2022 i-STET
Permanent URI for this collection
Browse
Browsing 2022 i-STET by Issue Date
Now showing 1 - 20 of 57
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Pengaruh Tiktok Terhadap Toleransi Politik dalam Kalangan Orang Muda di Malaysia(Penerbit USIM, 2022) ;Mohamad Afzanizzam ZahranMohd Azmir Mohd NizahDewasa ini aplikasi media sosial TikTok semakin menjadi pilihan masyarakat terutamanya golongan muda dalam mendapatkan maklumat semasa. Dapatan kajian menunjukkan jumlah pengguna TikTok di Malaysia pada awal tahun 2022 adalah seramai 14.59 juta yang merangkumi pengguna berusia 18 tahun ke atas. Pengaruh TikTok yang besar digunakan sebaik mungkin oleh pelbagai pihak termasuk parti politik bagi memenuhi agenda mereka. Melihat kepada perkembangan semasa, media sosial kini juga digunakan bagi tujuan toleransi politik. Makalah ini akan melihat bagaimana TikTok diguna pakai bagi tujuan tersebut terutamanya dalam kalangan orang muda. Kajian yang dilakukan akan menggunakan kaedah analisis kandungan ke atas kandungan video di dalam akaun TikTok ahli politik, aktivis, ahli akademik, artis dan mahasiswa yang berkaitan dengan toleransi politik bagi tempoh mulai 1 Januari hingga 30 Jun 2022. Hasil tinjauan awal ini diharap dapat membantu pihak-pihak yang berkepentingan dalam merangka strategi untuk meningkatkan lagi toleransi politik dalam kalangan masyarakat di negara ini. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Leadership Caderization Development at Pesantren Darunnajah Jakarta(Penerbit USIM, 2022) ;Fajar Suryono ;Mohd Rumaizuddin Bin GhazaliMuhammad Bin HashimThis research was motivated by the writer's anxiety about the weaknesses of pesantren institutions in educating successive leaders, because pesantren rarely survived more than a century. And the practical way practiced by pesantren is to develop a tradition that their immediate family must be a strong candidate to replace the pesantren leadership. But in reality, there is a lot of gap between the expectations and the reality that there are some cadre leader candidates who are unable to fulfill these expectations so that the longer the quality of the pesantren decreases along with the new cadre relay. As a form of effort in realizing ideal leadership caderization development, the writer chose pesantren Darunnajah Jakarta as a subject of research. The reason is that Pesantren Darunnajah Jakarta is a pesantren institution that has have a strong leadership cadre development system to prepare a cadre of leaders. Data collection is done by using Documentation, Interview, and Observation. These three ways are done to obtain data and information that are truly trustworthy, deep and objective. Power analysis is used through the stages of data reduction, data presentation and conclusion drawing/verification. These three activities are activities that are intertwined at a time before, during and after collecting data in a parallel form to build a general insight called analysis. To obtain the validity of the data the author uses triangulation techniques, namely data checking techniques that utilize something other than the data for checking purposes or as a data comparison. Based on the results of research and analysis entitled Leadership Caderization Development at Pesantren Darunnajah Jakarta, the researcher found that the concept of leadership cadre is delegation - transformation based on the values of Islamic teachings that involve all pesantren staff in the educational process from the pesantren leadership and implementation of leadership caderization development at the pesantren Darunnajah Jakarta which is contained in guidance an counceling system, namely the Total Quality Management system for 24 hours so that prospective cadres of leaders always receive supervision, guidance and coaching - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Bahasa Melayu sebagai Unsur Tradisi dalam Perlembagaan Persekutuan: Satu Tinjauan menurut Perspektif Pakar(Penerbit USIM, 2022)Khadijah MudaBahasa