2022 i-STET
Permanent URI for this collection
Browse
Browsing 2022 i-STET by Author "Afi Roshezry Abu Bakar"
Now showing 1 - 1 of 1
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Ketidakpatuhan Sivil Atau Pragmatik? Analisa Trend Mengundi Masyarakat Cina Pasca PRU 14(Penerbit USIM, 2022) ;Afi Roshezry Abu BakarMohd Azmir Mohd NizahPasca PRU 14 telah banyak perlihatkan perubahan landskap politik yang besar selepas kejatuhan hegemoni Barisan Nasional lebih 60 tahun memerintah. Pertukaran kerajaan diperingkat nasional dan beberapa negeri selepas PRU 14 dianggap sebagai satu era baharu bagi Malaysia sebagai sebuah negara. Namun selepas hanya 22 bulan memerintah, Pakatan Harapan, kerajaan pada ketika itu, telah gagal meneruskan kestabilan pentadbiran dan digantikan terus dengan kerajaan campuran Perikatan Nasional dan Barisan Nasional. Artikel ini akan menganalisis tiga pilihanraya negeri yang telah berlangsung pasca PRU 14, iaitu, Melaka, Sarawak dan Johor sebagai fokus utama perbincangan. Analisis dibuat dalam melihat trend pengundi Cina dalam ketiga-tiga PRN tersebut. Naratif yang dibawa ialah persoalan ketidakpatuhan sivil, yang sentiasa dilabel bagi kelompok pengundi ini, ataupun sikap pragmatik yang menjadi faktor pendorong utama. Perbincangan secara konstruktif dan kehadapan dibuat bagi melihat trend undi masyarakat Cina pasca PRU 14. Beberapa isu dan cadangan juga akan dibincangkan.5 21