2019 SWAT
Permanent URI for this collection
Browse
Browsing 2019 SWAT by Author "Abdul Rahim Ahmad"
Now showing 1 - 1 of 1
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Analisis Aspek Bahasa dalam Manuskrip Ta'mim al-Manafi' bi Qira’at alImam Nafi'(Penerbit USIM, Universiti Sains Islam Malaysia, 2019-10-08); ;Abdul Rahim AhmadManuskrip Tacmim al-Manafic bi Qira’at al-Imam Nafic mempunyai kekuatannya yang tersendiri. Ia memaparkan kewibawaan, kecekalan serta kerajinan seorang ulama Nusantara di peringkat dunia. Analisis dari aspek bahasa yang dibuat dalam kajian ini adalah bertujuan untuk mengukur kewibawaan al-Tarmasiy dalam penulisan bahasa arab beliau. Bagi seseorang ilmuan yang membesar di Nusantara dan hanya mendapat pendedahan tentang penghasilan karya dalam bahasa arab ketika usianya menginjak dewasa, adalah menjadi tanda tanya perihal kewibawaan bahasa penulisannya. Metodologi yang digunakan adalah berbentuk kualitatif. Penyelidikan yang dijalankan adalah berdasarkan manuskrip yang merupakan instrumen utama. Pengumpulan data dalam bentuk perkataan dianalisis secara induktif. Fokus dibuat kepada makna yang dikandunginya serta dijelaskan ketika berlaku kesamaran. Penyelidikan kualitatif sebegini menghasilkan dapatan yang bukan melalui prosedur statistik atau lain-lain bentuk pengiraan. Hasilnya didapati bahawa al-Tarmasiy menguasai ilmu bahasa arab serta dapat menerapkan pengetahuannya itu dengan baik. Walaupun terdapat beberapa kesalahan bahasa di sepanjang halaman-halaman manuskripnya, ia tidaklah banyak. Malahan ia adalah kesalahan biasa bagi mana-mana penulis Nusantara ketika berkarya dalam bahasa arab. Implikasi di sebalik kekurangan ini adalah ia berupaya mengukuhkan bukti manuskrip tersebut adalah buah tangan al-Tarmasiy sendiri. Kajian sebegini juga mampu menonjolkan kehebatan karya-karya ulama Nusantara serta mengangkatnya ke peringkat yang lebih tinggi.4 54