Melayu ditulis sebagai bahasa kebangsaan, dan merupakan salah satu unsur tradisi dalam Perlembagaan Persekutuan. Namun, sejauhmana masyarakat Malaysia melaksanakan apa yang telah ditulis dalam Perlembagaan Persekutuan? Kajian ini akan meninjau perspektif pakar mengenai kedudukan bahasa Melayu dalam kehidupan masyarakat Malaysia dan dikaitkan dengan isu-isu semasa berkaitan bahasa Melayu. Kaedah penyelidikan adalah menggunakan pendekatan kualitatif dengan menemual enam orang pakar sejarah, undang-undang, sosiologi dan pembinaan bangsa. Hasil dapatan menjelaskan bahawa penggunaan bahasa Inggeris lebih diangkat kerana manfaatnya. Pelaksanaan dasar-dasar berkaitan bahasa kurang dilaksanakan menyebabkan bahasa melayu terus dipandang lesu, dan bahasa melayu sebagai lingua franca hanya sekadar nostalgia. Sewajarnya bahasa Melayu dimartabatkan semula kerana bahasa Melayu adalah bahasa penghuni nusantara dan satu bahasa dapat menyatupadukan masyarakat Malaysia khususnya.73 103 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Sejarah Penyusunan dan Pembukuan Al-Fatawa Al-Hindiyyah(Penerbit USIM, 2022)Mohamad Zulfazdlee Abul Hassan AshariAL-Fatawa al-Hindiyyah merupakan suatu dokumen penting dalam sejarah amalan perundangan Islam di India era Mughal, khususnya dalam mazhab Hanafi. Projek penyusunan dan pembukuan al-Fatawa al-Hindiyyah yang dicetuskan sendiri oleh pemerintah Mughal, Awrangzib (1658-1707) disifatkan sebagai legasi terbaiknya yang tidak mampu ditandingi oleh mana-mana pemerintah Mughal. Sehubungan itu, kajian meneliti sejarah penyusunan dan pembukuan al-Fatawa al-Hindiyyah serta meneroka motif di sebalik kemunculan dokumen berkenaan. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif, khususnya kajian sejarah (historical study) dan analisis kandungan (content analysis) terhadap sumber primer dan sekunder dalam mengumpul dan menganalisis data. Dapatan kajian menunjukkan al-Fatawa al-Hindiyyah ini merupakan idea Awrangzib sendiri dan disusun oleh sekumpulan ulama’ yang dilantik oleh Kerajaan Mughal. Penyusunan dan pembukuannya dilakukan bagi menyegaramkan amalan perundangan berdasarkan rujukan undang-undang yang berautoriti. Selain itu, al-Fatawa al-Hindiyyah ini disifatkan sebagai manifestasi Islamisasi dalam tadbir urus Mughal yang digagaskan oleh Awrangzib sekaligus mengangkat peranan ulama dalam kerajaan. Al-Fatawa al-Hindiyyah ini bukan sahaja berjaya menjadi penyelesaian kepada ketidakseragaman fatwa di India ketika era Mughal bahkan turut menjadi rujukan kepada beberapa kes perundangan Islam di India dan negara-negara Islam lain selepas era Mughal.5 110 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Pemikiran Dan Perjuangan Ebit Irawan Bin Ibrahim Lew dalam Dakwah Saudara Baru di Malaysia(Penerbit USIM, 2022) ;Kartina Sari Abd KarimMuhammad Azizan SabjanIstilah saudara baru tidak asing lagi dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di Malaysia. Mereka merupakan kelompok minoriti yang wajar diberikan keutamaan dalam agenda dakwah tanah air dengan meraikan segala perbezaan budaya dan bahasa pertuturan. Usaha dakwah yang terhad ditambah pula dengan sikap sambil lewa majoriti masyarakat Islam sedia ada yang sengaja meremehkan kewajipan berdakwah ke atas masyarakat non-muslim khususnya amat membimbangkan. Justeru, kajian ini dijalankan untuk mengkaji konsep pemikiran dan perjuangan dakwah Ebit Lew kepada saudara baru di negara kita. Ketokohan beliau dalam dakwah saudara baru dikenal pasti dan diselidiki di sebalik pelbagai cabaran yang dihadapi melalui kajian pustaka yang merangkumi sumber primer dan sumber sekunder. Hasil penyelidikan mendapati kehadiran beliau dalam konteks dakwah semasa membuktikan bahawa tugas dakwah bukan sahaja didominasi oleh golongan agamawan dan ilmuan semata-mata. Gerakan dakwah beliau terhadap golongan saudara baru wajar diteladani malah mencetuskan suatu revolusi dakwah yang amat realistik untuk terus dibangunkan dalam masyarakat majmuk di negara kita.47 5 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Teori