2023 SAIS
Permanent URI for this collection
Browse
Browsing 2023 SAIS by Author "Amnah Zanariah Abd Razak"
Now showing 1 - 2 of 2
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Penglibatan Ibubapa dalam Penggunaan Teknologi Digital dan Internet Kanak-Kanak dan Remaja(Penerbit USIM, 2023) ;Nor Hamizah bt Ab Razak ;Norhafisah Abd RahmanAmnah Zanariah Abd RazakPerkembangan teknologi digital dan internet menyediakan faedah dan juga cabaran yang hebat bukan sahaja kepada kanak-kanak dan remaja, malah juga kepada ibubapa. Sungguhpun kemudahan teknologi ini menyumbang kepada kemajuan diri, namun pada masa yang sama menjejaskan perkembangan asas kanak-kanak dan remaja. Perkara ini memberi tekanan dan cabaran kepada ibubapa dalam mendidik anak-anak apatah lagi ibubapa dilahirkan dalam zaman yang berbeza dengan anak-anak mereka. Melihat kepada peranan ibubapa sebagai agen perubahan yang paling hampir dengan anak-anak, maka kajian konseptual ini memfokuskan perbincangan mengenai peranan yang perlu difahami dan dipraktikkan oleh ibubapa. Antaranya adalah gaya keibubapaan yang sesuai, mediasi ibubapa, penerapan resiliens, literasi digital serta penerapan nilai agama. Implikasi kajian dan cadangan turut dibincangkan3990 118 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Penilaian Kebolehgunaan Modul Psikopendidikan Gifted (Bagi Isu Keinginsempurnaan, Kebimbangan Sosial dan Keterujaan Luar Biasa) Dalam Kalangan Pelajar Pintar dan Berbakat(Penerbit USIM, 2023) ;Amnah Zanariah Abd Razak ;Shahlan SuratNor Hamizah Ab RazakIsu sosioemosi dalam kalangan pelajar pintar dan berbakat semakin meningkat saban hari terutama dalam kalangan pelajar pintar dan berbakat. Berdasarkan analisis keperluan yang dilaksanakan, isu sosioemosi yang paling kerap yang berlaku dalam kalangan pelajar yang dikaji adalah isu keinginsempurnaan, kebimbangan sosial dan keterujaan luar biasa. Oleh itu satu kajian pembangunan modul dilaksanakan bagi ketiga-tiga isu ini. Produk inovasi modul ini dinamakan sebagai Modul Psikopendidikan GIFTED. Modul ini mempunyai tahap kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi. Bagi fasa penilaian bagi modul ini, soal selidik USE digunakan di dalam kajian ini yang mengandungi 30 item mewakili tiga dimensi penilaian kebolehgunaan iaitu kebergunaan, kepuasan dan kemudahgunaan bagi menguji tahap kebolehgunaan modul ini. Soal selidik USE ini dipilih kerana mempunyai kualiti yang baik bagi mengukur kebolehgunaan produk modul dan telah digunakan secara meluas. Seterusnya kajian ini menjurus kepada objektif kajian bagi mengenal pasti tahap kebolehgunaan modul Psikopendidikan GIFTED dalam kalangan pelajar pintar dan berbakat. Seramai 30 orang pengguna yang terdiri daripada pelajar di sekolah pintar dan berbakat di Negeri Sembilan, Malaysia yang telah menjalani modul psikopendidikan GIFTED ini. Nilai Alpha Cronbach ujian kebolehpercayaan bagi instrumen ini adalah baik. Instrumen USE ini didapati sesuai digunakan bagi mengukur kebolehguaan modul dalam kalangan pengguna modul. Dapatan kajian menunjukkan bahawa Modul Psikopendidikan GIFTED ini mempunyai nilai kebolehgunaan yang sederhana tinggi. Kesimpulannya, Modul Psikopendidikan GIFTED ini terbukti sesuai untuk digunakan bagi membantu isu sosioemosi keinginsempurnaan, kebimbangan sosial dan keterujaan luar biasa dalam kalangan pelajar pintar dan berbakat dalam usaha membangunkan insan yang sejahtera fizikal dan mental. Secara keseluruhannya instrumen USE didapati mempunyai nilai kesahan dan kebolehpercayaan baik dan terbukti sesuai digunakan bagi menentukan kebolehgunaan produk bagi Modul Psikopendidikan GIFTED ini dalam kalangan pelajar pintar dan berbakat.38 132