2023 ARIF
Permanent URI for this collection
Browse
Browsing 2023 ARIF by Title
Now showing 1 - 20 of 98
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Adab Penyebaran dan Penerimaan Hadith di Aplikasi Tiktok(Penerbit USIM, 2023-01-28) ;Nur Aini Binti Romli ;Athirah Binti Asri ;Syamimi Binti RosleAplikasi TikTok merupakan satu medium digital yang tidak asing lagi dalam kalangan masyarakat, baik kanak-kanak, golongan dewasa serta golongan tua. Aplikasi ini semakin dikenali dan popular bermula tahun 2017. Pada awalnya, aplikasi ini digunakan oleh golongan remaja dengan hanya memuat naik video pendek sebagai hiburan semata-mata. Akan tetapi, penggunaan aplikasi TikTok yang semakin meluas dan pantas dari sudut penyebaran maklumat, ilmu, isu semasa dan sebagainya telah menimbulkan permasalahan dari sudut adab menyebar dan menerima terhadap sesuatu maklumat dan ilmu terutama dalam ilmu hadith. Dibimbangi sekiranya pengguna menyebar dan menerima hadith tersebut secara membuta tuli tanpa menyemak status hadith terlebih dahulu dari sudut sahih, dhaif atau maudhu’. Justeru, kajian ini bertujuan untuk menerangkan senario penyebaran hadith di aplikasi TikTok disamping mendisiplinkan masyarakat akan peri pentingnya adab dalam menyebar dan menerima sebarang maklumat ataupun ilmu terutamanya dalam bidang hadith yang merupakan sebahagian dari disiplin ilmu hadith. Jenis kaedah yang digunakan dalam kajian ini adalah kaedah kualitatif dan kuantitatif iaitu melalui kajian kepustakaan dan tinjauan melalui bahan-bahan rujukan serta soal selidik. Hasil kajian mendapati bahawa aktiviti penyebaran hadith yang semakin meluas di aplikasi TikTok telah menyebabkan masyarakat mudah untuk menyebarkan dan mendapatkan ilmu berkaitan hadith. Namun dibimbangi sekiranya pengguna menyebar dan menerima hadith tersebut secara langsung tanpa mengetahui status hadith akibat kekurangan ilmu pengetahuan dalam memahami ilmu tersebut. Oleh itu, penyebar ilmu dan pengguna perlulah menanam sikap “tabayyun” di dalam diri sebelum menyebarkan dan menerima sebarang ilmu agar tidak berlaku penyelewengan khususnya dalam ilmu agama. Kesimpulannya, aplikasi TikTok memberikan banyak manfaat kepada pengguna dan memudahkan masyarakat dalam menerima dan menyebarkan ilmu agama. Justeru, diharapkan dengan adanya kajian ini dapat mendisiplinkan masyarakat dengan mengetahui adab-adab dalam menyebar dan menerima ilmu terutamanya ilmu hadith.37 148 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Analisis Aplikasi Youtube dalam Mendepani Cabaran Dunia Dakwah Pada Hari Ini(Penerbit USIM, 2023-01-28) ;Sufyan Tsauri Bin Muhammad Fuad ;Norhisyam Bin ZarmiTujuan artikel ini adalah untuk menganalisis YouTube sebagai medium dakwah kepada pendakwah Islam di era moden yang penuh dengan cabaran dan inovasi media sosial yang pesat. YouTube adalah salah satu platform media sosial yang boleh digunakan untuk berdakwah; pada masa ini, YouTube ialah platform perkongsian video yang paling popular. Penggunaan YouTube sebagai medium dakwah telah memberi impak yang besar kepada perkembangan kandungan dakwah digital yang semakin kompetitif. Kerana digitalisasi dakwah Islamiah di YouTube, Da‘i (pendakwah) menjadi lebih proaktif dalam membuat kemas kini dan penyesuaian. Penguasaan Da‘i terhadap media dakwah melalui Youtube merupakan salah satu faktor penentu dalam mendigitalkan dakwah. Akibatnya, Da‘i yang menggunakan YouTube sebagai medium dakwah dalam era digital perlu sentiasa berinovasi. Da‘i boleh membuat video material dengan menggabungkan kesan merangsang seperti visualisasi animasi, penerangan unik untuk mata bahan utama dan bunyi belakang muzik keagamaan. Da‘i juga menggunakan perisian penyuntingan imej seperti CorelDRAW dan Photoshop serta perisian penyuntingan video seperti Filmora, VideoPad dan Adobe Premiere dalam proses penciptaan bahan. Proses penghasilan video dakwah memerlukan inovasi agar bahan dakwah dapat sampai kepada masyarakat khususnya generasi milenial dan generasi Z.61 88 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Analisis Kaedah Pengajaran Hafazan dan Murajaah Al Quran secara Atas Talian Sepanjang Era Pandemik di Maahad Tahfiz Al Quran Wal Qiraat