Hifz Al-Nafs dalam Islam: Analisis Pendalilan(Penerbit USIM, 2022) ;Muhammad Mustaqim Bin RoslanAnwar Bin Osman ZainuriHifz al-Nafs bukan satu istilah yang janggal dalam Maqasid Syariah. Ia sering diertikan sebagai Menjaga Nyawa bagi kalangan ahli Fiqh dan Usul apabila dikaitkan dengan hukuman Qisas. Namun begitu, terma al-Nafs dan kata jamaknya al-Anfus yang terdapat di dalam al-Quran sebanyak 266 kali membawa pengertian yang begitu luas. Pemahaman umat Islam terhadap istilah Hifz al-Nafs dengan mengecilkan maksud penggunaannya hanya kepada Menjaga Nyawa mengundang kekeliruan sehingga menjadikan mereka begitu sempit dalam memahaminya. Oleh yang demikian, artikel ini mengetengahkan objektif utama iaitu menganalisis teori Hifz al-Nafs dari sudut pendalilannya melalui surah-surah pilihan di dalam al-Quran. Ia bertujuan agar pengertian Hifz al-Nafs itu dapat dianalisis maksudnya dengan lebih mendalam dari sumber utama umat Islam. Falsafah di sebalik artikel ini ialah interpretif dan menggunakan pendekatan kualitatif dalam mengadaptasikan reka bentuk kajian. Kaedah pengumpulan dan analisis data ialah analisis kandungan dokumen dengan menganalisis sampel utama daripada peruntukan dalam al-Quran yang berkaitan dengan al-Nafs. Ia dijadikan sebagai data primer dalam kajian ini kerana data tersebut adalah daripada sumber langsung, berautoriti dan tidak dipengaruhi oleh mana-mana pandangan atau pendapat individu. Selain itu juga, data sekunder bagi kajian ini ialah perbahasan yang terdapat dalam kitab-kitab tafsir, buku-buku akademik, jurnal dan kajian ilmiah lepas digunakan dalam artikel ini. Hasil dapatan menunjukkan bahawa pendalilan Hifz al-Nafs yang dianalisis pengkaji adalah merujuk kepada ‘menjaga jiwa’ dari dimensi rohani. Pengkaji turut mendapati bahawa dimensi rohani dalam penjagaan jiwa ini adalah berfokus untuk ‘memperoleh keteguhan iman’ dan ‘demi kelangsungan hidup’. Ini bererti bahawa menjaga rohani dalam jiwa manusia itu adalah penting agar diri manusia itu tidak terdorong untuk melakukan perkara-perkara yang boleh merosakkan diri dan nyawa. Ia juga adalah tidak selari dengan teori Hifz al-Nafs seperti yang diinginkan oleh syarak.52 20 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Penghayatan Kehidupan dan Ketersediaan Mahasiswa Melalui Pembelajaran Bermakna Melalui Kursus Sains Teknologi & Manusia (STM) di UTM Kuala Lumpur(Penerbit USIM, 2022) ;Nik Mohd Zaim Ab Rahim ;Zilal Saari ;Nur Izzati Mohamad Norzilan ;Ahmad Marzuki MohamadMohd Hambali RashidMahasiswa hari ini berdepan dengan cabaran penghayatan kehidupan akibat globalisasi dan digitalisasi. Bagi menyediakan mahasiswa mampu mendepani dunia realiti, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah menawarkan kursus Sains, Teknologi dan Manusia (STM) di peringkat pengajian Diploma. Kandungan kursus meliputi konsep dan falsafah ilmu, penciptaan manusia dan alam, perbandingan sains dan teknologi menurut Barat dan Islam seterusnya pencapaian ilmuwan Islam dalam pelbagai ilmu yang berkaitan dengan sains dan teknologi. Inovasi dalam STM meliputi kaedah pengajaran dan pentaksiran. Pembelajaran kolaboratif, pembelajaran teradun dan pembelajaran bermakna diimplemetasikan. Keberkesanan STM dikaji melalui analisis tematik berasaskan refleksi kendiri pelajar. Hasil analisis mendapati pelajar berupaya menghubungkan bidang pengajian teknikal dengan falsafah ilmu dan kehidupan. Melalui STM, pelajar sedar dan peka terhadap tujuan kehidupan seterusnya berusaha untuk menjadi individu cemerlang dalam segala aspek kehidupannya.35 2 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Potensi Sumber Air Dari Perspektif Islam: Kepentingan Sungai Perak Dalam Penjanaan Tenaga Elektrik(Penerbit USIM, 2022)Mohamad Khairul Anuar Mohd RosliUsaha untuk membangunkan kemudahan bekalan elektrik sejajar dengan keperluan yang sentiasa meningkat kesan perkembangan sektor ekonomi, pembandaran dan kehidupan manusia yang serba moden menyebabkan kaedah penjanaan tenaga elektrik mula