2023 ARIF
Permanent URI for this collection
Browse
Browsing 2023 ARIF by Issue Date
Now showing 1 - 20 of 98
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Kajian Perbandingan Mempelajari Ilmu Tajwid secara Bersemuka atau Secara Atas Talian dan Keberkesanannya dalam Kalangan Pelajar Usim(Penerbit USIM, 2023-01-28) ;Siti Noormarfu’ah Bt Kosnandi ;Siti Nur Dini Huda Bt Zamzuri ;Siti Nordiana Bt Mohamad HanafiMempelajari ilmu tajwid merupakan suatu tuntutan dalam Islam kerana ilmu tajwid adalah ilmu yang berkait rapat dengan pegangan utama umat Islam iaitu kitab suci Al-Quran. Sehubungan dengan itu, kita sedia maklum bahawa hukum membaca Al-Quran secara bertajwid adalah wajib bagi setiap muslim. Rentetan daripada fenomena penularan wabak covid-19, pembelajaran ilmu tajwid kini bukan hanya secara bersemuka, malah diperluas melalui medium di atas talian. Hal ini secara tidak langsung menjadikan pembelajaran secara atas talian sebagai platform utama dalam mendalami ilmu fardhu kifayah ini. Oleh itu, kajian ini dijalankan bagi membuat perbandingan tentang keberkesanan mempelajari ilmu tajwid sama ada secara bersemuka atau di atas talian yang lebih efektif dan berkesan. Kajian ini akan menggunakan kaedah kuantitatif yang akan mengumpulkan maklum balas dalam kalangan pelajar fakulti quran dan sunnah di USIM. Hasil kajian ini akan menunjukkan keberkesanan mempelajari ilmu tajwid antara dua kaedah yang dinyatakan sekaligus merumuskan kaedah mana yang lebih berkesan pada era kini. Kesimpulannya, mempelajari ilmu tajwid kini lebih mudah kerana pelbagai keadah dan medium telah wujud sebagai pemudah cara kepada umat Islam. Justeru, pembelajaran tajwid ini bukan lagi satu halangan atau alasan untuk tidak membaca Al-Quran dengan betul dan bertajwid sekaligus memperbaiki bacaan Al-Quran dari semasa ke semasa.52 211 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Sumbangan Yusuf Al-Qaradawi dalam Modenisasi(Penerbit USIM, 2023-01-28) ;Muhammad Safuan Bin Noor Man ;Nur Muhammad Syahir Bin Murad ;Ahnaf Ahmad Bin Mohd FadzlullahMaisarah SaidinYusuf al-Qaradawi adalah salah seorang ulama’ Islam yang paling berpengaruh dan terkemuka pada zaman ini. Beliau terkenal dengan pandangan yang tidak masuk akal melalui kaca mata mereka yang mengikuti inputnya, dan dilihat oleh penentangnya sebagai seorang sarjana Islam yang kontroversial. Beliau merupakan seorang ulama’ serba boleh dan terkenal sebagai pemimpin pemikiran, aktivis sosial, Muslim yang komited, penulis prolifik, aktivis Islam dan mantan ahli Ikhwanul Muslimin. Hari ini namanya dikenali oleh umat Islam di seluruh dunia Islam dan di tempat lain disebabkan karya penulisannya, syarahan, fatwanya dan juga dianggap sebagai salah seorang pemikir Islam terkemuka dunia, yang menggabungkan pengetahuan tradisional tentang syariah dengan pemahaman masalah kontemporari. Justeru, kajian ini akan menganalisis bagaimana keadaan kemodenan telah membentuk pandangan kontemporari pemikir Islam terkemuka, Yusuf al-Qaradawi. Selain itu, kajian ini juga akan mengkaji pandangan Yusuf al-Qaradawi terhadap modenisasi dan sumbangan beliau dalam modenisasi. Bagi mengkaji sumbangan pemikiran Yusuf al-Qaradawi, kajian ini menggunakan metode kualitatif. Secara umumnya, sumbangan pemikiran Yusuf al-Qaradawi dinilai dan dianalisis melalui buku, artikel, syarahan, khutbah, dan syarahan beliau. Selain itu, kajian ini juga merujuk kepada penulisan terdahulu yang mengkaji pemikiran, sumbangan, pengaruh dan pengalaman Yusuf al-Qaradawi. Selain beberapa batasan aspek metodologi artikel ini, penulis yakin hasil dan analisis yang terkandung dalam artikel ini boleh digunakan sebagai salah satu sumbangan ilmiah dan rujukan untuk menilai pemikiran, pengaruh dan idea Yusuf al-Qaradawi.676 18 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Pembelajaran Al-Quran dalam Kalangan Warga Emas di Madrasah Orang Pencen: Wujudkah Cabaran(Penerbit USIM, 2023-01-28) ;Siti Nabihah Binti Sharudin ;Nur Wanzurina Binti NoormenAl-Quran merupakan panduan yang utama kepada umat Islam kerana ia mampu menjadi cahaya yang menerangi kegelapan bagi mereka. Mempelajari