2019 SWAT
Permanent URI for this collection
Browse
Browsing 2019 SWAT by Author "A Irwan Santeri Doll Kawaid"
Now showing 1 - 1 of 1
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Ayat 6 Surah al-Hujurat Sebagai Asas Menilai Kredibiliti Perawi Hadis(Penerbit USIM, Universiti Sains Islam Malaysia, 2019-10-08) ;A Irwan Santeri Doll Kawaid; ;Helimy ArisShumsudin YabiUlama hadis meletakkan sebahagian besar kreteria hadis sahih atau yang diterima dalam meneliti kredibiliti perawi yang meriwayatkannya. Kreteria-kreteria hadis sahih secara keseluruhan adalah sanadnya mestilah bersambung, perawi-perawi yang meriwayatkannya mestilah bersifat al- ‘Adalah, mereka juga mesti bersifat al-Dhabit, tidak terdapat al-Syuzuz dan tidak terdapat al-“Illah pada riwayat tersebut. Langkah mengambil kira kredibiliti perawi sebagai syarat hadis sahih dilihat sejajar dengan ajaran Quran daripada surah al-Hujurat, ayat 6 yang mengarahkan umat Islam agar meneliti berita yang disampaikan oleh orang yang fasik. Ayat tersebut secara tidak langsung telah meletakkan sifat pembawa berita sebelum menyuruh umat Islam agar meneliti berita yang disampaikan atau dengan kata lain ayat ini menggambarkan sifat seorang pembawa berita sebelum memerintahkan berita yang dibawanya diteliti. Ayat tersebut walaupun secara zahirnya berbentuk umum iaitu tidak mengkhususkan perintah tersebut dibuat terhadap pembawa hadis Nabi SAW, tetapi ia kemudiannya telah menjadi mekanisma utama dalam menerima kesahihan sesuatu hadis iaitu dengan meneliti kredibiliti perawi. Kertas kerja ini bertujuan untuk menelusuri penentuan kreteria kredibiliti perawi yang dijadikan syarat oleh para ulama dalam penerimaan kesahihan hadis Nabi SAW berpandukan ajaran Quran tersebut.39 243