2025 CFORSJ i-CONF
Permanent URI for this collection
Browse
Browsing 2025 CFORSJ i-CONF by Author "Abdul Karim Ibrahim"
Now showing 1 - 2 of 2
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Cabaran Peruntukan Pelaksanaan Diyat dalam Undang- Undang Jenayah Syariah: Analisis Terhadap Enakmen Negeri Kelantan(Faculty of Syariah and Law, USIM, 2025) ;Putri Nurhaziqah SaifulhizamAbdul Karim IbrahimKajian ini membincangkan isu pelaksanaan diyat sebagai salah satu bentuk hukuman dalam undang-undang jenayah Syariah di Malaysia dengan memberi fokus kepada Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) Kelantan 1993 (Pindaan 2015). Walaupun diyat mempunyai asas yang kukuh dalam hukum Islam dan telah diperuntukkan secara jelas dalam enakmen Kelantan, pelaksanaannya masih terhalang oleh kekangan bidang kuasa Mahkamah Syariah di bawah Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) serta peruntukan Perlembagaan Persekutuan. Objektif kajian ini adalah mengenalpasti konsep dan asas pelaksanaan diyat menurut hukum Syariah serta bentuk penerjemahannya dalam sistem perundangan jenayah Syariah di Malaysia, menilai sejauh mana cabaran enakmen negeri Kelantan memperuntukkan diyat secara konsisten dan jelas, dan mencadangkan penambahbaikan terhadap pelaksanaan diyat dan prosedur kehakiman terlibat. Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti konsep dan asas diyat menurut Syariah, menilai cabaran substantif serta teknikal dalam peruntukan enakmen negeri, dan seterusnya mencadangkan penambahbaikan agar diyat dapat dilaksanakan secara lebih berkesan. Melalui metodologi kualitatif berbentuk analisis doktrinal terhadap sumber primer seperti enakmen negeri, akta persekutuan, al-Quran, hadis dan pandangan fuqaha serta sumber sekunder termasuk jurnal, artikel, tesis dan temu bual bersama pakar Syariah, kajian ini mendapati bahawa wujud ketidakseragaman yang ketara antara negeri-negeri di Malaysia dalam memperuntukkan hukuman diyat. Keadaan ini menimbulkan implikasi serius terhadap prinsip keadilan apabila hak mangsa dan waris bergantung kepada negeri di mana kes berlaku, bukannya kepada prinsip undang-undang Islam yang konsisten. Selain itu, ketiadaan garis panduan standard mengenai kadar, bentuk pembayaran serta mekanisme pelaksanaan diyat telah menyulitkan proses kehakiman Syariah. Kajian ini mencadangkan agar diwujudkan suatu model penyelarasan undang-undang di peringkat nasional dengan mengambil kira realiti sosioekonomi masyarakat Malaysia, termasuk penggunaan instrumen moden seperti emas, perak atau kadar kewangan semasa bagi menggantikan unta yang disebut dalam nas klasik. Hasil kajian ini diharap dapat memberi sumbangan penting kepada pembuat dasar, institusi kehakiman Syariah dan penggubal undang-undang dalam menilai semula kedudukan diyat sebagai mekanisme keadilan Islam yang bersifat pemulihan dan berperikemanusiaan, di samping memperkukuhkan lagi integriti sistem perundangan Syariah di Malaysia. References7 3 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Keperluan Ujian Bertulis dan Temuduga dalam Pelantikan Peguam Syarie: Analisis dan Cadangan(Faculty of Syariah and Law, USIM, 2025) ;Abdul Karim Ibrahim ;Amirah Aqilah Mohd Zin; Mohd Sabree NasriKajian ini meneliti keperluan pelaksanaan ujian bertulis dan temuduga dalam proses pelantikan peguam syarie di Malaysia. Profesion guaman syarie memainkan peranan penting dalam memastikan hak-hak pihak berkenaan di Mahkamah Syariah terpelihara serta keadilan ditegakkan berasaskan hukum syarak. Walau bagaimanapun, ketidakselarasan syarat kelayakan ujian bertulis dan temuduga antara negeri menimbulkan isu standard penilaian yang berbeza serta menyukarkan mobiliti peguam syarie untuk beramal di pelbagai negeri. Persoalan utama yang timbul ialah sama ada perlu diwujudkan sistem penyeragaman bagi meningkatkan integriti profesion guaman syarie serta keyakinan masyarakat terhadap institusi kehakiman Islam. Oleh itu, objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti konsep pelantikan peguam syarie menurut undang-undang dan prinsip Islam, menilai pelaksanaan semasa ujian bertulis dan temuduga, serta mencadangkan penambahbaikan terhadap ketidakselarasan yang wujud. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif berbentuk doktrinal melalui analisis kepustakaan terhadap enakmen, kaedah pelantikan, buku, artikel, dan jurnal akademik. Di samping itu, kaedah temubual separa berstruktur turut dijalankan bagi memperoleh pandangan empirikal daripada pegawai dan pengamal undang-undang syariah. Hasil kajian menunjukkan wujudnya perbezaan ketara antara negeri dalam menetapkan syarat ujian dan temuduga yang memberi kesan kepada tahap keseragaman penilaian serta menimbulkan kekeliruan dalam kalangan calon. Kajian ini mencadangkan garis panduan penyeragaman meliputi aspek pemarkahan, kandungan ujian, kategori calon yang perlu menduduki ujian bertulis, serta penerbitan bank soalan terdahulu sebagai rujukan rasmi. Secara keseluruhan, kajian ini menyumbang kepada pengukuhan sistem pelantikan peguam syarie yang lebih telus dan seragam di seluruh negara tanpa menjejaskan bidang kuasa negeri. Kesimpulannya, penyeragaman dianggap langkah penting bagi memastikan profesion peguam syarie terus berwibawa, dihormati, dan menjadi teras keadilan dalam sistem perundangan Islam Malaysia.11 4