Al-Quran menjadi satu kewajipan kepada umat Islam sepanjang hayat. Justeru, usia emas bukanlah satu penghalang untuk mereka mempelajari dan mendalami ilmu Al-Quran sekaligus ia juga merupakan jalan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT. Oleh hal yang demikian, terdapat banyak masyarakat serta NGO di luar sana menyediakan peluang dalam mempelajari Al-Quran kepada warga emas dengan menyediakan kelas-kelas pengajian Al-Quran sama ada secara rasmi atau tidak rasmi di masjid, pondok, madrasah, atau di rumah mereka sendiri. Namun, dalam mendepani isu pengajaran Al-Quran kepada warga emas di Madrasah Orang Pencen, wujudkah cabaran kepada tenaga pengajar atau golongan warga emas itu sendiri? Justeru, kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti kaedah pengajaran Al-Quran yang digunakan di Madrasah Orang Pencen serta menganalisis cabaran yang wujud sepanjang pengajian Al-Quran di sana. Metodologi kajian yang digunakan dalam kajian ini adalah bersifat kualitatif iaitu kaedah lapangan secara temu bual yang melibatkan pengasas madrasah tersebut, beberapa orang tenaga pengajar, dan beberapa orang pelajar di sana. Program pengajaran Al-Quran di Madrasah Orang Pencen mengambil kira keadaan serta kemampuan warga emas yang ingin belajar di sana. Pengajaran dijalankan secara berkitab dalam mata pelajaran mereka serta dijalankan secara teori dan amali. Pelaksanaan program pengajaran Al-Quran ini telah mendorong pengamalan ajaran agama dalam kehidupan seharian warga emas8 15 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Sumbangan Ustaz Hanan Attaki berkaitan Hadith melalui Media Sosial Aplikasi Youtube(Penerbit USIM, 2023-01-28) ;Aina Najihah Binti Sham ;Nor Izswana Binti Irwan ;Nur Fatihah Binti NorazriPada masa kini, kemudahan untuk berdakwah atau mendalami ilmu agama sangat mudah didapati tidak kira masa dan tempat terutamanya di laman media sosial. Seperti yang diketahui, media sosial telah menjadi salah satu keperluan penting hampir setiap orang. Antara media sosial yang paling banyak digunakan ialah youtube. Youtube adalah sebuah web video perkongsian dimana pengguna dapat memuat, menonton, dan berbagi klip video secara percuma. Hal ini menyebabkan masyarakat dapat menggunakan laman youtube ini dengan sebaiknya seperti menonton video-video dakwah. Terdapat pelbagai video yang berbentuk motivasi dan tarbiah diri tentang kehidupan seharian manusia oleh penceramah yang sangat dikenali, digemari dan diyakini masyarakat seperti Ustaz Hanan Attaki. Beliau telah memberi banyak sumbangan melalui motivasinya yang diselitkan dengan hadith sahih yang berkaitan dengan hujahnya. Kajian ini bertujuan untuk menganalisis sumbangan Ustaz Hanan Attaki berkaitan hadith melalui aplikasi youtube. Jenis kaedah yang digunakan dalam kajian ini adalah kaedah kualitatif iaitu melalui kajian pemerhatian dan kaedah tinjauan melalui google form. Hasil kajian ini mendapati bahawa hampir kesemua responden berpendapat tentang kredibiliti Ustaz Hanan Attaki yang dapat mengubah fikiran dan tanggapan manusia bukan hanya menjadi lebih positif malah dapat mengamalkan hadis dalam kehidupan seharian.Tuntasnya, kewujudan platform youtube dapat memberi kemudahan kepada kita untuk urusan dakwah kepada masyarakat dan menjadikannya sebagai salah satu medium pembelajaran agama dengan mengikut panduan yang betul dan sesuai.26 497 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Kepentingan dan Peranan Aplikasi Tiktok dalam Menyebarkan Dakwah dikalangan Remaja(Penerbit USIM, 2023-01-28) ;Nurul Jannah Binti Abdul Manan ;Nurul Iffah Binti Muhamad Lutfi ;Nurul Izzah Binti Sa'hari AnuarSyed Najihuddin Bin Syed HassanMedia sosial TikTok merupakan platform baru dalam menyampaikan pesan dakwah. Perkembangan teknologi dalam komunikasi ini dapat mempermudahkan penyebaran maklumat dari satu tempat ke satu tempat dengan mudah. Penyebaran maklumat seperti isu dan ilmu agama dapat dikongsi dengan mudahnya kepada berjuta orang. Aplikasi TikTok ini juga sekarang menular dalam kalangan orang muda. Tambahan pula, aplikasi ini juga lebih mudah diakses serta menarik kerana sifatnya yang