2023 ARIF
Permanent URI for this collection
Browse
Browsing 2023 ARIF by Author "Abdul Aziz Bin Ishak"
Now showing 1 - 1 of 1
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Kepentingan Menjaga Aurat antara Mahram Menurut Al-Quran dan Sunnah(Penerbit USIM, 2023-01-28) ;Abdul Aziz Bin Ishak ;Muhammad Fariq Hafiy Bin Ahmad TajudinMuhammad Syukri Bin Mohd YusofMenurut ajaran Islam, seorang hamba yang beriman mestilah menunjukkan rasa kesyukuran kepada Allah SWT adalah dengan melakukan segala suruhan dan meninggalkan segala kemungkaran. Menutup aurat adalah satu kewajipan dalam Islam. Berpakaian menutup aurat sewajarnya dilakukan kerana Allah SWT menutup aurat juga dan hendaklah didasari dengan iman dan taqwa iaitu dengan mengharapkan keredhaan Allah semata-mata, bukan atas dasar hak asasi atau rutin harian. Allah SWT juga memerintahkan umat islam menutup aurat untuk memelihara maruah dan kehormatan serta menghindarkan mereka daripada kejahatan dan dosa. Kepentingan menutup aurat banyak diperkatakan dalam dalil utama, iaitu Al-Quran dan Sunnah. Tuntutan untuk manusia menutup aurat juga banyak diterangkan dengan jelas dalam kedua-dua sumber tersebut. Namun begitu, pada masa kini umat manusia sering leka dan alpa dalam perihal kepentingan menjaga aurat. Oleh itu, kajian itu bertujuan untuk menganalisis kepentingan menjaga aurat antara mahram menurut Al-Quran dan Sunnah. Metode kajian yang digunakan dalam kajian ini adalah kaedah kualitatif penelitian pustaka dan tinjauan melalui bahan-bahan rujukan. kajian ini akan membincangkan tentang kepentingan menjaga aurat tantara mahram berdasarkan dalil utama dengan membawa dalil dan hujah berkaitan kepentingan menjaga aurat.1159 67