Pulai Chondong Machang Kelantan(Penerbit USIM, 2023-01-28) ;Muhammad Ikhwan Bin Lam Hawari ;Muhammad Izzuddin Bin Muhd Shauki ;Muhammad Syahmi Bin ShakhruddinPendidikan Tahfiz merupakan elemen penting dalam dunia Pendidikan hari ini. Merujuk kepada usaha untuk memartabatkan Institusi Al Quran di Malaysia, Kerajaan mengambil pendekatan memperkenalkan Dasar Pendidikan Tahfiz Negara sebagai perancangan utama melahirkan generasi Teknokrat yang berintegriti dan mengadaptasikan Al Quran dalam kehidupan. Namun, dunia dikejutkan dengan pandemik Covid 19 pada Mac 2020 sehingga melumpuhkan hampir keseluruhan negara dan memberi impak dalam semua faktor. Justeru itu, Langkah yang produktif telah dirangka bagi meneruskan pengajaran Hafazan dan Murajaah Al Quran khususnya di Maahad Tahfiz Al Quran Wal Qiraat Pulai Chondong. Perkembangan teknologi semasa seperti Google Meet, Zoom, Microsoft Team dan lain-lain platform dapat menggantikan medium pengajaran secara bersemuka. Namun, aspek kekurangan dari sudut peranti, data internet dan suasana pembelajaran telah menimbulkan implikasi kepada pembelajaran Al Quran secara umumnya. Kajian ini bertujuan untuk menganalisis kaedah pengajaran hafazan dan murajaah Al Quran secara atas talian sepanjang era pandemik. Jenis kaedah yang digunakan dalam kajian ini ialah kaedah kuantitatif iaitu melalui kajian analisis statistik yang bersifat objektif dan berorientasikan kepada tinjauan di lapangan. Kaedah ini juga bersumberkan penyelidikan yang dikaitkan dengan data numerik dan ketepatan. Hasil kajian mendapati kaedah pengajaran hafazan dan murajaah Al Quran atas talian mempengaruhi ketetapan dan garis panduan sekolah. Medium ini merupakan penyelesaian holistik dengan keadaan semasa ketika dunia mendepani masalah kesihatan global. Kesimpulannya, kewujudan aplikasi yang semakin berkembang telah memudahkan urusan seharian masyarakat seterusnya dapat memberikan manfaat kepada sistem Pendidikan seperti institusi Tahfiz pada hari ini. Justeru itu, semua pihak perlulah mengambil bahagian dengan kepesatan teknologi ini untuk meningkatkan Ilmu dan mengadaptasikan dalam dunia Al Quran. Kami mengharapkan kajian ini dapat memberi manfaat kepada masyarakat umum dalam mempelbagaikan kaedah pengajaran hafazan dan murajaah Al Quran secara atas talian seterusnya konsisten mendepani kemajuan semasa dalam era globalisasi.38 993 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Analisis Keberkesanan Pengajian Al-Quran secara Atas Talian dalam Kalangan Remaja di Nilai(Penerbit USIM, 2023-01-28) ;Rabiatul Adawiyah Binti Zulkepli ;Nurdini Shahidah Binti Mohd Rizal ;Nurfatihah Jannah Binti Mohd KamalDunia hari ini sedang berhadapan pandemik COVID 19. Situasi telah menjejaskan pelbagai aspek kehidupan manusia termasuk aktiviti pengajian Al-Quran yang dilaksanakan secara atas talian. Mengaji al-Quran secara atas talian menggunakan kaedah yang interaktif mempunyai tarikan tersendiri bagi menggalakkan kanak-kanak menguasai dan meningkatkan kemahiran bacaan berkenaan. Perkembangan pesat dalam dunia teknologi zaman kini ibarat cendawan yang tumbuh selepas hujan. Fenomena ini menggambarkan bahawa perkembangan pesat dalam teknologi maklumat dan komunikasi pada abad ini membuka lebih banyak ruang untuk pengintegrasian pelbagai aplikasi dalam memperkasa sistem pembelajaran al-Quran. Maka tujuan kajian ini dilakukan bagi mengetahui keberkesanan pengajian al-Quran dan iqra’ secara atas talian yang terdiri daripada pelbagai remaja di Malaysia. Kaedah soal selidik secara deskriptif telah digunakan dalam kajian kuantitatif ini bagi memperoleh data yang dikehendaki. Dalam kajian ini, seramai 30 orang remaja telah disoal selidik bagi membantu menghasilkan kajian ini. Secara umumnya, dapatan analisis mendapati responden telah menyatakan pandangan yang baik kepada skop yang dikaji dengan purata yang tinggi. Kajian ini dapat membantu memberikan gambaran keseluruhan tentang Pengajian al-Quran secara atas talian dan kecekapan yang berkaitan dengannya serta menentukan keberkesanan pengajian dengan kaedah ini. Kesimpulannya, implikasi daripada wabak pandemik Covid-19 ini melahirkan kita semua ke dunia norma yang baharu. Seluruh umat