menggabungkan elemen audio dan visual. Selain hiburan, TikTok juga merupakan alternatif pendakwah untuk mendakwah. Pendakwah juga menggunakan isi dakwah yang menarik dan unik. Kajian membincangkan potensi penggunaan teknologi TikTok terutamanya untuk aktiviti dakwah dan cabaran yang mungkin timbul dalam penggunaanya. Perbincangan adalah berdasarkan senario semasa dalam konteks landskap media berkaitan penggunaan media untuk aktiviti dakwah dikalangan anak muda khususnya. Aktiviti dakwah semasa mestilah mengambil kira penggunaan media yang dimiliki dan digunakan oleh khalayak untuk memastikan kesampaian dan penerimaan mesej dakwah. Dalam masa yang sama, membantu perkembangan ajaran islam yang betul. Jenis kaedah yang digunakan dalam kajian ini adalah kaedah kualitatif iaitu melalui kajian kepustakaan dan tinjauan melalui bahan-bahan rujukan. Hasil kajian ini mendapati peranan TikTok mampu mempengaruhi persepsi atau pemahaman pengguna terhadap pengajian Islam. Kesimpulannya, kewujudan platform Tiktok mampu dijadikan medium rujukan dakwah yang bermanfaat untuk masyarakat khususnya golongan muda.135 3527 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Penggunaan Ayat Al-Quran dan Hadis: Analisis Terhadap Kitab Syarah Qathrun Nada(Penerbit USIM, 2023-01-28) ;Umar Abd Rashid ;Mohammad Azizul KhiriZidny Zammi Fadhel FirdausAl-Quran dan hadis merupakan sumber ambilan bagi ilmu-ilmu syar’iyyah islamiyyah, tidak terkecuali ilmu bahasa Arab. Bagi penggunaan al-Quran sebagai hujah, tiada masalah namun para ulama mu’asirin telah menetapkan beberapa syarat bagi penggunaan hadis. Terdapat beberapa kajian lalu yang membahaskan berkenaan dengan kitab Syarh Qathrun Nada wa Bal al-Sada karangan Ibn Hisyam al-Anshari namun tidak menyeluruh. Penggunaan ayat al-Quran dan hadis sebagai shahid (penguat) yang digunakan oleh Ibn Hisyam dalam kitabnya dijadikan fokus utama kerana ilmu nahu bukan sahaja berkisar pada kaedah semata-mata tetapi hujah bagi kaedah tersebut perlu kepada sumber yang tepat agar dapat memahami ilmu nahu dengan lebih baik dan terperinci. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan kaedah perolehan data menggunakan analisis kandungan terhadap karya Syarh Qathrun Nada wa Bal al-Sada tersebut. Dapatan kajian menunjukkan Ibn Hisyam telah menggunakan sebanyak 404 ayat al-Quran dan 17 buah ḥadis sebagai sumber dalam kaedah nahu Arab. Justeru, ilmu nahu sememangnya sarat dengan dalil al-Quran dan hadis sebagai shahid.6 7 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Pembukuan dan Pendigitalan Hadith: Isu dan Cabaran(Penerbit USIM, 2023-01-28) ;Aisyah Binti Abdul Satar ;Nur Najihah Binti Mohd Isa ;Ainnur Annisa Binti Mohd Khairul AnwarMaisarah Binti SaidinHadith merupakan sumber Islam selepas al-Quran yang menjadi rujukan utama umat Islam sedunia. Perkembangan teknologi tanpa sempadan ini membantu masyarakat meningkatkan tahap pengetahuan dan kefahaman tentang hadith Nabi SAW seterusnya mengamalkannya dalam kehidupan seharian. Namun begitu, pendigitalan hadith ini secara tidak langsung telah menimbulkan pelbagai isu kepada masyarakat Islam, antaranya penyebaran hadith melalui media sosial. Oleh itu, kajian ini bertujuan mengenalpasti isu dan cabaran berkaitan pendigitalan hadis. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif melalui analisis dokumen terhadap sumber primer seperti kitab-kitab hadis dan sumber sekunder seperti, artikel, jurnal dan sebagainya. Kajian mendapati bahawa maktabah syamilah membantu masyarakat dalam mengenalpasti kesahihan hadith. Dapatan kajian boleh dijadikan sebagai panduan penggunaan hadith digital dengan mengambil langkah berhati-hati daripada mempromosikan hadith yang tidak berautoriti. Usaha pendigitalan hadith ini dilihat sebagai medium transformasi pendidikan teras Islam yang mengintegrasikan ilmu wahyu dengan teknologi moden yang memberi manfaat besar kepada umat manusia khususnya Muslim sejagat selari dengan agenda globalisasi dunia hari ini. Kesimpulannya, kajian bidang hadith berdasarkan teknologi maklumat dan digital perlu dikembangkan lebih jauh agar mampu memberikan impak besar kepada