2019 SWAT
Permanent URI for this collection
Browse
Browsing 2019 SWAT by Author "Abdulloh Salaeh"
Now showing 1 - 2 of 2
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Kisah Nabi Musa Dalam Surah Al-Kahfi – Membentuk Ciri-Ciri Penuntut Ilmu Cemerlang(Penerbit USIM, Universiti Sains Islam Malaysia, 2019-10-08) ;Mohd Fauzi Mohd AminAbdulloh SalaehAl-Quran adalah kitab yang diturunkan Allah yang memberi petunjuk dan hidayah kepada manusia. Dalamnya terdapat berbagai kisah dan teladan yang boleh memberi pengajaran dalam semua bidang kehidupan. Al-Quran memaparkan kisah dan cerita para nabi serta kehidupan mereka. Di sebalik kisah-kisah tersebut tersimpan pengajaran berharga dan banyak rahsia. Kisah Nabi Musa dan Lalaki Salih (nabi Khidhir) dalam surah al-Kahfi dapat dicungkil pengajarannya bagi memperkasakan modal insan. Kisah nabi Musa dan lelaki yang salih bersamanya berkisar mengenai azam yang kuat beliau untuk keluar menuntut ilmu pengetahuan melalui guru yang berwibawa, beliau sanggup menempuh segala rintangan dan cabaran yang mencabar. Kisah ini menunjukkan ciri-ciri penting yang perlu wujud dalam menuntut ilmu pengetahuan. Ciri-ciri penting yang perlu ada telah dijelas dalam kisah ini pertamanya keluar daripada tempat asal bertujuan mencari ilmu dan pengalaman, kedua menanam keazaman dan kemahuan yang tinggi, ketiga mempunyai sifat ‘ubudiah, keempat mempunyai sifat tawadhu’ dan kelima hendaklah mempunyai sifat sabar. Kelima-lima ciri yang diajarkan melalui kisah nabi Musa dan nabi Khidir ini sangat penting bagi para penuntut ilmu pada setiap masa dan tempat.1011 72 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Peranan Mujahadah Dalam Terapi Psiko Spiritual: Analisis Terhadap Model Rawatan Penagihan Dadah Berlandaskan Quran dan Sunnah(Penerbit USIM, Universiti Sains Islam Malaysia, 2019-10-08) ;Amin M. Z. M. ;Mohd Saiful Amri Zainal AbidinAbdulloh SalaehIsu penagihan dadah ini berterusan dan tidak menunjukkan pencapaian yang memberangsangkan walaupun telah diisytiharkan sebagai musuh Negara. Penagihan dadah dianggap salah satu ancaman kepada keselamatan Negara dan usaha membendung gejala penagihan dadah dan pemulihan dadah melibatkan kos yang sangat tinggi dan tidak bersifat produktif. Masalah “penagih relaps” yang tinggi dan menunjukkan trend peningkatan menggambarkan bahawa proses pemulihan dadah yang sedia ada masih belum cukup berkesan. Terapi psiko spiritual didapati berkesan dalam pencegahan dan rawatan ketagihan dadah serta dapat Mengatasi penagihan relaps dan dipraktikkan di beberapa pusat rawatan dadah kerajaan dan juga swasta. Salah satu komponen terpenting dalam terapi psiko spiritual ialah konsep ‘Mujahadah’. Setiap institusi rawatan dadah mempunyai pendekatan ‘Mujahadah’ tersendiri. Sekiranya kepelbagaian dalam perlaksanaan ‘Mujahadah’ ini jika dapat disatukan akan melahirkan model ‘Mujahadah’ yang terbaik dalam pemulihan penagih dadah. Objektif utama kajian yang dijalankan adalah untuk meneliti kaedah perlaksanaan elemen ‘Mujahadah’ dalam konteks pemulihan penagih dadah. Justeru satu kajian kualitatif dijalankan di lima pusat rawatan dadah terpilih. Data diperoleh melalui analisis teks, temu bual dan observasi perlaksanaannya di CCRC Tiang Dua, CCRC Sungai Ruan, Pondok Remaja Inabah Negeri Sembilan, Teratak Tautan Kaseh Murabbi, dan Persatuan Pengasih Malaysia. Kajian mendapati bahawa perlaksanaan ‘Mujahadah’ terbahagi kepada tiga bahagian (i) Takhalli [Pembersihan], (ii) Tahalli [Pengisian] dan (iii) Tajalli [Pengukuhan]. Proses ‘Mujahadah’ dalam kalangan pelatih sangat berkait rapat dengan sistem sokongan dan ilmu teras agama. 'Mujahadah’ juga perlu dijalankan dengan proses “Muraqabah al-Nafs” dan “Riyadhah alNafs” yang berterusan.8 394