dipelbagaikan. Langkah ini penting untuk memastikan proses penyediaan tenaga elektrik tidak terjejas disebabkan harga dan ketersediaan sumber tidak boleh diperbaharui seperti gas asli, minyak dan arang batu yang tidak menentu. Justeru tumpuan terarah kepada penggunaan sumber boleh diperbaharui iaitu air bagi memenuhi dan menjamin pembekalan elektrik kepada pengguna. Di Malaysia, industri tenaga elektrik mula menggunakan sumber air khususnya sungai sejak tahun 1890-an yang berterusan sehingga ke hari ini. Sungai Perak yang dianugerahkan oleh Allah SWT merupakan sungai yang telah menunjukkan keupayaannya sebagai sumber utama penjanaan tenaga hidroelektrik. Mula menjana tenaga hidroelektrik pada tahun 1930, Sungai Perak dilihat masih lagi memainkan peranan tersebut sehingga abad ke-21. Keadaan ini jelas menunjukkan manfaat berpanjangan yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada hamba-Nya dengan memakmurkan sumber air. Sehubungan dengan itu, kajian ini bertujuan mengenal pasti pembangunan Sungai Perak sehingga menjadi sumber penting dalam penjanaan tenaga hidroelektrik di Perak khasnya dan Malaysia umumnya sebelum tahun.6 59 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication مبادئ التعامل مع غير المسلمين في المجتمع الإسلامي: العهد النبوي نموذجا(Penerbit USIM, 2022) ;Kauthar Abd Kadir ;Mesbahul HoqueNorhasnira Ibrahim5 55 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Shaykh Abbas Kuta Karang’s Contribution in Malay Medical Manuscript Writing(Penerbit USIM, 2022)Norhasnira IbrahimShaykh Abbas Kuta Karang is a Malay scholar from Aceh. Famously known as a religious figure, an astronomer, a warrior, and a medical expert in the 19th century. During his lifetime he managed to write in multi disciplines such as astrology, mathematics, history, poem, and medical knowledge. This study focuses on a Malay medical manuscript written by him titled al-Rahmah fi al-Tib wa al-Hikmah. Two main objectives of this paperwork are (i) to describe a concise biography of Shaykh Abbas Kuta Karang, and (ii) to identify the writing methodology of medical knowledge documented in this manuscript. This study is conducted in the manner of library research. Data was collected from the manuscript, books, journals, previous studies, and websites appertaining to this study. The finding shows that medical knowledge discussed in this Malay medical manuscript consists of five chapters beginning with human anatomy, types of food and medicine, preventive healthcare, types, causes, and treatments for illnesses.13 2 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Pendekatan Berhikmah dalam Falsafah Menurut al-Ghazālī (1058 - 1111 M)(Penerbit USIM, 2022)Kamal Azmi Abd. RahmanAbū Hamīd al-Ghazālī merupakan ilmuwan Islam yang tersohor. Beliau mengusai pelbagai bidang ilmu Pengajian Islam seperti syariah, akidah, akhlak dan tasawwuf. Walupun terkenal melalui penulisan Ihyā’ ʿUlūm al-Dīn yang mengharmonikan cabang-cabang keilmuwan Islam iaitu akidah, syariah, akhlak dan tasawwuf, beliau juga telah memberikan sumbangan yang besar dalam bidang falsafah. Antara penulisan penting beliau dalam bidang falsafah dan pemikiran Islam ialah Maqāṣid al-Falāsifah, Tahāfut al-Falāsifah dan al-Munqidh min al-Ḍalāl. Oleh yang demikian, kertas kerja ini akan membincangkan tentang pendekatan yang berhikmah dalam falsafah menurut al-Ghazālī. Penulisan akan merujuk kepada karya al-Ghazālī terutamanya autobiografi beliau yang terkenal iaitu al-Munqidh min al-Ḍalāl. Dalam membincangkan tentang sikap dan pendirian terhadap falsafah, beliau telah membentangkan sebuah neraca pertimbangan yang adil dan berhikmah. Beliau mengingatkan kepada mereka yang meminati falsafah dan bersikap lunak terhadapnya bahawa terdapat bahaya menerima falsafah, manakala terdapat bahaya menolak falsafah bagi mereka yang lantang mengkritik dan menolak falsafah. Ini kerana menurut al-Ghazālī, terdapat manfaat dalam ilmu falsafah dan pada masa yang sama terdapat keburukannya. Oleh itu, sikap kritis dan pendekatan