manusia sedunia perlu membiasakan diri dalam menempuh keadaan norma baharu ini dalam segenap aspek. Oleh itu, solusi dalam prospek pendidikan adalah, penukaran daripada kaedah bersemuka kepada kaedah atas talian. Ini juga termasuk dalam pengajian al-Quran, di mana para guru al-Quran telah menambahbaikkan kaedah PdP mengikut arus semasa kini.61 1000 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Analisis Manhaj Pengajaran dan Pembelajaran Qiraat: Suatu Sorotan Sejarah(Penerbit USIM, 2023-01-28)Zainora binti DaudIlmu qiraat merupakan ilmu tentang cara-cara sebutan kalimah-kalimah al-Quran dengan perlaksanaan yang disepakati dan diperselisihkan bersandarkan sanad yang ṣaḥīḥ yang diriwayatkan oleh imam-imam qiraat merangkumi ḥadhaf, ithbāt, taḥrīk, taskīn, al-faṣl, al-waṣl dan seumpamanya dari aspek pendengaran. Perkembangan manhaj pengajian ilmu qiraat juga dilihat seiring dengan perkembangan multimedia dan faktor persekitaran seperti isu endemik baru-baru ini, namun masih terpelihara dalam tuntutan displin ilmunya. Namun begitu, kertas kerja ini hanya bertujuaan untuk mengkaji manhaj pengajaran dan pembelajaran Qiraat sejak era Rasullulah SAW hingga zaman pembukuannya. Kajian ini berbentuk kajian deskriptif dengan menggunakan kajian kepustakaan melalui analisis kandungan dengan cara mengumpul data-data berkaitan dari kajian-kajian tinjauan melalui buku, artikel jurnal dan kertas kerja. Hasil kajian mendapati bahawa manhaj pengajaran dan pembelajaran Qiraat yang dilaksanakan di zaman Rasulullah SAW dalam bentuk hafazan, talaqqī dan mushāfahah, tikrār, kefahaman serta syarahan. Bahkan pada zaman para sahabat RA sehingga ke sembilan hijrah manhaj ini semakin berkembang sehingga ke bentuk kitābah.29 323 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Aplikasi Tabayyun dalam Penerimaan Hadith dan Faedahnya dalam Mengatasi Penyebaran Hadith Palsu(Penerbit USIM, 2023-01-28) ;Siti Nordiana binti Katek ;Nur Athirah binti Hasmain ;Nurul Izzati binti ZahariSyed Najihuddin Bin Syed HassanHadith merupakan sumber kedua yang terpenting dalam Islam selepas al-Quran. Seiring dengan kemajuan teknologi seperti internet dan media sosial, ia menjadi salah satu platform kepada masyarakat untuk merujuk kepada sesuatu hadith. Namun, perkembangan hadith di media sosial dapat dilihat dengan bercampurnya hadith palsu dengan hadith sahih yang boleh diterima sebagai hujah, sehingga menyebabkan para ulama’ zaman berzaman berusaha untuk memelihara keaslian hadith daripada dicemari oleh anasir luar. Antara kaedah yang diberi fokus adalah kaedah Tabayyun dalam menerima sesuatu hadith yang bertujuan untuk memelihara ketepatan makna hadith yang disampaikan sebelum disebarkan kepada pihak lain. Sebaliknya, pengabaian terhadap konsep ini boleh menjejaskan keadaan sah sesuatu hadith disebabkan tergopoh-gopoh dalam penerimaan sesuatu hadith tersebut tanpa melakukan sebarang proses tapisan. Disamping itu, kajian ini akan menerangkan konsep Tabayyun dan aplikasinya dalam penerimaan hadith serta faedahnya dalam mengatasi penyebaran hadith palsu dalam kalangan masyarakat yang semakin pesat mutakhir ini. Untuk mencapai objektif tersebut, pengkaji menggunakan kaedah kualitatif iaitu analisis dokumen perpustakaan dengan meneliti literatur yang berkaitan bagi memperolehi data-data kajian dan seterusnya dianalisis secara deskriptif. Hasil kajian mendapati bahawa aplikasi konsep tabayyun ini dapat menjadi kaedah berkesan dalam menyekat penyebaran hadith palsu di Malaysia. Dapat kita lihat beberapa faedahnya seperti dalam memastikan kesahihan sesuatu berita yang diterima, menghidupkan sunnah para ulama’ terdahulu, melatih ketelitian penyampai berita, mendidik sikap berhati-hati dan mengelak salah faham dalam penerimaan sesuatu hadith. Pengaplikasian konsep ini penting kerana dapat membantu dalam mencegah penyebaran hadith-hadith palsu yang semakin mudah tersebar mutakhir ini akibat lambakan medium penyampaian maklumat hasil perkembangan teknologi terkini.49 424 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Etika dan Sunnah Nabi Muhammad SAW dalam Aspek Pemakanan(Penerbit USIM, 2023-01-28) ;Ahmad Aiman Bin Narizam ;Muhammad Hakim Bin MansorEtika