2022 i-STET
Permanent URI for this collection
Browse
Browsing 2022 i-STET by Author "Daud bin Mohamed Salleh"
Now showing 1 - 1 of 1
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Ulasan Buku / Book Review: Asna Al-Matholib Fi Ahadith Mukhtalifah Al-Maratib, Karangan Al-Imam Al-Muhaddith Muhammad Ibnu Al-Sayyid Darwisy Al-Hut(Penerbit USIM, 2022) ;Mohamad Muntaha bin Hj Saleh ;Daud bin Mohamed Salleh ;Amnah Saayah bin IsmailvPara sarjana hadith kontemperori mendapati banyak buku dalam disiplin ini telah ditulis oleh ramai kalangan ulama silam. Antaranya ialah buku yang berjudul Asna al-Matholib Fi Ahadith Mukhtalifah al-Maratib. Buku ini yang ditulis oleh Mohammad ibn al-Sayyid Darwisy al-Hut al-Beiruti telah diterbitkan oleh Mustafa al-Babiy al-Halabiy wa Awladuhu, Mesir pada tahun 1924. Objektif kajian ini adalah untuk menonjolkan satu daripada bahan pengajian dalam bidang hadith yang berkaitan dengan status sesuatu hadith atau kisah yang masyhur dalam kalangan masyarakat Islam. Buku ini mengandungi 1,784 buah hadith berserta status setiap satu daripadanya yang disusun mengikut huruf abjad arab. Antara hadith tersebut ialah kelebihan amalan pada hari Asyura’ selain daripada puasa dan kisah ulat berguguran jatuh dari tubuh nabi Ayub a.s yang semuanya adalah palsu. Kaedah analisis kandungan dan kajian kepustakaan digunakan sebagai kaedah utama dalam kajian ini. Justeru, penyelidik mendapati bahawa buku ini sangat menarik kerana penjelasannya ringkas dan mudah bagi pembaca mengetahui kategori pelbagai hadith yang popular atau yang sering kali diperkatakan oleh masyarakat awam. Melalui penghayatan kepada buku ini, ia akan berupaya melatih masyarakat supaya amanah dengan ilmu dan menerima kebenaran berdasarkan hujah, dalil atau rujukannya yang sahih. Sekalipun banyak kitab hadith yang besar seperti kutub al-Tis’ah; iaitu sahih al-Bukhari, sahih Muslim, sunan al-Tirmizi, sunan Abi Daud, sunan al-Nasa’i, sunan Ibnu Majah, musnad Imam Ahmad, al-Muattha’ Imam Malik, sunan al-Darimi dan lain-lain yang boleh dipelajari, namun buku ini penting sebagai mukadimah kepada penerokaan pelbagai kitab hadith yang besar tersebut.6 40