berhikmah yang telah dibentangkan oleh al-Ghazālī dalam falsafah ini boleh dijadikan panduan bagi cendiakawan Islam pada hari ini dalam menghadapi ilmu asing terutamanya yang datang daripada Barat.58 9 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Ulasan Buku / Book Review: Asna Al-Matholib Fi Ahadith Mukhtalifah Al-Maratib, Karangan Al-Imam Al-Muhaddith Muhammad Ibnu Al-Sayyid Darwisy Al-Hut(Penerbit USIM, 2022) ;Mohamad Muntaha bin Hj Saleh ;Daud bin Mohamed Salleh ;Amnah Saayah bin IsmailvPara sarjana hadith kontemperori mendapati banyak buku dalam disiplin ini telah ditulis oleh ramai kalangan ulama silam. Antaranya ialah buku yang berjudul Asna al-Matholib Fi Ahadith Mukhtalifah al-Maratib. Buku ini yang ditulis oleh Mohammad ibn al-Sayyid Darwisy al-Hut al-Beiruti telah diterbitkan oleh Mustafa al-Babiy al-Halabiy wa Awladuhu, Mesir pada tahun 1924. Objektif kajian ini adalah untuk menonjolkan satu daripada bahan pengajian dalam bidang hadith yang berkaitan dengan status sesuatu hadith atau kisah yang masyhur dalam kalangan masyarakat Islam. Buku ini mengandungi 1,784 buah hadith berserta status setiap satu daripadanya yang disusun mengikut huruf abjad arab. Antara hadith tersebut ialah kelebihan amalan pada hari Asyura’ selain daripada puasa dan kisah ulat berguguran jatuh dari tubuh nabi Ayub a.s yang semuanya adalah palsu. Kaedah analisis kandungan dan kajian kepustakaan digunakan sebagai kaedah utama dalam kajian ini. Justeru, penyelidik mendapati bahawa buku ini sangat menarik kerana penjelasannya ringkas dan mudah bagi pembaca mengetahui kategori pelbagai hadith yang popular atau yang sering kali diperkatakan oleh masyarakat awam. Melalui penghayatan kepada buku ini, ia akan berupaya melatih masyarakat supaya amanah dengan ilmu dan menerima kebenaran berdasarkan hujah, dalil atau rujukannya yang sahih. Sekalipun banyak kitab hadith yang besar seperti kutub al-Tis’ah; iaitu sahih al-Bukhari, sahih Muslim, sunan al-Tirmizi, sunan Abi Daud, sunan al-Nasa’i, sunan Ibnu Majah, musnad Imam Ahmad, al-Muattha’ Imam Malik, sunan al-Darimi dan lain-lain yang boleh dipelajari, namun buku ini penting sebagai mukadimah kepada penerokaan pelbagai kitab hadith yang besar tersebut.6 40 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Peranan Maqasid Syariah “Ḥifẓ Al-Nafs” dan “Ḥifẓ Al-‘Aql” dalam Penutupan Sekolah dan Universiti di Malaysia Semasa Pandemik Covid-19(Penerbit USIM, 2022) ;Nur Izyan Farihah binti AliasSyed Salim bin Syed ShamsuddinPenyebaran wabak COVID-19 merupakan ancaman besar kepada masyarakat dunia pada hari ini. Disebabkan pandemik ini, kerajaan Malaysia telah memperkenalkan beberapa Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi mengekang penularan wabak COVID-19 di negara ini. Antara arahan yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan termasuklah penutupan institusi pendidikan seperti sekolah dan universiti di Malaysia. Artikel ini bertujuan untuk mengenal pasti peranan Maqasid Syariah “Ḥifẓ al-Nafs” dan “Ḥifẓ al-‘Aql” dalam penutupan sekolah dan universiti semasa wabak COVID-19 di Malaysia. Artikel ini juga membincangkan kewajaran tindakan kerajaan dalam menutup sekolah dan universiti serta mengenal pasti kesannya terhadap para pelajar dan guru. Penulisan ini menggunakan kaedah kualitatif deskriptif melibatkan kajian kepustakaan melalui analisis dokumen terhadap karangan dan penulisan para ulama silam dan semasa yang berkaitan. Artikel ini mendapati bahawa Maqasid Syariah “Ḥifẓ al-Nafs” dan “Ḥifẓ al-‘Aql” memainkan peranan penting dalam memberi justifikasi penutupan sekolah dan universiti di Malaysia. Peranan “Ḥifẓ al-Nafs” adalah lebih penting daripada “Ḥifẓ al-‘Aql” bagi memelihara nyawa masyarakat daripada bahaya dan kemudaratan. Walaupun terdapat beberapa kesan dan cabaran kepada pelajar, guru dan pensyarah, langkah yang diambil oleh kerajaan dalam menutup sekolah dan universiti adalah wajar untuk melindungi kelangsungan kehidupan dan keintelektualan masyarakat Malaysia.7 237 