kesarjanaan hadith dan mekanisme penyebaran ilmu yang berkualiti dan berkesan.642 36 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Kajian Hafalan Alquran di Maahad Tahfiz Riyadhul Jannah(Penerbit USIM, 2023-01-28) ;Fatimah Azzafirah Binti Md Yani ;Nurul Atilah Binti Roslan ;Aini Naajihan Binti SholehanAl-Quran merupakan wahyu yang disampaikan secara lisan daripada Allah kepada Utusan-Nya Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan Malaikat Jibril AS. Ianya juga merupakan kitab suci yang bersifat syumul yang menjadi petunjuk dan pedoman bagi umat Islam di sepanjang zaman. Namun begitu,lambakan kaedah hafalan yang pelbagai menyebabkan kekeliruan sekaligus membuatkan pelajar hilang minat untuk menghafal Al-Quran . Oleh yang demikian, kajian ini dilaksanakan bertujuan untuk mengkaji tentang metodologi tahfiz Alquran yang digunakan di Maahad Tahfiz Riyadhul Jannah. Selain itu, kajian ini juga menghuraikan tentang latar belakang dan mengumpul data Maahad Tahfiz Riyadhul Jannah. Kajian ini dijalankan secara kaedah kualitatif. Pengumpulan data yang diperoleh melalui instrumen temu bual dengan guru dan pelajar di sekolah. Berdasarkan hasil kajian, didapati bahawa terdapat kaedah pengajaran guru yang dapat mempengaruhi minat pelajar untuk menghafal Al-Quran. Tambahan pula, berdasarkan dapatan kajian yang diperoleh, pelbagai usaha yang dilakukan untuk mempelbagaikan kaedah pembelajaran metod tahfiz supaya pelajar mudah memahami dan mempelajari Al-Quran.49 480 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Persepsi Mahasiswa dalam Pengajaran dan Pembelajaran di Era Endemik Covid 19(Penerbit USIM, 2023-01-28) ;Muhammad Faizal Hasyamudin Bin Rahim ;Muhammad Aliff Bin Kamil NasuruddinFasa endemik telah memberi satu nafas baharu kepada semua pihak dalam memulihkan ekonomi negara, sekali gus mengubah kehidupan kita kembali kepada kehidupan normal tetapi dengan amalan norma baharu serta pematuhan kepada Prosedur Operasi Standard yang telah ditetapkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia. Perubahan fasa demi fasa turut memberi kesan kepada corak pengajaran dan pembelajaran dari pendekatan secara maya, hibrid dan fizikal. Justeru, kajian ini bertujuan meninjau persepsi mahasiswa dalam pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan ketika era endemik Covid 19. Responden terdiri daripada mahasiswa Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, Universiti Sains Islam iaitu mahasiswa yang terlibat dengan pengajaran dan pembelajaran secara maya sepenuhnya ketika musim Covid 19 telah dipilih secara rawak sebagai responden dalam kajian ini. Pendekatan kuantitatif telah digunakan dan responden telah menjawab soal selidik berkaitan persepsi mahasiswa dalam pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan ketika era endemik Covid 19. Dapatan juga menunjukkan tahap tahap persetujuan pelajar dalam kaedah pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran dalam fasa transisi dari era pendemik ketika era endemik ini berada pada tahap yang tinggi. Diharapkan hasil penemuan penyelidik dapat dijadikan panduan dan rujukan kepada pihak pentadbir, para pensyarah dan mahasisiwa di Universiti Sains Islam Malaysia untuk sentiasa bersedia dan merancang sesi pengajaran dan pembelajaran dalam talian menggunakan teknologi terkini seiring dengan situasi semasa.10 10 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Haiwan Fasiq Menurut Perspektif Al Quran dan As Sunnah(Penerbit USIM, 2023-01-28) ;Nur Ezzati Binti Anizam ;Ifrah Hanani Binti BasorudinWirda Binti AzlanZaman kini terus beredar mengikut kemajuan global, al-Quran dan hadis dilihat tetap realistik bagi memberi kefahaman kepada umat Islam dalam pelbagai aspek kehidupan. Al-Quran bukan sahaja membicarakan hubungan manusia dengan Allah SWT dan sesama manusia, malah turut merangkumi perihal dengan makhluk hidup yang lain. Hal ini dikatakan demikian kerana di dalam surah al-Maidah (5): 95, secara kasarnya ada menyebutkan hubungan antara orang yang berihram dengan haiwan. Maka, jika diteliti dengan lebih lanjut, terdapat beberapa kelompok haiwan di dalam Islam yang perlu