2022 i-STET
Permanent URI for this collection
Browse
Browsing 2022 i-STET by Author "Amnah Saayah Ismail"
Now showing 1 - 1 of 1
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Peranan dan Penglibatan Wanita Sebagai Anggota Tentera(Penerbit USIM, 2022) ;Amnah Saayah Ismail ;Nurhana Mohamad Rafiuddin ;Nor Nazimi Mohd MustaffaSiti Nurhafizah Saleeza RamleePenglibatan wanita sebagai anggota tentera telah berlaku sejak zaman berzaman. Perkara ini boleh dilihat melalu dokumen dan penulisan bahawa kewujudan mereka telah diakui oleh sejarah. Penglibatan mereka dalam pentadbiran dan kepimpinan malah sebagai anggota tentera membolehkan segala perancangan dan perencanaan seperti kaedah dan strategi peperangan dapat berjalan dengan baik selain peranan mereka di sebalik tabir. Sejarah membuktikan peranan wanita sebagai penguat semangat, perawat dan pembantu dalam tugas-tugas khas yang begitu cemerlang dan berkesan. Ini menjelaskan bahawa peranan wanita turut sama diperlukan bagi memperkukuhkan kepimpinan dalam organisasi ketenteraan di seluruh dunia. Di Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia turut mengiktiraf wanita dan melibatkan mereka dalam perkhidmatan darat, laut dan udara. Anggota wanita diperlukan dan ia sekaligus berjaya mengimbangi setiap sudut kesiagaan dalam berhadapan sebarang kemungkinan dalam aspek pertahanan dan keselamatan negara. Justeru penulisan ini akan melihat perkembangan peranan dan penglibatan wanita sebagai anggota tentera dengan mengetengahkan dapatan daripada beberapa buah negara termasuk Malaysia.. Penulisan ini akan menggunakan kaedah kualitatif dengan pengaplikasian reka bentuk kajian sejarah. Manakala bagi kaedah analisis data, kajian ini menggunakan analisis kandungan. Dapatan kajian ini adalah terdapat peranan dan penglibatan wanita sebagai anggota tentera yang seragam dan berkepentingan bagi memastikan kelancaran perkhidmatan dalam aspek pertahanan ngara. Di samping itu, wanita juga diikatiraf kepimpinan mereka dan turut sama mampu berdiri bersama dengan anggota lelaki dalam pelbagai aspek kepimpinan ketenteraan dan pertahanan.16 19