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Isu Berkaitan Pengurusan Pengendalian Operasi Pakej Umrah di Malaysia(Penerbit USIM, 2022) ;Muhamad Amar Mahmad ;Shukri B Ahmad ;Mohamad Khadafi Bin Hj. RofieNor Hanani Binti IsmailOperasi pakej umrah mencatatkan peningkatan yang ketara setiap tahun di Malaysia. Umat Islam perlu membuat persiapan sebelum berangkat dari pelbagai sudut meliputi perjalanan, pengoperasian dan peribadatan. Hingga kini, penyelenggaraan operasi umrah adalah mengikut MPPU. Walau bagaimanapun, manual pengurusan ini masih gagal menghasilkan standard pengurusan kualiti dalam memantau seluruh operasi pakej umrah di Malaysia. Beberapa masalah masih berlaku seperti penyalahgunaan lesen operasi, mengambil keuntungan berlebihan dan pengendalian pakej yang tidak berdaftar serta berlaku penipuan oleh sesetengah syarikat umrah. Disebabkan itu, kajian ini akan memberi tumpuan kepada permasalahan pengurusan pengendalian operasi pakej umrah di Malaysia. Ringkasnya, dengan kaedah kualitatif yang digunakan, dapatan kajian secara keseluruhannya mendapati kebanyakan syarikat tidak mempunyai masalah sepanjang menjalankan perniagaan berkaitan operasi umrah. Ini kerana syarikat terlibat menggunakan MPPU sebagai panduan utama dalam pengopersian umrah yang dilakukan. Walau bagaimanapun, hanya dua isu utama sahaja yang perlu ditambahbaik di dalam MPPU iaitu berkaitan Jemaah wanita dan bantuan yang komprehensif kepada pengusaha syarikat umrah. Maka, diharapkan dengan penambahbaikan seperti yang dicadangkan akan menjadikan MPPU lebih berkesan dan dapat diaplikasikan bukan hanya di Malaysia bahkan mampu untuk menjadi model pengoperasian umrah kepada negara-negara lain.156 16 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Manuskrip Kesultanan Melayu Buton: Pengenalan Terhadap Manuskrip Tahsīn Al-Awlād Fī Ṭā‘At Rabb Al-‘Ibād(Penerbit USIM, 2022) ;Muhammad Naufal Bin Mohd NajibMuhammad Mustaqim Bin Mohd ZarifKesultanan Buton adalah sebuah kesultanan Islam yang telah didirikan pada abad ke-14 yang terletak di kawasan pulau Sulawesi Tenggara yang mana meninggalkan banyak karya-karya keagamaan Islam. Karya-karya keagamaan Islam ini dihasilkan oleh ulama’ di kalangan rakyat jelata dan juga pemerintah. Kini, sekitar 340 buah naskhah terdapat dalam pernaskahan Buton, yang sebahagian besar terdapat pada koleksi Abdul Mulku Zahari dalam pelbagai bidang. Walau bagaimanapun tidak banyak kajian tentang manuskrip Buton. Secara khususnya, ini adalah kajian naskhah Tahsīn Al-Awlād fī Tā‘at Rabb al-Íbād karya Sultān Muhammad Aydrūs Qā‘imuddīn al-Buṭūnī (d.1851M), seorang ulama tasawwuf terkenal di Buton. Justeru, makalah ini bertujuan untuk mengenal pasti isi kandungan dan gaya penulisannya serta menyorot pengaruh manuskrip ini di Alam Melayu dengan menggunakan kaedah kualitatif yang melibatkan kajian perpustakaan. Dapatan kajian menunjukkan ketinggian ilmu dan pemahaman pengarang yang mendalam terhadap ilmu Hadis dan tasawuf yang berkait rapat dengan pendidikan karakter (akhlak) dalam Islām, dan peranan dan kepentingan teks ini dalam pembangunan sistem pendidikan karakter (akhlak) dalam Islam di Alam Melayu.6 30 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Falsafah dan Sains Tauhidik Teras Tamadun Profetik(Penerbit USIM, 2022)Abdul Razak PanaemalaeTamadun dan kemajuan sains Barat hari ini merupakan satu kesinambungan daripada warisan tamadun Islam. Sains Islamlah yang menjadi pencetus kepada kelahiran dunia moden di Barat setelah sekian lama terbelenggu dan terperangkap dalam pemikiran dogmatik yang didominasikan oleh gereja dan elit feudalisme. Akan tetapi mata-rantai tamadun profetik terputus setelah tamadun Barat memilih untuk mengamalkan sekularisme. Tamadun yang diwarisi daripada Islam itu merupakan tamadun yang berorientasikan ilmu, falsafah dan sainstifik sifatnya. Dalam makalah ini tumpuan perbincangan kepada disiplin ilmu falsafah dan hubungannya dengan sains. Untuk memperlihatkan betapa pentingnya ilmu falsafah dan sains sebagai tonggak penggerak masyarakat