dalam pemakanan merupakan suatu perkara yang amat dititikberatkan dalam agama islam. Antara etika dalam pemakanan yang perlu diperhatikan ialah etika sebelum, semasa, dan selepas makan dan minum. Seseorang Muslim perlulah mengetahui adab dan etika ketika makan dan minum mengikut panduan yang telah diajarkan oleh Rasulullah SAW bagi membentuk keperibadian Muslim yang sejati. Tujuan makan dan minum dengan beradab membuktikan seseorang itu bersyukur kepada Allah SWT dengan apa yang dikurniakan kepadanya. Peraturan dan ketetapan yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW harus dicontohi supaya mendapat keberkatan daripada Allah SWT kerana segala yang dilakukan oleh baginda meliputi segala aspek dalam kehidupan. Setiap golongan perlu mengamalkan etika makan dan minum terutamanya kanak-kanak harus mendapat pendidikan awal tentang adab-adab sebelum, semasa dan selepas makan. Kajian ini bertujuan untuk menganalisis tahap kefahaman masyarakat terhadap etika dan sunnah nabi muhammad saw dalam pemakanan dalam kalangan penduduk di Taman Desa Kasia, Nilai. Jenis kaedah yang digunakan dalam kajian ini adalah kaedah kuantitatif iaitu melalui kajian soal selidik yang melibatkan responden seramai 50 orang. Kesimpulannya, masih ramai dalam kalangan masyarakat islam yang tidak mengetahui tentang etika dan sunnah nabi dalam pemakanan.79 277 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Etika Islam dalam Penjagaan Aurat: Kajian dalam Media Sosial(Penerbit USIM, 2023-01-28) ;Noor Syakirah Binti Abdul Rashid ;Amirah Nazifah Binti Isnaini ;Nur Suwaibah Binti Mohammad MahiMedia sosial pada zaman kini makin giat digunakan dan sudah tidak asing lagi. Begitu juga dengan aurat yang merupakan bahagian anggota badan sama ada lelaki atau perempuan yang wajib ditutup dan haram untuk dipamerkan atau dilihat oleh umum. Aurat di dalam media sosial hendaklah perlu dijaga sebagaimana yang telah dituntut oleh syarak. Namun ada sesetengah golongan yang mengambil mudah tentang penjagaan aurat di dalam media sosial. Tujuan kajian adalah untuk mengkaji dan mendalami tentang tatacara atau etika penjagaan aurat sebagaimana yang digaris dalam al-Quran dan hadis meskipun dalam dunia maya. Jenis kaedah yang digunakan dalam kajian ini adalah kaedah kualitatif iaitu melalui kajian kepustakaan dan tinjauan melalui bahan-bahan rujukan. Potongan daripada ayat suci al-Quran serta hadis sahih juga dijadikan sebagai rujukan utama di dalam kajian ini. Hasil kajian ini dapat memberikan fahaman yang lebih jelas tentang batas dan juga hukum sekiranya tidak menutup aurat secara sempurna serta mendedahkannya untuk tatapan umum yang boleh mengundang pelbagai perkara buruk. Kesimpulannya, aurat di dalam media sosial juga perlu dijaga serta sikap wara’ dan berhati-hati hendaklah diutamakan.95 2261 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Etika Wanita di Media Sosial: Kajian Menurut Perspektif Nabawi(Penerbit USIM, 2023-01-28) ;Siti Nabihah Binti Izham ;Nurul Izzah Iman Binti BadruddinNurul Quraisyah Binti OmarMedia massa merupakan medium ataupun jaringan komunikasi yang memudahkan interaksi sosial antara masyarakat. Namun begitu, kewujudan peralatan canggih dan media sosial banyak memberi impak dalam kehidupan manusia terutamanya kaum wanita pada hari ini. Kajian ini bertujuan mengenal pasti hadis-hadis berkaitan etika dan adab wanita dalam bersosial. Kajian ini juga mengkaji tentang kesan pelanggaran etika oleh wanita dalam media sosial. Bagi mencapai objektif tersebut, kajian kualitatif ini menggunakan pendekatan kepustakaan sepenuhnya dengan mengumpul dan menganalisis isu berkaitan dengan media sosial sama ada dari artikel jurnal, laporan akhbar dan laman sesawang. Kajian ini juga menganalisis hadis berkaitan wanita dengan merujuk kepada kitab-kitab hadis dan syarahnya. Hasil kajian mendapati wujud pelbagai isu atau kes berkaitan wanita dalam penyalahgunaan media sosial seperti menari di dalam TikTok. Maka penggunaan media sosial itu perlu diselaraskan dengan etika dan akhlak Islam sebagai panduan berinteraksi di media sosial. Tambahan pula, telah berpesan Nabi Muhammad SAW sebagai peringatan bagi umatnya supaya sentiasa berwaspada