2024 ARIF
Permanent URI for this collection
Browse
Browsing 2024 ARIF by Author "Ahmad Mustaqim Alias"
Now showing 1 - 1 of 1
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Ulama Nusantara "Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam"(Penerbit USIM, 2024) ;Khairul Mukmin Ismail ;Ahmad Mustaqim Alias ;Muhamad Afham AnuwarKajian ini meneliti kehidupan dan sumbangan Sheikh Ahmad Fahmi Zamzam dalam konteks sejarah Islam moden, mengfokuskan aspek pendidikan, pemikiran, dan aktivisme keagamaan beliau. Kurangnya pemahaman menyeluruh mengenai peranan Sheikh Ahmad Fahmi Zamzam dalam pengembangan pemikiran Islam serta kesannya terhadap masyarakat. Tujuan kajian adalah untuk menganalisis warisan pemikiran dan pengaruh Sheikh Ahmad Fahmi Zamzam dalam menyeru kepada pemahaman agama yang inklusif dan progresif. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan analisis dokumen sejarah, karya-karya beliau, serta sumber primer dan sekunder berkaitan. Dapatan menunjukkan bahawa Sheikh Ahmad Fahmi Zamzam merupakan figur yang penting dalam sejarah pemikiran Islam, mempromosikan nilai kesederhanaan, toleransi, dan pendidikan yang holistik. Sheikh Ahmad Fahmi Zamzam bukan sahaja merupakan tokoh yang mewakili nilai-nilai agama yang inklusif, tetapi juga memberikan sumbangan penting dalam pengembangan pemikiran Islam kontemporari.10 8