saintifik yang berdaya maju. Idea ini muncul setelah pengkaji melihat bahawa betapa mutakhir ini, khasnya dunia Islam hari ini tidak memberi sambutan terhadap ilmu falsafah seperti sewajarnya. Walhal ilmu falsafah itu adalah induk kepada segala sains. Makalah ini akan meninjau secara umum melalui wacana yang diutarakan oleh sarjana muslim akan kepentingan pengajaran falsafah serta implikasinya terhadap sains moden. Kajian ini akan memperkatakan falsafah dengan berpandukan kerangka pemikiran sains Islam yang bersumberkan kitab Al-Quran. Kajian mendapati bahawa telah banyak wacana dan platform yang diusahakan oleh sarjana Muslim sebagai usaha untuk membuktikan betapa pentingnya ilmu falsafah terhadap perkembangan masyarakat dan pembentukan tamadun manusia itu sendiri.49 3 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Tinjauan Reka Bentuk dan Ruang Persekitaran dalam Pelaksanaan Homestay Patuh Syariah di Sabah(Penerbit USIM, 2022) ;Suhailah Abdul Muin ;Norcikeyonn SamuniMohd Nor Azan AbdullahMOTAC turut memperkenalkan banyak inisiatif baru untuk memajukan Pelancongan Islam di Malaysia, termasuk memperkenalkan program Pengiktirafan Penginapan Mesra Muslim (MFAR). Tinjauan terhadap reka bentuk ruang persekitaran dalam perkhidmatan homestay telah dilaksanakan dalam satu siri kajian rintis bagi memenuhi keperluan dan kehendak penginap muslim dalam usaha memberi pengiktirafan kepada para pengusaha penginapan mesra muslim di Malaysia khususnya di Sabah. Objektif kertas kerja ini adalah untuk meninjau ciri-ciri pengaplikasian homestay patuh syariah dalam aspek reka bentuk dan ruang persekitaran meliputi bilik dan juga ruangan bangunan homestay. Selain itu, beberapa cadangan inovasi idea ciri-ciri tambahan yang perlu diaplikasikan dalam aspek reka bentuk dan ruang persekitaran berdasarkan kepada tinjauan indikator yang diteliti dalam kajian rintis. Reka bentuk kajian bersifat kualitatif dan kuantitatif yang menggunakan tiga metod utama iaitu pemerhatian, temubual mendalam dan juga senarai semak (soal selidik). Kajian ini dilaksanakan di (30) buah homestay di tiga kawasan tumpuan pelancong di Sabah iaitu sekitar Kota Kinabalu, Kundasang dan Semporna, Sabah. Sebanyak (13) indikator yang melibatkan ciri-ciri penginapan patuh syariah di dalam aspek reka bentuk dan ruang persekitaran yang telah diteliti. Hasil kajian mendapati bahawa (5) indikator sahaja yang sesuai digunakan dalam tinjauan bagi kajian ini disebabkan oleh ciri-ciri lainnya tidak menepati kapasiti homestay yang hanya bersifat milikan tunggal dan tidak bertaraf hotel. Melalui tinjauan yang dilaksanakan oleh pengkaji, terdapat beberapa inovasi idea baru dicadangkan seperti penyediaan ruang berwudhuk (khas), ruang solat, jumlah bilik tidur dan tempat penyimpanan kasut atau selipar dalam susun atur pelan lantai kemudahan penginapan yang ditawarkan oleh para pengusaha homestay di Sabah.40 13 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Sejarah Kemunculan dan Kepercayaan Gereja Ortodoks dan Roman Katolik: Satu Analisis Perbandingan(Penerbit USIM, 2022) ;Nur Azira Raihana Binti AzmiRos Aiza Binti Mohd MokhtarGereja Ortodoks adalah salah satu daripada tiga kumpulan utama Kristian, disamping Roman Katolik dan Protestan. Kedua-dua cabang agama Kristian Gereja Ortodoks dan Roman Katolik kekal sebagai cabang yang berbeza dari kepercayaan yang sama. Roman Katolik merupakan denominasi Kristian terbesar, dengan lebih daripada satu bilion pengikut di seluruh dunia. Ortodoks Timur pula merupakan denominasi Kristian kedua terbesar, dengan lebih daripada 260 juta pengikut. Ortodoks Timur termasuklah gereja kebangsaan, seperti Gereja Ortodoks Yunani dan Gereja Ortodoks Rusia. Terdapat sedikit persamaan antara Gereja Ortodoks dan Roman Katolik. Gereja Ortodoks Timur dan Roman Katolik mempunyai akar yang sama, tetapi pendekatan yang sangat berbeza tentang cara mereka mentafsir ajaran Kristian. Kajian ini bertujuan mengkaji sejarah Gereja Ortodoks serta kepercayaan mereka dan perbandingan antara Gereja