dan berhati-hati dalam semua bentuk fitnah yang ada di atas muka bumi. Kesimpulannya, media sosial telah menjadi alat komunikasi yang paling diperlukan dalam era globalisasi kini, maka etika diperlukan dalam penggunaannya.610 34 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Faktor Penyumbang Penguasaan Maharat Al-Quran dalam Kalangan Pelajar di Sekolah Menengah Agama Persekutuan Bentong(Penerbit USIM, 2023-01-28) ;Mohammad Aiman Farid Abd RazakMuhamad Fadlly IsmailRentetan penerimaan masyarakat terhadap sistem pengajian al-Qura>n, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah melancarkan program Tahfiz Model Ulul Albab (TMUA) di sekolah-sekolah kerajaan secara berperingkat. Program TMUA ini menawarkan dua mata pelajaran bawah Kurikulum Bersepadu Tahfiz (KBT) iaitu Hifz} al-Qur’an dan Maharat al-Qur’an. Namun begitu, hasil keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) menunjukkan pencapaian mata pelajaran Maharat al-Qur’an tidak cemerlang berbanding Hifz} al-Qur’an. Oleh itu, objektif kajian ini adalah mengkaji tahap penguasaan Maharat al-Qur’an dalam kalangan pelajar di Sekolah Menengah Agama Persekutuan Bentong, apakah faktor yang menyumbang dan sejauh mana faktor tersebut mempengaruhi penguasaan Maharat al-Qur’an dalam kalangan pelajar. Pengkaji menggunakan reka bentuk kajian kuantitatif dengan menggunakan kaedah tinjauan (survey) melibatkan pungutan dan analisis data secara deskriptif dan inferensi. Pengkaji menggunakan intrumen soal selidik dalam mendapatkan data kajian yang mana nilai kebolehpercayaan instrumen adalah α =0.84. Jumlah populasi yang terlibat adalah seramai 132 orang pelajar tingkatan 5 tahun 2019 dan pengkaji memilih persampelan rawak berstrata serta merujuk penetapan saiz sampel Krejcie dan Morgan (1970) bagi menentukan saiz sampel yang perlu diambil. Data yang diperoleh dianalisis menggunakan Statistical Package for Social Science (SPSS) untuk mendapatkan kekerapan, peratusan dan min. Hasil kajian mendapati tahap penguasaan pelajar bagi kompenen Tila>wah sahaja pada tahap yang baik manakala kompenen lain seperti Tajwid, Rasm Uthmani, Manhaj dan Amali Qiraat pada tahap sederhana. Hasil kajian juga mendapati daripada tiga faktor yang dikaji, hanya faktor kemampuan Bahasa Arab dan faktor peranan ibu bapa menunjukkan hubungan yang signifikan (p<0.05) terhadap penguasaan Maharat al-Qur’an dalam kalangan pelajar manakala faktor kualiti pengajaran guru tidak menunjukkan hubungan yang signifikan. Selain itu, hasil kajian mendapati daripada tiga faktor yang dinyatakan, faktor peranan ibu bapa paling kuat (β=0.32) mempengaruhi penguasaan mata pelajaran Maharat al-Qur’an dalam kalangan pelajar. Kajian ini diharapkan dapat memberikan sumbangan kepada pihak berautoriti, pelaksana dan pengkaji lain dalam menambah baik program TMUA dalam pendidikan negara.485 27 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Haiwan Fasiq Menurut Perspektif Al Quran dan As Sunnah(Penerbit USIM, 2023-01-28) ;Nur Ezzati Binti Anizam ;Ifrah Hanani Binti BasorudinWirda Binti AzlanZaman kini terus beredar mengikut kemajuan global, al-Quran dan hadis dilihat tetap realistik bagi memberi kefahaman kepada umat Islam dalam pelbagai aspek kehidupan. Al-Quran bukan sahaja membicarakan hubungan manusia dengan Allah SWT dan sesama manusia, malah turut merangkumi perihal dengan makhluk hidup yang lain. Hal ini dikatakan demikian kerana di dalam surah al-Maidah (5): 95, secara kasarnya ada menyebutkan hubungan antara orang yang berihram dengan haiwan. Maka, jika diteliti dengan lebih lanjut, terdapat beberapa kelompok haiwan di dalam Islam yang perlu difahami dalam menilai skop interaksi antara orang yang berihram dengan haiwan. Antara yang tergolong dalam kategori itu ialah kelompok haiwan fasiq. Hal ini sangat penting kerana sudut perbahasan tidak hanya terhad bagi orang berihram, bahkan turut digunakan bagi orang Muslim yang lain. Malah, pandangan al quran dan hadis berkaitan haiwan fasiq amat berbeza dengan pandangan masyarakat kini. Sehubungan itu, kajian ini akan merungkaikan perbahasan berkaitan haiwan fasiq menurut perspektif al quran dan hadis serta rumusan fuqaha' mengikut aspek hubungannya