2023 INPAC
Permanent URI for this collection
Browse
Browsing 2023 INPAC by Author "Ahmad Hamidi bin Mohamed"
Now showing 1 - 1 of 1
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Kajian Kes Pertikaian Polisi dan Perundangan Tanah dalam Cadangan Pembangunan Tanah(USIM Press, 2023-03-17) ;Ahmad Hamidi bin Mohamed ;Noorfajri bin IsmailKamilah Wati binti MohdPembangunan sesuatu kawasan berkait rapat dengan proses-proses berkaitan pembangunan tanah. Proses-proses ini dikawal oleh beberapa perundangan seperti Kanun Tanah Negara [Akta 828] dan Akta Perancangan Bandar dan Desa [Akta 172]. Kes Majlis Perbandaran Subang Jaya v Visamaya Sdn.Bhd & Anor mengenai konflik syarat nyata tanah dalam Kanun Tanah Negara 1965 (kini telah disemak semula pada tahun 2020 dengan nombor [Akta 828]) (“KTN”) dengan zon guna tanah yang terdapat dalam Rancangan Tempatan yang dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) merupakan satu keputusan yang memberikan satu pengajaran besar dalam isu perundangan dan perancangan tanah. Kajian ini bertujuan untuk mendapatkan kedudukan sebenar berhubung kaitan antara akta-akta melibatkan pembangunan tanah seperti Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 [Akta 172] dan KTN. Kajian dijalankan melalui semakan kepada perundangan dan keputusan-keputusan mahkamah yang terkini serta menjurus kepada pendekatan doktrinal. Kajian mendapati bahawa Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 [Akta 172] (“Akta 172”) merupakan undang-undang utama yang dirujuk dalam suatu perancangan projek untuk sesuatu pembangunan. Manakala KTN pula undang-undang tanah terpenting yang digunakan di Semenanjung Malaysia yang berkuat kuasa pada 1 Januari 1966 berkaitan urusan tanah. Konflik perundangan yang dinyatakan perlu diperhalusi dan disokong dengan pemahaman yang mendalam berkaitan proses dan niat asal penggubalan perundangan berkaitan.45 11