Ortodoks dan Kristian Roman Katolik. Kajian ini merupakan kajian kualitatif yang menggunakan kaedah kepustakaan bagi pengumpulan data. Seterusnya, data dianalisis secara deskriptif interpretif. Kajian mendapati Gereja Roman Katolik lebih tertumpu kepada undang-undang, logik dan kuasa pusat Pope, manakala Gereja Ortodoks Timur lebih mementingkan mengekalkan kepada cabang kepercayaan dan mentadbir melalui konsensus. Sejak kedua-dua gereja berpecah dalam The Great Schism 1054, mereka telah mengembangkan teologi yang berbeza berkaitan dengan teks Bible, sifat Tuhan, sifat manusia dan cara mereka memandang agama lain.50 463 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Hubungan Etnik Berpandukan Etika Seni dalam Novel ‘Nyanyian Musim Rusuh’(Penerbit USIM, 2022) ;Maznida Mahadi ;Tengku Intan Marlina Tengku Mohd AliMardian Shah OmarHubungan etnik merupakan isu yang kerap ditampilkan pengarang dalam novel-novel remaja yang dihasilkan. Pengarang bertanggungjawab menampilkan isu berkaitan hubungan etnik dengan cermat dan tidak menimbulkan kegelisahan kepada masyarakat. Kecermatan ini disebut sebagai etika seni. Oleh itu, makalah ini dihasilkan untuk meneliti hubungan etnik berdasarkan etika seni dalam novel Nyanyian Musim Rusuh (2016). Menerusi kaedah analisis teks dengan bersandarkan Teori Etika dalam Sastera yang diperkenalkan oleh Sugiarti & Eggy Fajar Andalas (2018), komponen etika seni dalam sastera dipilih untuk dibincangkan dari perspektif pemikiran pengarang dan gaya bahasa yang ditampilkan pengarang. Pemikiran pengarang diteliti berdasarkan keupayaannya mengambarkan fenomena-fenomena realiti hubungan etnik. Manakala gaya bahasa diteliti melalui bahasa komunikatif yang digunakan dan kebolehan pengarang menjelmakan sifat intuitif dan reflektif karya secara berhemah dan berseni. Dapatan kajian menunjukkan pengarang telah mengungkapkan fenomena realiti hubungan etnik masyarakat pasca merdeka dengan berinfomatif. Gaya bahasa yang digunakan juga bersifat ekspresif, memberi kesan emotif, menawarkan keaktifan rasa dan resepsi remaja selaras dengan tahap pemikiran pembaca remaja.3 48 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Perkahwinan Sejenis Menurut Perspektif Kristian dan Islam(Penerbit USIM, 2022) ;Nurhanis Husna Bt LokmanRos Aiza Binti Mohd MokhtarPerkahwinan merupakan perkara asas yang harus dilakukan seseorang dengan persetujuan antara dua pihak sebagai langkah pertama dalam membentuk institusi keluarga. Setiap agama juga menganggap perkahwinan sebagai satu ikatan antara lelaki dan perempuan yang suci dan agung dalam kehidupan manusia. Perkahwinan sejenis pula merupakan perkahwinan dari pasangan yang sama jenis kelaminnya melalui sebuah acara keagamaan. Di Barat, khususnya di beberapa buah negara majoriti penganut Kristian, perkahwinan sejenis bukanlah perkara yang baharu malah fenomena lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) kini menjadi satu fenomena yang semakin hari semakin diterima masyarakat sebagai satu kehidupan sosial. Fenomena ini telah berkembang di seluruh dunia dan menjadi suatu amalan termasuk di Malaysia. Justeru, kajian ini bertujuan untuk mengetahui adakah agama Kristian memandang perkahwinan sejenis itu sebagai suatu ikatan yang suci dan dibolehkan dalam agama mereka memandangkan beberapa buah negara di Barat telah membenarkan perkahwinan sejenis ini. Selanjutnya, kajian ini akan mengupas pandangan Islam ke atas perkahwinan sejenis. Kajian ini merupakan kajian kualitatif yang menggunakan kaedah kepustakaan bagi pengumpulan data. Seterusnya, data dianalisis secara deskriptif interpretif. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pada dasarnya, kedua-dua ajaran agama Kristian dan Islam tidak membenarkan perkahwinan sejenis. Walau bagaimanapun, terdapat pandangan minoriti sarjana Kristian yang tidak menghalang perkahwinan sejenis. Kajian ini penting dalam merungkai permasalahan LGBT daripada akar umbi iaitu pegangan agama yang dianuti pengamal LGBT sendiri.19 489
- «
- 1 (current)
- 2
- 3
- »