dengan orang Muslim.542 35 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Issues and Challenges of Education in Patani(Penerbit USIM, 2023-01-28) ;Abdulramae Sulong ;Ruslan AmingNuman HayimasaeArtikel ini bertujuan mengkaji tentang isu dan cabaran pendidikan di Patani. Kajian ini adalah merupakan kajian deskriptif yang menghurai tentang isu-isu yang berlaku dalam dunia pendidikan di Patani. Pedidikan di Patani menghadapi beberapa masalah yang perlu selesaikan antaranya; 1) pendidikan dalam sebahagian institusi keluarga yang tidak mengambil berat tentang urusan agama kepada anak mereka, 2) sekolah TADIKA yang tidak berjaya membasmikan buta huruf, 3) kurikulum sekolah menengah yang memotong masa belajar dan subjek ilmu agama yang menjadi asas bagi menjadi seorang ulama 4) institusi pengajian tinggi tidak mampu mengajar ilmu agama scara mendalam mengikut apa yang sepatutnya 5) tidak ada budaya membaca di setiap lapisan. Selain isu pendidikan didapati beberapa cabaran yang perlu dihadapai oleh pendidik-pendidik di Patani seperti 1) pelajar TADIKA tidak pandai membaca dan menulis kerana kekurangan guru yang berkemahiran dalam pendidikan Bahasa 2) pelajar agama tidak dapat menguasai bahasa Arab mengikut matlamat yang ditetapkan dalam kurikulum 3) menghabiskan masa yang sedukit dengan alat media massa.23 38 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Jakim: Peranan dan Sumbangannya Terhadap Masyarakat Islam di Malaysia(Penerbit USIM, 2023-01-28) ;Siti Nur Wafiqah Mohamed Zain ;Siti Nurafiqah Zahirah Salikin ;Siti Norshafiqah AbdullahJAKIM atau nama lengkapnya Jabatan Kemajuan Islam Malaysia adalah sebuah institusi utama pengurusan Hal Ehwal Islam dan pembangunan ummah di peringkat persekutuan serta badan yang menjaga dan memelihara hak-hak dan kemaslahatan umat Islam di Malaysia. Islam merupakan agama rasmi Malaysia dan rukun Iman dan rukun Islam merupakan tonggak utama dalam syariat Islam. Oleh itu, penubuhan JAKIM ini adalah atas dasar untuk memastikan agama Islam sentiasa dipelihara syariatnya dan dipertahankan dari ancaman-ancaman yang dapat mengganggu gugat kesucian dan kedaulatan Islam seperti isu-isu kecelaruaan akidah dan ajaran-ajaran sesat yang seterusnya boleh memudaratkan kestabilan dan keharmonian agama Islam di Malaysia. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dalam penulisan kajian dan pengumpulan data dan maklumat untuk kajian ini adalah melalui kaedah pemerhatian dan kajian perpustakaan. Memandangkan penyelidikan adalah dengan mengumpul, mengenal pasti dan mentafsir data, maka tiada penglibatan peserta kajian mahupun responden dalam kajian ini. Kajian ini secara khususnya dilakukan bertujuan untuk mengkaji tentang sejarah penubuhan dan pengenalan terhadap JAKIM serta sumbangan dan peranan badan organisasi ini terhadap umat Islam di Malaysia. JAKIM merupakan sebuah penubuhan organisasi yang telah memberi banyak manfaat kepada masyarakat. Dengan wujudnya sebuah organisasi sebegini maka telah dapat membantu dan melestarikan sebuah kehidupan umat Islam yang selesa, aman sentosa dan harmoni di samping bersama warganegara yang bukan beragama Islam.157 1246 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Kaedah Bacaan Gharib dalam Al-Quran Mengikut Bacaan Imam Hafs An ‘Asim(Penerbit USIM, 2023-01-28) ;Nurul Husna binti Azhari ;Nur Nabilah binti Abdul AzizNur Murshidah binti Muhammad ShahBacaan Gharib membahas tentang maksud perkataan-perkataan yang ganjil dalam al-Quran dan tidak biasa didengari atau digunakan dalam komunikasi seharian manusia. Menurut istilah ulama qurra’, Gharib bermaksud sesuatu yang memerlukan penjelasan khusus kerana perbahasan yang kurang jelas atau kerana peliknya permasalahan sama ada dari segi huruf, lafaz, makna ataupun pemahaman yang terdapat dalam al-Quran. Kajian ini akan memberi fokus kepada satu objektif utama iaitu memberi kefahaman tentang bacaan Gharib di dalam al-Quran menurut Imam Hafs an ‘Asim. Secara keseluruhannya, artikel ini sedikit sebanyak dapat memberi kefahaman dan membantu masyarakat untuk membaca al-Quran dengan cara yang tepat dan lafaz yang betul mengikut bacaan Imam Hafs an ‘Asim. Antara bacaan-bacaan yang dianggap Gharib (tersembunyi/samar) dalam Qiraat Imam ‘Asim riwayat Hafs diantaranya adalah: Imalah, Isymam, Saktah, Tashil, Naqal dan Badal.91 2080 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Kaedah Bahasa Isyarat dalam Pembelajaran Al-Quran bagi Orang Kelainan Upaya Pendengaran(Penerbit USIM, 2023-01-28) ;Raina Binti Ramli ;Nur Hasanatul Fadhillah Binti Ma’arofNur Nadiah Binti Mohd HalidSeluruh dunia sudah mula mengambil berat akan golongan orang kelainan upaya (OKU) dengan menyediakan pelbagai kemudahan bagi golongan ini seperti tempat letak kereta khusus bagi (OKU), tandas untuk golongan (OKU), laluan bagi golongan (OKU), bahkan sekolah khusus untuk mereka. Usaha ini telah ditambah baik bagi golongan orang kelainan upaya yang beragama Islam dengan menghasilkan Quran Braille bagi orang kelainan upaya penglihatan serta Al-Quran isyarat bagi golongan orang kelainan upaya pendengaran. Artikel ini khususnya akan membincangkan tentang penggunaan bahasa isyarat dalam pembelajaran Al-Quran bagi orang kelainan upaya pendengaran. Ini adalah bertujuan bagi menyedarkan lebih ramai dari kalangan masyarakat akan kewujudan pembacaan Al-Quran dengan bahasa isyarat dan menggalakkan pembelajaran dan pembacaan Al-Quran kepada lebih ramai orang terutamanya golongan orang kelainan upaya. Artikel ini akan menggunakan metodologi kajian kualitatif dengan menganalisis dokumen-dokumen yang berkaitan dalam menerangkan sejarah penggunaan bahasa isyarat dalam pembacaan Al-Quran, pandangan Al-Quran dan Hadis terhadap golongan orang kelainan upaya, serta manfaat dan hikmah Al-Quran isyarat bagi golongan ini. Dapatan kajian membuktikan Al-Quran isyarat ini dapat membantu lebih ramai golongan orang kelainan upaya pendengaran ini untuk membaca dan memahami Al-Quran. Penghasilan Al-Quran isyarat ini turut menjadi pendorong utama untuk usaha-usaha lain bagi membantu golongan orang kelainan upaya untuk lebih memahami agama Islam.37 752 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Kaedah Pengajian Kitab Riyadus Solihin di Yotube oleh Ustaz Abdul Somad(Penerbit USIM, 2023-01-28) ;Muhammad Haziq Najmi Bin Rosli ;Zul Afiq Azim Bin BaharudinRiyadus Solihin merupakan sebuah kitab hadis karya Imam An-Nawawi yang masyhur dan sering digunakan dalam kuliah dan pengajian agama di masjid atau di surau. Selain itu, kitab ini juga menjadi rujukan ramai cendekiawan. Pengajian kitab ini juga dapat dipelajari secara atas talian di beberapa platform antaranya Facebook, Youtube, Tiktok dan sebagainya. Walau bagaimanapun, terdapat kekurangan yang muncul sekiranya pengajian ini dijalankan secara atas talian. Kaedah yang digunakan dalam kajian ini adalah kualitatif iaitu kajian melalui kepustakaan. Oleh itu, matlamat kajian ini adalah untuk mengenal pasti keberkesanan pengajian kitab ini secara atas talian terhadap masyarakat. Hasil kajian ini akan membantu generasi agar menjadi manusia yang peka terhadap keadaan diri, keluarga, rakan dan masyarakat muslim. Diharapkan agar kajian ini dapat memberi manfaat dan dijadikan sebagai panduan dalam kehidupan pada masa hadapan kelak.22 399 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Kaedah Pengajian Tahfiz di Maahad Integrasi Tahfiz Insyirah(Penerbit USIM, 2023-01-28) ;Muhammad Muaz Bin Zainal Abiddin ;Muhammad Hafidz Naim Bin Mansor ;Muhamad Faiz Bin Muhamad AzaharPengajian tahfiz di Maahad Integrasi Tahfiz Insyirah menggunakan metod Insyirah (gundal) yang diaplikasikan dari negara Pakistan. Kajian ini dijalankan untuk memahami metod Insyirah dengan tepat dan mendalam. Selain itu, kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif, menerusi analisis dokumen, temu bual, focus group discussion dan pemerhatian. Data kajian dianalisis secara deskriptif berpandukan tema-tema utama yang dihasilkan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa program hafazan al-Quran di Maahad Integrasi Tahfiz Insyirah (MITI) dijalankan secara menyeluruh dan konsisten. Teori hafazan Insyirah (Gundal) dipraktikkan menerusi tiga kaedah iaitu hafaz, tasmi’, dan murojaah.45 585 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Kajian Hafalan Alquran di Maahad Tahfiz Riyadhul Jannah(Penerbit USIM, 2023-01-28) ;Fatimah