willing to contribute energy, particularly in the advancement of hadith knowledge. However, there is a failure to understand or acknowledge their important roles particularly among young generation because there are many figures that were falsely taken as the role model. Therefore, this study focuses on acknowledging the importance of two female figures who narrated hadiths which are Aisyah R.A and Syifa binti Abdullah by discovering their biographies and analysing their contributions in Islam. In the case of this study, qualitative research is applied because it requires library research and the use of Maktabah Syamilah to obtain information on hadith. In the research finding, this study provides an understanding that includes the following: (1) comprehending and delving into the biographies of women who have made significant contributions to hadith and (2) the ability to assess the comparative contribution of female figures to Islam in various fields. In conclusion, these women can serve as role models for young women, inspiring them to emulate qualities like perseverance in seeking knowledge, contributing expertise, discipline, and carrying out responsibilities.169 2 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Dakwah Tv Alhijrah: Pengaruhnya Terhadap Remaja(Penerbit USIM, 2024) ;Nur Ain Afiqah Nor Khafiz ;Nur Afiqah Shazwani Jasman ;Saidatul Adawiyah ZulkifliTV AlHijrah merupakan peneraju dalam bidang media Islam yang mempunyai kesan ketara terhadap dakwah remaja bagi membentuk pandangan dan nilai remaja terhadap Islam. Platform ini bukan sahaja menyediakan maklumat, pengetahuan, dan perspektif Islam namun menawarkan program yang mendorong pemikiran, memenuhi hasrat remaja masa kini. Setiap idea inovatif yang dikeluarkan oleh TV AlHijrah bertujuan untuk menarik perhatian remaja melalui produksi yang kreatif serta untuk memenuhi keperluan dakwah dan keperluan pengetahuan remaja. Namun, sejauh manakah keberkesanan dakwah melalui TV AlHijrah ini terhadap remaja dalam era globalisasi ini? Oleh itu, kajian ini bertujuan bagi menganalisis pengaruh dakwah TV AlHijrah terhadap pemikiran remaja melalui penerimaan nilai nilai islam yang disampaikan. Kajian ini menggunakan pendekatan secara kuantitatif dimana dapatan kajian diperoleh daripada hasil soal selidik yang diedarkan di kalangan responden remaja yang berumur 13 hingga 25 tahun. Hasil kajian menunjukkan bahawa dakw ah TV AlHijrah sangat memberi kesan kepada remaja bagi mengukuhkan pemahaman mereka tentang prinsip agama dan moral. Dakwah TV AlHijrah sangat penting bagi membentuk pemikiran dan nilai remaja kerana ia boleh memupuk perspektif positif tentang kehidupan. T untasnya, kajian ini menyimpulkan dengan jelas bahawa dakwah di TV AlHijrah mempunyai peranan yang tidak dapat diabaikan sebaliknya, ia menyumbang secara besar besaran kepada pembentukan individu yang berakhlak dan berpegang teguh pada ajaran agama.5 70 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Dalam Kitab Analisis Hadis-Hadis Ibadah Rasulullah Al-Syamail Al-Muhammadiyyah Karya Imam Al-Tirmidhi dan Kaitannya Dengan Kesihatan Mental dan Fizikal(Penerbit USIM, 2024) ;Nur Naadhirah Zulkarnain ;Nor Azrah Budiman Radzi ;Nurul Husna Mohd SainiMohd Zahir Abdul RahmanIsu kesihatan mental bukanlah isu yang masih asing dalam kalangan masyarakat. Sehingga kini, Hari Kesihatan Mental Sedunia yang disambut pada tarikh 10 Oktober setiap tahun masih mengekalkan objektif untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan penjaga an kesihatan mental di kalangan masyarakat. Hal ini menunjukkan bahawa kesedaran tentang kepentingan penjagaan kesihatan mental masih belum berada di tahap yang memuaskan. Rasulullah telah memberikan panduan kepada umat Islam berkaitan penjagaan kesihata n mental dan fizikal yang telah dibuktikan melalui hadis hadis yang terkumpul dalam Kitab al Syama’il al Muhammadiyyah karya Imam al Tirmidhi.Amalan penjagaan kesihatan mental dan fizikal yang dibawa oleh Rasulullah adalah meliputi empat aspek utama iaitu aspek penjagaan minda dan emosi, amalan pemakanan, amalan fizikal dan amalan kerohanian. Oleh itu, kajian ini cuba untuk mengumpulkan dan menganalisis hadis hadis berkaitan