2022 i-STET
Permanent URI for this collection
Browse
Browsing 2022 i-STET by Author "Afifah Abu Yazid"
Now showing 1 - 1 of 1
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Cabaran dalam Pengajaran dan Pembelajaran di Pusat Bimbingan Islam Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah(Penerbit USIM, 2022) ;Syahrul Faizaz Abdullah ;Saudah Ahmad ;Afifah Abu Yazid ;Syahrina Abdullah ;Armanurah MohamadNoor Asma JamaluddinPusat Bimbingan Islam Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (PUSBA) yang berada di bawah pentadbiran Majlis Agama Islam Negeri Kedah berperanan sebagai pusat bimbingan mualaf di peringkat lokal dan global. PUSBA telah menyediakan kelas bimbingan tentang asas fardhu ain sebagai usaha untuk memastikan mualaf dapat mengamalkan ajaran Islam yang sebenar dan terus kekal dalam Islam. Mualaf yang terdiri dari pelbagai latar belakang bahasa, budaya, agama asal dan negara telah menjadi cabaran kepada PUSBA untuk melaksanakan tanggungjawabnya dengan berkesan. Oleh itu, kertas kerja ini bertujuan menganalisis cabaran yang dihadapi oleh PUSBA dari segi pengajaran dan pembelajaran dalam melaksanakan program bimbingan mereka. Kajian ini berbentuk kualitatif dengan menggunakan teknik pengumpulan data menggunakan temu bual bersemuka dan data dianalisis secara diskriptif. Hasil analisis mendapati antara cabaran yang dihadapi oleh PUSBA dalam pengajaran dan pembelajaran merangkumi aspek tidak mempunyai modul pengajaran khusus, tahap pendidikan, bahasa ibunda, tidak dapat mengingati istilah-istilah dalam pengajaran dan malu serta tidak berkeyakinan. Kertas kerja ini mencadangkan isu-isu ini mesti ditangani secara berkesan bagi memastikan program bimbingan yang dilaksanakan dapat berjalan dengan lancar.11 49