Azzafirah Binti Md Yani ;Nurul Atilah Binti Roslan ;Aini Naajihan Binti SholehanAl-Quran merupakan wahyu yang disampaikan secara lisan daripada Allah kepada Utusan-Nya Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan Malaikat Jibril AS. Ianya juga merupakan kitab suci yang bersifat syumul yang menjadi petunjuk dan pedoman bagi umat Islam di sepanjang zaman. Namun begitu,lambakan kaedah hafalan yang pelbagai menyebabkan kekeliruan sekaligus membuatkan pelajar hilang minat untuk menghafal Al-Quran . Oleh yang demikian, kajian ini dilaksanakan bertujuan untuk mengkaji tentang metodologi tahfiz Alquran yang digunakan di Maahad Tahfiz Riyadhul Jannah. Selain itu, kajian ini juga menghuraikan tentang latar belakang dan mengumpul data Maahad Tahfiz Riyadhul Jannah. Kajian ini dijalankan secara kaedah kualitatif. Pengumpulan data yang diperoleh melalui instrumen temu bual dengan guru dan pelajar di sekolah. Berdasarkan hasil kajian, didapati bahawa terdapat kaedah pengajaran guru yang dapat mempengaruhi minat pelajar untuk menghafal Al-Quran. Tambahan pula, berdasarkan dapatan kajian yang diperoleh, pelbagai usaha yang dilakukan untuk mempelbagaikan kaedah pembelajaran metod tahfiz supaya pelajar mudah memahami dan mempelajari Al-Quran.49 480 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Kajian Kaedah Hafazan Al-Quran di Sekolah Rendah Islam Integrasi (Tahfiz) Darul Ulum Sriidu, Seremban(Penerbit USIM, 2023-01-28) ;Muhammad Humran Mohd Sani ;Muhammadmuhaimin Harun ;Muhamad Iskandar Zulqarnain Ash’ariKaedah hafazan al-Quran merupakan amalan yang dilakukan oleh para penghafaz Al-Quran untuk menguasai hafazan 30 juzuk Al-Quran yang lengkap. Pelbagai kaedah yang digunakan oleh pelajar untuk dipelajari sendiri mahupun apabila disampaikan oleh guru. Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti sejarah perkembangan sistem dan kaedah hafazan Al-Quran, mengkaji kaedah yang digunakan di dalam pembelajaran dan penghafazan Al-Quran serta kesannya terhadap pelajar Sekolah Rendah Islam Integrasi (Tahfiz) Darul Ulum SRIIDU, Seremban. Kajian ini menggabungkan metode kuantitatif dan kualitatif dimana borang soal selidik telah diedarkan di samping membuat temubual bagi mendapatkan maklumat responden yang terdiri dalam kalangan pelajar serta kajian turut menggunakan kajian perpustakaan. Kajian ini mendapati bahawa tahap amalan kaedah hafazan dalam kalangan responden secara umumnya adalah tinggi, namun ada sebahagian kaedah yang mendapat maklum balas yang rendah dan memerlukan perhatian. Secara keseluruhannya, kajian yang dijalankan ini mencapai objektif yang telah ditetapkan oleh penyelidik iaitu untuk mengkaji apakah sistem pembelajaran dan kaedah hafazan Al-Quran yang paling berkesan di dalam mendalami ilmu Al-Quran.83 2024 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Kajian Kelas Pengajian Quran bagi Komuniti OKU Pekak(Penerbit USIM, 2023-01-28) ;Muhammad Nabil Bin Mohd Firdaus ;Mohamad Idham Bin Mohd Zakaria ;Muhammad Azmi Bin Muhammad SuadiPada era yang kian mencabar ini, pendidikan merupakan elemen penting kepada setiap orang. Ia juga memberi perkembangan yang baik seiring berjalan dengan waktu terutamanya dalam pengajian Al-Quran. Orang Kurang Upaya (OKU) boleh didefinisikan sebagai individu yang tidak mampu menguruskan aktiviti harian mereka seperti orang normal (sama ada secara keseluruhan atau dalam bahagian), disebabkan oleh kekurangan dan kecacatan pada fizikal atau kesihatan mental mereka. Pada masa ini, kemampuan membaca Al-Quran oleh golongan OKU adalah terhad, kerana tiada pengajaran dan pembelajaran khusus. Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji kaedah pembelajaran dan pengajian Al- Quran untuk komuniti OKU secara bersemuka atau alam maya. Kaedah kajian adalah secara kualitatif dengan melakukan temu bual. Hasil dapatan kajian ini menunjukkan bahawa wujudnya manfaat yang banyak terutamanya buat golongan OKU untuk mempelajari Al-Quran supaya golongan ini tidak dipinggirkan dan dapat melangkah bersama mengikuti ilmu berkaitan agama. Diharapkan agar kajian ini dapat dikembangkan lagi oleh para pengkaji untuk mengkaji lebih lanjut berkenaan komuniti OKU pada masa akan datang.39 207