difahami dalam menilai skop interaksi antara orang yang berihram dengan haiwan. Antara yang tergolong dalam kategori itu ialah kelompok haiwan fasiq. Hal ini sangat penting kerana sudut perbahasan tidak hanya terhad bagi orang berihram, bahkan turut digunakan bagi orang Muslim yang lain. Malah, pandangan al quran dan hadis berkaitan haiwan fasiq amat berbeza dengan pandangan masyarakat kini. Sehubungan itu, kajian ini akan merungkaikan perbahasan berkaitan haiwan fasiq menurut perspektif al quran dan hadis serta rumusan fuqaha' mengikut aspek hubungannya dengan orang Muslim.542 35 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Laman Sesawang ‘Amrayn.com’: Kajian terhadap Kelebihan dan Kekurangannya(Penerbit USIM, 2023-01-28) ;Muhammad Sakhawi Adli bin Jeffri Din ;Mohamad Farhan Affan bin Othman Lion ;Muhammad Solihin bin Jamal Abdul NasirPada era dunia tanpa sempadan ini, pembelajaran menerusi teknologi semakin pesat berkembang. Pembelajaran secara atas talian pada era COVID-19 juga telah menyebabkan para pelajar pada setiap peringkat dapat menyesuaikan diri dengan pembelajaran secara norma baharu. Oleh itu, pengetahuan untuk mengakses maklumat dengan betul amat penting kerana ia membolehkan para pelajar memperolehi maklumat dengan efisien dan pantas. Hal ini juga terpakai dalam kalangan pengguna internet, mereka boleh mengakses maklumat yang tepat berkaitan al-Qurān dan as-Sunnah menerusi laman sesawang ‘amrayn.com’. Sehubungan dengan itu, kajian ini dilakukan bertujuan untuk menganalisis kelebihan dan kekurangan laman sesawang ini. Kaedah kualitatif berdasarkan pemerhatian telah digunapakai bagi mencapai tujuan tersebut. Hasilnya, kajian mendapati bahawa laman sesawang ‘amrayn.com’ ini mempunyai banyak kelebihannya berbanding kekurangannya. Antaranya, laman sesawang ini dapat membantu ahli-ahli akademik dan para pelajar terutama dalam ilmu tafsīr dan terjemahan ayat qurān yang terdiri dalam beberapa bahasa dan juga dapat membantu untuk mengkaji status sesebuah hadīth dengan pantas. Diharapkan kajian ini dapat membantu masyarakat khususnya ahli-ahli akademik dan para pelajar untuk menggunakan laman sesawang ini dengan efektif dan dapat dijadikan panduan dan rujukan kepada pengkaji lain pada masa akan datang. Kesimpulannya, laman sesawang ‘amrayn.com’ mampu dijadikan medium pembelajaran yang efisien khususnya kepada pelajar dan penyelidik dalam bidang al-Qurān dan as-Sunnah.75 647 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Sainstisme dan Kebenaran Al-Quran(Penerbit USIM, 2023-01-28) ;Muhammad Aminullah Bin Rosdi ;Muhammad Syakir Bin Mustaffa ;Mohamad Zuhhairi bin RatijanMaisarah SaidinIslam adalah agama yang syumul, sememangnya tidak boleh dipisahkan daripada sains. Dalam Islam terdapat pelbagai ilmu berkaitan kehidupan yang didasarkan dari al-Quran dan Hadis. Begitu juga bidang ilmu lain seperti astronomi, biologi, zoologi dan sebagainya tidak boleh dipisahkan daripada Islam. Namun, terdapat sebahagian besar masyarakat yang taksub untuk memisahkan al-Quran daripada sains antaranya adalah golongan sainstisme. Justeru, kajian ini bertujuan mengenal pasti punca atau faktor wujudnya sainstisme dalam masyarakat, seterusnya mengetahui teori sainstisme serta mengkritik teori mereka berdasarkan hujah dan kebenaran yang termaktub dalam Al Quran demi pemeliharaan syariat Islam yang semakin terjejas. Kajian ini merupakan kajian kualitatif dengan menggunakan metode analisis dokumen dan teks al-Quran. Hasil daripada kajian tersebut, teori yang disebarkan oleh golongan sainstisme didapati sepenuhnya terpesong apabila teknologi masa kini telah mengkaji kebenaran yang terdapat dalam al-Quran. Sebagai contoh, teori Darwin yang mengatakan manusia berevolusi daripada monyet, telah terbukti bahawa Al-Quran menyatakan manusia berasal dari air mani (al Mu'minun: 14). Justeru itu, diharapkan kajian ini dapat membuka mata masyarakat untuk mendalami lebih lanjut tentang hubung kait antara al-Quran dan Sains seterusnya bergegang teguh dengan kehujahan al-Quran.47 1566 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Kesenian Islam: Kaedah Memartabatkan