ibadah Rasulullah dalam Kitab al Syama’il al Muhammadiyyah karya Imam al Tirmid hi yang merangkumi bab solat sunat dan puasa. Kajian ini menggunakan kaedah perpustakaan secara analisis dokumen iaitu dengan menganalisis Kitab al Syama’il al Muhammadiyyah karya Imam al Tirmidhi dan merujuk kitab kitab lain seperti Jami’ Tarmizi, Sahih B ukhari dan Sahih Muslim. Terdapat sejumlah 24 buah hadis dalam bab ini dan hasil kajian mendapati sebanyak lapan buah hadis berkenaan solat sunat Rasulullah telah dikumpul. Daripada lapan buah hadis itu, empat hadis adalah berstatus sahih dan empat hadis pula berstatus hasan. Manakala sebanyak lima subtopik yang memaparkan amalan puasa Rasulullah iaitu bab puasa Rasulullah pada setiap bulan, puasa bulan Syaaban, puasa tiga hari pada setiap bulan, puasa Isnin dan Khamis dan puasa Asyura (10 Muharam). Justeru, kajian ini bermanfaat untuk pengkaji yang ingin mengkaji tentang penjagaan kesihatan mental dan fizikal menerusi ibad ah Rasulullah. Tuntasnya, diharapkan kajian ini turut memberi manfaat kepada semua lapisan masyarakat untuk menambahkan ilmu peng etahuan tentang penjagaan kesihatan mental dan fizikal dengan mempraktikkan solat sunat dan berpuasa.113 9 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Definisi Kapal Dan Falsafahnya Menurut Nas Al-Quran(Penerbit USIM, 2024) ;Ahmad Al Ghazali bin Mat Rahim ;Muhammad Aiman bin Che Hussain ;Muhammad Adli bin JamaludinSukhairu bin SulaimanKapal merupakan kenderaan yang digunakan sejak sekian lama. Ia merupakan lambang ketinggian peradaban dan teknologi sesuatu bangsa atau kaum. Dalam peradaban manusia, kapal digunakan seawal zaman nabi Nuh as. Kapal juga dilihat menjadi pengangkutan awal dikalangan masyarakat di alam Melayu yang terkenal dengan kepakaran pembuatan kapal dan ilmu pelayaran. Kajian ini adalah bertujuan untuk meneroka dan menganalisis perspektif Al-Quran tentang konsep kapal dan kepentingan falsafahnya. Penyelidikan ini menganalisis rujukan Al-Quran mengenai kapal, maksud simboliknya dan prinsip asas yang bertujuan untuk menjelaskan kepentingannya yang lebih luas dalam konteks Al-Quran dengan meneliti ayat-ayat dan mentafsir maknanya. Kajian ini berusaha untuk memberikan pemahaman yang menyeluruh tentang simbolik dan implikasi falsafah yang dikaitkan dengan kapal dalam Al-Quran, memberi penerangan tentang kaitan dan implikasinya terhadap pemikiran kontemporari dan pemahaman manusia. Kajian ini merupakan kajian kualitatif dengan menggunakan kaedah perbandingan dan kaedah analisa kandungan dengan berpandukan Al-Quran sebagai teks utama. Kajian ini memaparkan jenis-jenis kapal dan fungsi dalam Al-Quran. Ia berguna untuk mereka yang mengkaji lebih dalam lagi berhubung perkapalan. Hasil penelitian menunjukkan istilah-istilah yang digunakan di dalam Al-Quran merujuk kepada kapal dan perbezaan kepenggunaan istilah tersebut bergantung kepada keadaan bentuk muka bumi, jenis dan tujuan. Manakala fungsi kapal dalam Al-Quran lebih ke arah seruan untuk berfikir kekuasaan Allah dan bersyukur dengan nikmat yang diberi.68 13 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Ilmu Al Jarh Wa Al Ta’dil Sebagai Suatu Landasan dalam Penerimaan Sesebuah Riwayat(Penerbit USIM, 2024) ;Dhiyaa’ Ramadhan bin Ramlee ;Muhammad Miqdad bin Saiful Bahari ;Muhammad Yassin bin Muhammad KarimSukhairu bin SulaimanPenilaian terhadap kredibiliti seseorang perawi dan kesahihan sesebuah riwayat merupakan fokus utama dalam perbincangan ilmu al Jarh wa al Ta’dil. Dalam konteks keilmuan Islam, penelitian mengenai penerimaan hadith menjadi suatu perkara yang penting kerana ia memberi kesan yang besar terhadap pemahaman dan pengamalan di dalam agama. Namun, permasalahan utama yang muncul adalah bagaimana kita ingin menilai keabsahan sesebuah riwayat dan kredibiliti seseorang perawi apabila sampai dalil-dalil hadith kepada kita. Justeru, kajian ini adalah bertujuan untuk menerangkan tentang kepentingan ilmu al Jarh wa at Ta’dil dan juga bagaimana panduan para ulama’ dalam menentukan kredibiliti seseorang perawi sama ada riwayatnya boleh diterima atau ditolak. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan menggunakan kaedah pengumpulan data melalui kaedah perpustakaan. Hasil kajian mendapati bahawasanya terdapat beberapa syarat yang telah ditetapkan oleh para Muhaddithin dalam menjelaskan keadaan status perawi hadith, sama ada ianya boleh diterima atau ditolak periwayatannya. Di antaranya adalah memiliki ilmu, ketaqwaan, bersikap warak dan benar, mengetahui sebab Jarh dan Ta’dil, mengetahui penggunaan bahasa arab & istilah-istilah ulama’ al Jarh wa al Ta’dil, tidak bersikap taasub mazhab, hasad dengki dan kemarahan. Dengan demikian, usaha kajian ini dijangka dapat memberikan pemahaman yang lebih mendalam tentang kepentingan ilmu al Jarh wa al Ta’dil sebagai landasan utama dalam menerima riwayat dalam konteks keilmuan Islam.90 9 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication The Impact of Integrating Technology in the Teaching of Tajweed on Quranic Recitation Skills: A Survey Among FPQS Students(Penerbit USIM, 2024) ;Nor Suziana Aziela Ahmad Mustaffa ;Nur Maryam Thohira Abu Hasan Sazili ;Arief Afendi MazlanNorwardatun Mohamed RazaliQuran recitation with Tajweed is reciting the Quran correctly, with right pronunciation, rhythm, and intonation. Technology gives important role to learning Tajweed. Despite that, due to challenges of the effective way in learning Tajweed, its need to be overcome by something that can provide students with the effective way to access, and quality learning materials, such as integrated technology. Many applications and games related to learning Tajweed already created, but how far it gives positive effect to students’ Quranic recitation skills. Thus, this study aims to investigate the impact of technology integration on learning Tajweed and its impact on higher education students. To achieve this aim, this study employs a quantitative survey method via a Google Form questionnaire distributed to 106 students from Sunnah Studies with Information Management (SPM) programme, Faculty of Quranic and Sunnah Study, USIM. The research found that most of the students knew Tajweed rules for reciting the Quran after interacting with the selected integration technology.87 9 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Impak Penggunaan Tiktok dalam Memberi Kesedaran Kepada Masyarakat(Penerbit USIM, 2024) ;Amnani bt Azman ;Nur Liyana bt Ishak ;Nur Fatinah bt AduanPenggunaan media sosial dalam aktiviti harian sangat popular di era moden ini. Antara aplikasi yang kerap digunakan adalah TikTok, iaitu aplikasi yang memudahkan masyarakat dalam mengedit video berdurasi pendek serta mempunyai elemen yang menarik. TikTok merupakan aplikasi yang dapat dimanfaatkan oleh masyarakat untuk menyebarkan berita, kisah pendek dan secara tidak langsung turut berperanan sebagai platform untuk menyebarkan kesedaran kepada masyarakat. Namun begitu, penggunaan TikTok ini juga mendapat banyak tomahan dan kritikan apabila penggunaannya yang melampaui batas dan secara berlebihan sehingga menjejaskan masyarakat terutamanya. Justeru, kajian ini dilakukan untuk mengenalpasti impak penggunaan TikTok sebagai platform yang sangat berkesan dalam memberi kesedaran kepada masyarakat kita. Kajian ini berdasarkan kaedah gabungan iaitu kuantitatif dan kualitatif yang memaparkan beberapa impak penggunaan TikTok dalam memberi kesedaran kepada masyarakat. Kajian ini melibatkan kaedah soal selidik yang menggunakan pendekatan kuantitatif dimana soal selidik dijalankan melalui google form. Data dan maklumat yang diperoleh membantu pengkaji dalam menganalisis kumpulan responden yang telah dikenal pasti. Pada masa yang sama, kaedah kualitatif turut digunakan untuk melakukan tinjauan dan pemerhatian terhadap kajian yang dijalankan bagi mendapatkan data yang diperlukan. Dapatan seterusnya mengemukakan kesan penggunaan TikTok ini dalam memberi kesedaran kepada masyarakat. Hal ini demikian kerana, masyarakat lebih cakna serta memberikan perhatian yang lebih terhadap sesuatu isu yang disampaikan melalui TikTok. Hasil kajian ini menyimpulkan bahawa penggunaan aplikasi TikTok dapat mempengaruhi kehidupan masyarakat kerana mesej yang disampaikan melalui video pendek dan padat di TikTok sangat memberi kesan kepada pembaca dan pengguna aplikasi TikTok.68 812 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication