2021 SWAT
Permanent URI for this collection
Browse
Browsing 2021 SWAT by Author "Abi Syafiq Al Hakim Bin Abd Jabar"
Now showing 1 - 1 of 1
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Al-Zamakhsyari Dan Al-Qiraat: Sorotan Surah Al-Baqarah(Universiti Sains Islam Malaysia, 2021-10-06) ;Mujahid Bin Ahmad Lutfi; ;Mohamad Redha Bin MohamadAbi Syafiq Al Hakim Bin Abd JabarTafsir al-Kasysyāf karangan al-Zamakhsyari merupakan sebuah kitab tafsir yang mempunyai kedudukan tersendiri di sisi para pengkaji dalam bidang tafsir. Mazhab muktazilah yang menjadi pegangan al-Zamakhsyari tidak menjadi penghalang bagi para ulama untuk menjadikan al-Kasysyāf sebagai rujukan dalam bidang kepakarannya terutamanya dari sudut kehebatan balaghah. Kertas kerja ini menyingkap sudut pandangan al-Zamakhsyari dalam bidang qiraat, yang merupakan satu alat yang penting bagi para mufassirīn dalam proses tafsir al-Quran. Penelitian dilakukan terhadap surah al-Baqarah yang merupakan surah terpanjang dalam al-Quran, kerana kelazimannya metode seorang mufassir itu dapat dilihat dengan jelas berdasarkan pemerhatian terhadap surah ini. Kajian ini merupakan satu kajian teks yang dilakukan terhadap kitab tafsir al-Kasysyāf. Hasil analisis menunjukkan bahawa al-Zamakhsyari mengaplikasikan penggunaan qiraat dalam tafsir beliau. Namun, metode beliau dalam ilmu qiraat tidak mengikut manhaj ulama dalam bidang qiraat, berdasarkan bahagian qiraat yang dibawakan, metode nisbah qiraat kepada qurrā’ dan komentar beliau terhadap setiap bacaan yang dinaqalkan. Walau bagaimanapun, sudut tawjīh qiraat merupakan satu kelebihan al-Zamahsyari yang boleh menjadi panduan kepada pembaca tafsir beliau.34 354