2023 INPAC
Permanent URI for this collection
Browse
Browsing 2023 INPAC by Author "Afaf Sukari"
Now showing 1 - 1 of 1
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Kaedah Pembuktian bagi Kesalahan Jenayah Sihir dalam Isu-Isu Kekeluargaan di Mahkamah Syariah Malaysia(USIM Press, 2023-03-17) ;Muhamad Darwisy Mohd Razali ;Mohamad Aniq Aiman Alias ;Nurul Nadia NozlanAfaf SukariSihir merupakan salah satu perbuatan syirik dan ia memberi kesan yang buruk kepada para pemangsa hasil daripada perbuatan penyihir yang tidak bermoral. Terlalu banyak berita mahupun keratan akhbar di laman sesawang yang menceritakan tentang impak negatif sihir dan keruntuhan institusi kekeluargaan hasil daripada perbuatan sihir. Namun, sistem perundangan Syariah di Malaysia menganggap perbuatan sihir ini merupakan satu perbuatan jenayah yang amat sukar untuk didakwa di Mahkamah Syariah. Hal ini disebabkan oleh perbuatan sihir merupakan jenayah yang sukar untuk dibuktikan dengan elemen-elemen pembuktian secara nyata. Justeru, kajian ini akan membincangkan tentang kaedah pembuktian yang digunakan dalam pensabitan kesalahan jenayah sihir dalam isu-isu kekeluargaan di Mahkamah Syariah Malaysia. Kajian berbentuk kualitatif ini akan menggunakan metode dokumentasi sebagai kaedah kajian. Data yang diperoleh kemudiannya akan dianalisis secara analisis dokumen bagi mencapai objektif kajian. Hasil kajian mendapati bahawa kaedah qarinah dan pendapat pakar merupakan kaedah pembuktian yang amat wajar digunakan dan dapat diterima sebagai keterangan yang relevan dalam pensabitan jenayah sihir di Mahkamah Syariah berdasarkan Akta Keterangan Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 [Akta 561]. Kajian ini diharapkan dapat dijadikan rujukan kepada institusi kehakiman di Malaysia, para pengkaji kini, pelajar dan agensi berkaitan dalam membincangkan isu berkaitan hal tersebut. Kajian ini juga diharapkan dapat menjadi salah satu usaha untuk memperkasakan sistem perundangan Syariah di Malaysia dengan mewujudkan satu tatacara penyiasatan dan pendakwaan secara khusus melibatkan jenayah sihir terhadap institusi kekeluargaan Islam di Mahkamah Syariah kelak.351 51