The Implications Of Istihadah Towards Women According To Al-Quran And Al-Sunnah(Penerbit USIM, 2024) ;Sofea Syahmi binti Zul Azri ;Mujahidatul Islamiyah ;Raihanah binti Mohd AfandiSukhairu bin SulaimanThis scholarly study is entitled as "The implications of istihadah towards women according to al- Quran and al-Sunnah". This study will concentrate on three primary topics about the history of female blood vessels or istihadah. Next, we will interpret istihadah by examining it from the viewpoints of the scholars of the Salaf and Khalaf, as well as the Qur'an and as-Sunnah. Then, we will examine the consequences of istihadah for women, particularly about worship and self-care practises under such circumstances. Overall, we have discovered a great deal of hadiths that addressed this issue. After some debate among scholars on various topics, most of them came to the conclusion that the law for istihadah is same as woman who is chaste during her menstrual cycle, even if blood is shed during that period. But before offering homage to Allah SWT, there are certain processes that must be considered. All of the researches results are being provided in this scientific study in order to benefit all Muslims and enhance knowledge, particularly in the context of fiqh pertaining to women's blood.415 8 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Jawi Book Risalah Syarat-Syarat dan Rukun-Rukun Sembahyang by Hajjah Khadijah Binti Tok Selehor: An Introduction(Penerbit USIM, 2024) ;Norhasnira Ibrahim ;Nurul Mukminah Zainan Nazri ;Zainora DaudAbdulloh SalaehHajjah Khadijah binti Tok Selehor is a female figure from Malaysia in the 20th century. Inheriting religious knowledge from his father Tok Selehor, who is a prominent Kelantanese scholar, she has produced several works of Jawi books in various fields. The objective of this study is to highlight her brief biography and analyse the content of her Jawi book titled Risalah Syarat-Syarat dan Rukun-Rukun Sembahyang. This study focuses on the background of the book, the text transliteration, and romanisation of the original text from Jawi to Rumi script. It is done without any amendments to the structure of the sentence and the language style to preserve the original meaning. The design of this study is library research, and data collection is obtained from Jawi book, journal articles, books, and websites. Research findings show that the book discussed Fiqh knowledge by focusing on prayer’s conditions and pillars. The book is written in a clear, concise, and easy-to-understand style of language.14 57 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Kaedah Hafalan Al Quran: Kajian di Tahfiz Al Quran Darul Tuba(Penerbit USIM, 2024) ;Nur Nabila Binti Nasron ;Nurqamarina Binti IsmailNurul Syahida Binti HasnuKajian ini merupakan satu tinjauan khusus mengenai kaedah hafalan al-Quran Sistem Turki yang dipraktikkan oleh pelajar-pelajar Tahfiz al-Quran Darul Tuba (TADT), Tangkak, Johor Darul Takzim. Pendekatan ini melibatkan analisis terhadap teknik-teknik hafalanyang diterapkan, penggunaan bahan bantu, serta keberkesanan kaedah yang digunakan dalam proses penghafalan al-Quran di institusi tersebut. Sampel kajian melibatkan pelajar-pelajar tahfiz dalam populasi Darul Tuba. Metodologi penyelidikan ini melibatkan pengumpulan data melalui pemerhatian, temu bual, dan analisis dokumentasi berkaitan kaedah hafalan yang diterapkan. Data yang dikumpulkan dianalisis secara sistematik untuk menggambarkan keberkesanan kaedah hafalan tersebut. Hasil kajian menunjukkan bahawa kaedah hafalan al-Quran di Tahfiz Al-Quran Darul Tuba melibatkan pendekatan holistik yang merangkumi aspek teknik pengulangan, penggunaan bahan bantu seperti murajaah, dan pembimbingan oleh guru. Keberkesanan kaedah ini juga diperkuat dengan penghayatan danpemahaman kontekstual terhadap ayat-ayat al-Quran. Kajian ini memberikan wawasan mendalam ke dalam kaedah hafalan al-Quran di Tahfiz Al-Quran Darul Tuba, memberikan sumbangan penting kepada literatur pengajaran dan pembelajaran al-Quran, serta memberikan panduan praktikal bagi institusi-institusi serupa yang ingin meningkatkan kaedah hafalan al-Quran.5 94