Mashaf Al-Qur’an di Yayasan Restu Selangor(Penerbit USIM, 2023-01-28) ;Nurul Natasha Binti Mohd Riza ;Nurul Husna Binti Abdul WahidKedatangan Islam yang dibawa oleh Rasulullah S.A.W. dalam penyampaian kitab suci al-Qur’an sebagai panduan dan bimbingan kepada umat Islam adalah merupakan suatu kurniaan yang besar daripada Allah S.W.T. Kitab al-Qur’an yang mahfuz sehingga ke hari ini dikumpulkan dengan pelbagai peringkat yang khusus dan rapi hasil daripada usaha dan ijtihad para sahabat Baginda S.A.W. Sebagai tambahan, pemeliharaan kitab suci al-Qur’an yang berterusan sehingga ke zaman moden kini memiliki kaedah dan gaya yang unik seterusnya membuktikan keindahan kesenian Islam yang mempunyai identitinya yang tersendiri. Justeru, kajian ini dijalankan bagi menerangkan bagaimana mashaf-mashaf al-Qur’an ini disalin, dicetak, disusun dan dihias di Yayasan Restu yang bertempat di Selangor. Selain itu, kajian ini bertujuan untuk menjelaskan bagaimana institusi Yayasan Restu ini berfungsi dalam memartabatkan mashaf al-Qur’an. Akhir sekali, memberikan kesedaran akan nilai-nilai seni dan estetika Islam yang indah yang ditampilkan kepada masyarakat di institusi Yayasan Restu di Shah Alam, Selangor. Metodologi yang digunakan dalam kajian ini adalah menerusi kaedah kualitatif yang terbahagi kepada dua bahagian iaitu penyelidikan serta penelitian di institusi Yayasan Restu melalui sumber-sumber bahan bacaan. Disamping itu, menemuramah wakil institusi Yayasan Restu untuk mendapatkan beberapa maklumat tertentu mengenai proses pemeliharaan dan memartabatkan mashaf al-Qur’an. Kesimpulannya, kita dapat lihat hari ini bahawa kreativiti dan inovasi yang diterapkan dalam kesenian Islam khususnya dalam proses pembikinan mashaf al-Qur’an di Yayasan Restu ini dapat memberikan dampak yang besar kepada perkembangan komuniti umat Islam serta meninggikan kedudukan kalam suci Allah S.W.T.12 245 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Tadabbur Al-Quran: Pengajaran daripada Kisah Harut dan Marut(Penerbit USIM, 2023-01-28) ;Afnan Hamimi Bin Khairi ;Faiz Irfani Bin KhalidiMuhammad Hazman Bin ZamzuriHarut dan Marut adalah dua malaikat yang diutus oleh Allah ke negeri Babylon. Nama kedua malaikat ini ada disebutkan dalam Al-Quran. dan mengikut ajaran-ajaran sihir yang dibacakan oleh puak-puak syaitan dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman. Artikel ini membawa tafsir daripada surah al-baqarah ayat 102 dan asbab nuzul ayat.. Hasil dapatan menunjukkan bahawa terdapat aspek pengajaran yang boleh diambil oleh umat Islam dan umat manusia iaitu kewajipan mengikut syariat agama yang dibawa oleh nabi Muhammad SAW dan sebagainya.261 4982 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Pembelajaran Hadis menggunakan Aplikasi Jami’ Kutub Tis'ah: Keberkesanan dalam Kalangan Pelajar Jurusan Hadis di Usim(Penerbit USIM, 2023-01-28) ;Mawaddah Binti Hasbullah ;Siti Nur Syuhada Binti Rosli ;Wan Nur Aqilah Binti Wan RoslanJami Kutub Tis’ah merupakan satu aplikasi yang memuatkan hadis-hadis popular yang diriwayatkan oleh sembilan imam. Imam yang dimaksudkan ialah Imam Bukhari, Imam Muslim, Imam Abu Daud, Imam Tirmizi, Imam An-Nasa'i, Imam Ibnu Majah, Imam Ahmad, Imam Malik, Imam Ad Darimi. Pada asalnya, aplikasi ini merupakan sebuah buku dan telah dijadikan dalam bentuk digital bagi memenuhi keperluan semasa. Namun, aplikasi ini hanya mengandungi sembilan buah kitab hadis sahaja. Selain itu, fungsi aplikasi ini juga kurang didedahkan kepada pelajar USIM jurusan hadis kerana masih ramai yang tidak mahir dalam menggunakannya. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tentang sejarah dan perkembangan serta keberkesanan aplikasi ini kepada pelajar jurusan hadis di USIM. Jenis kaedah yang digunakan dalam kajian ini adalah kaedah kuantitatif iaitu melalui kajian perpustakaan dan tinjauan melalui bahan-bahan rujukan. Penyelidik menggunakan instrument seperti soal selidik dan ujian pencapaian bagi memungut data. Instrumen berfungsi sebagai alat pengukur dan menjadi alat perantaraan antara penyelidik dan peserta kajian. Hasil kajian ini mendapati, aplikasi Jami Kutub Tis'ah ini sangat memberi manfaat kepada pelajar jurusan hadis sebagai sumber rujukan dalam mengetahui status sesuatu hadis. Kesimpulannya, dengan adanya aplikasi Jami’ Kutub Tis‘ah ini dapat membantu para pelajar untuk mendapatkan maklumat mengenai sesuatu hadis dengan lebih pantas. Justeru itu, setiap pelajar jurusan hadis perlu mendalami isi kandungan aplikasi ini agar dapat menggunakannya dengan lebih arif dan berkesan.58 234 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Konsep Ukhuwah Islamiyah dan Kepentingannya kepada Umat berdasarkan Al-Quran(Penerbit USIM, 2023-01-28) ;Aishah Mardhiah Binti Hamad ;Nur Fitrah Binti KamarazmanSyed Najihuddin Bin Syed HassanUkhuwah merupakan anugerah daripada kekuatan iman dan taqwa yang melahirkan perasaan kasih sayang yang mendalam, saling mempercayai dan menghormati, sesama manusia yang terikat dengan akidah Islam. Ukhwah Islamiyah juga ditakrifkan sebagai hubungan persaudaraan yang dijalanin oleh rasa cinta dan didasari oleh akidah dalam bentuk persahabatan bagaikan satu bangunan yang kukuh. Dalam al-Quran banyak ayat yang menuntut umat islam untuk menjaga hubungan persahabatan sesama manusia tanpa pergaduhan. Dapat dilihat bahawa masyarakat Islam perlu memainkan peranan penting dalam merealisasikan keamanan, kerana keamanan adalah asas utama dalam ajaran Islam. Kajian ini adalah bertujuan untuk mengetahui konsep ukhuwah islamiyah dan kepentingannya berdasarkan al-Quran kepada semua masyarakat dan pelajar USIM. Jenis kaedah yang digunakan dalam kajian ini adalah kaedah kualitatif. Skop kajian yang tertumpu perpustakaan USIM untuk mencari maklumat tambahan iaitu buku-buku, surat khabar, jurnal dan sebagainya. Hasil kajian mendapati bahawa ukhuwah islamiyah adalah sesuatu yang penting kerana Allah membentuk manusia adalah untuk memupuk ukhuwah dan kesatuan umat Islam dalam lingkungan yang kukuh dan jitu. Ini kerana untuk menjadikan ukhuwah Islamiah yang terbentuk secara harmoni tanpa pergaduhan. Kesimpulannya, ukhuwah islamiyah adalah sesuatu yang sangat penting dalam kehidupan seharian kerana Allah menjadikan manusia adalah untuk memupuk ukhuwah dan kesatuan umat islam yang harmoni. Oleh itu, perlulah semua umat islam mengambil peranan penting dalam menjaga konsep dan kepentingan ukhuwah islamiyah itu sendiri dan terus memupuk semangat persaudaraan agar menjadikam ia lebih kukuh. Ayat-ayat al-Quran juga mengandungi hikmah yang tidak terhingga dalam membantu manusia memperkukuh kekuatan ukhuwah.236 132 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Perbandingan Maktabah Syamilah dan Jami’ Kutub Tis’ah dalam Kalangan Pelajar: Satu Kajian Analisis Kepenggunaan(Penerbit USIM, 2023-01-28) ;Nurul Asyikin Binti Abdullah ;Nurul Asyiqin Binti Mohd RozyHadith merupakan sumber kedua bagi agama Islam selepas al-Quran. Kajian ini membincangkan tentang perbandingan Maktabah Syamilah dan Jami’ Kutub Tis’ah. Ianya bertujuan untuk mengenal pasti Tahap Kepenggunaan antara Software Maktabah Syamilah dan Aplikasi Jami’ Kutub Tis’ah. Kajian ini merupakan kajian soal selidik yang dijalankan terhadap mahasiswa Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan mahasiswa di lain-lain universiti tempatan. Hasil dapatan kajian mendapati bahawa Software Maktabah Syamilah dan Aplikasi Kutub Tis’ah merupakan medium para pelajar untuk mencari serta mentakhrijkan hadith secara pantas yang menempatkan puluhan ribu hadith beserta Riwayat dan perawinya. Kesimpulannya, penggunaan Software Maktabah Syamilah dan Jami’ Kutub Tis’ah ini merupakan teknologi yang memberi kemudahan kepada pelajar untuk mendapatkan sumber hadith.11 11 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Manhaj Qiraat Imam Warsy dalam Surah As-Saff(Penerbit USIM, 2023-01-28) ;Ahmad Nurhilmi Bin Mohamad Mansor ;Ahmad Danial Danish Bin ZakariaDzulfaidhi Hakimie Bin DzulraidiRiwayat Imam Warsy merupakan cara membaca al-Quran yang tersebar luas di masyarakat dengan pelbagai perbezaan. Malangnya, orang tidak begitu akrab dengan riwayat bacaan AlQuran, walaupun mereka mendengar bacaan Al-Quran yang berbeza daripada biasa, mereka akan menilainya sebagai sesuatu yang asing. Dari fenomena tersebut, perlu diterangkan kepada masyarakat tatacara membaca al-Quran yang diriwayatkan oleh Warsy, agar tidak timbul rasa curiga apabila mendengar cara membaca al-Quran yang berbeza. Hasil kajian menunjukkan terdapat banyak qiraat Warsy yang terkandung dalam surah ash-Shaff, terdapat 12 bacaan dari segi manhaj qiraat. 10 bahagian (Usul) qiraat Warsy dan 2 perbezaan bahagian (Farsy al-huruf). Penulis juga mendapati bagi Warsy terdapat 28 tempat yang berbeza, sehingga al-Quran tidak boleh dibaca hanya dengan satu versi qiraat.37 29 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Konsep Doa Nabi Yunus dalam Surah Al-Anbiya(Penerbit USIM, 2023-01-28) ;Muhammad Zaqwan Hakeem Bin Malek ;Muhammad Alif Haziq Bin KhirushamMuhammad Arif Ikram Bin BaharuddinArtikel bertujuan menerangkan berkaitan konsep doa Nabi Yunus beserta bukti bagi menyokong setiap hujah yang akan diberikan. Artikel ini akan mengupas dengan secara terperinci mengenai definisi doa yang sebenar menurut ulama Disamping itu, penulis mengkhususkan kajian berkaitan konsep doa Nabi Yunus di dalam surah Al Anbiya’. Melalui doa atau zikir Nabi Yunus ini, penulis akan menceritakan secara ringkas sirah Nabi Yunus bagi mengenal pasti faktor-faktor yang terlibat berkenaan doa Nabi Yunus. Seterusnya, penulis akan menghuraikan berkenaan konsep dan aspek yang terdapat di dalam doa Nabi Yunus. Objektif artikel bagi memberi pendedahan terhadap penghayatan doa Nabi Yunus yang seterusnya membantu kita untuk menjalani kehidupan seharian dengan lebih efektif. Amal tanpa ilmu itu sesat dan ilmu tanpa amal itu sia-sia, maka dari itu, pengunaan doa Nabi Yunus yang sering diucap di dalam doa tanpa menghayati maksud dan konsep sebenar do aitu boleh membawa kepada perbuatan yang sia-sia. Artikel ini merupakan kajian kualitatif. Penyelidikan kualitatif bergantung kepada beberapa kaedah pengumpulan data dan analisis yang melibatkan penyelidikan dalam kajian. Antaranya ialah kaedah pembacaan al-Quran, tafsir yang muktabar dan buku yang berkaitan dengan tajuk kajian. Ini dilaksanakan untuk konsep Doa Nabi Yunus. Pada era modenisasi ini, setiap dari kita akan menghadapi tekanan atau ujian yang berbeza pada setiap hari. Menghadapi ujian yang berbeza bagi setiap manusia boleh membawa kepada pelbagai masalah terutamanya masalah mental. Oleh itu, signifikan artikel ini bagi menjadi salah satu medium bagi kita memahami dan seterusnya menjadi pemangkin kepoada kita di dalam menongkah arus ujian yang dihadapi.12 55 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Etika Wanita di Media Sosial: Kajian Menurut Perspektif Nabawi(Penerbit USIM, 2023-01-28) ;Siti Nabihah Binti Izham ;Nurul Izzah Iman Binti BadruddinNurul Quraisyah Binti OmarMedia massa merupakan medium ataupun jaringan komunikasi yang memudahkan interaksi sosial antara masyarakat. Namun begitu, kewujudan peralatan canggih dan media sosial banyak memberi impak dalam kehidupan manusia terutamanya kaum wanita pada hari ini. Kajian ini bertujuan mengenal pasti hadis-hadis berkaitan etika dan adab wanita dalam bersosial. Kajian ini juga mengkaji tentang kesan pelanggaran etika oleh wanita dalam media sosial. Bagi mencapai objektif tersebut, kajian kualitatif ini menggunakan pendekatan kepustakaan sepenuhnya dengan mengumpul dan menganalisis isu berkaitan dengan media sosial sama ada dari artikel jurnal, laporan akhbar dan laman sesawang. Kajian ini juga menganalisis hadis berkaitan wanita dengan merujuk kepada kitab-kitab hadis dan syarahnya. Hasil kajian mendapati wujud pelbagai isu atau kes berkaitan wanita dalam penyalahgunaan media sosial seperti menari di dalam TikTok. Maka penggunaan media sosial itu perlu diselaraskan dengan etika dan akhlak Islam sebagai panduan berinteraksi di media sosial. Tambahan pula, telah berpesan Nabi Muhammad SAW sebagai peringatan bagi umatnya supaya sentiasa berwaspada dan berhati-hati dalam semua bentuk fitnah yang ada di atas muka bumi. Kesimpulannya, media sosial telah menjadi alat komunikasi yang paling diperlukan dalam era globalisasi kini, maka etika diperlukan dalam penggunaannya.610 34