2023 ARIF
Permanent URI for this collection
Browse
Browsing 2023 ARIF by Author "Abdul Zahid Bin Abdul Jabar"
Now showing 1 - 1 of 1
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Sejarah dan Perkembangan Proses Pengurusan Pelupusan Teks Al-Qur’an pada Era Teknologi Kini(Penerbit USIM, 2023-01-28) ;Abdul Zahid Bin Abdul Jabar ;Nukman Mukrami Bin Abdullah ;Muhammad Danial Aiman Shafiq Bin SapieeMaisarah SaidinAl-Qur’an Al-Karim adalah kitab suci yang diwahyukan Allah SWT kepada Nabi Muhammad S.A.W. sebagai rahmat dan menjadi petunjuk bagi manusia yang beriman dan bertakwa dalam kehidupannya. Pemeliharaan al-Qur’an merupakan suatu perkara yang amat penting bagi menjaga kesucian dan kemuliaannya daripada tercemar. Namun begitu, kelemahan pada pengurusan telah menyebabkan masalah lambakan teks al-Qur’an tidak dapat diuruskan dengan baik. Justeru, objektif kajian ini adalah untuk mengkaji sejarah awal pelupusan al-Qur’an dan kaedah terbaik proses pelupusan al-Qur’an, selepas berlakunya tragedi benjir di beberapa buah negeri sehingga menyebabkan kerosakn mushaf al-Qur’an sebanyak 25.2 tan (Pusat Pelupusan al-Qu’an Darul Kalam). Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif. Manakala, teknik pengumpulan data adalah menggunakan buku, majalah, artikel jurnal, dokumen-dokumen daripada website rasmi dari pihak yang terlibat seperti Kementerian Dalam Negeri dan Jabatan Agama Islam. Hasil kajian menunjukkan bahawa, teknik yang sering dipraktikkan oleh umat islam hanyalah satu, iaitu pembakaran dan pembuangan abu ke dalam laut. Akhir sekali, diharapkan kertas kerja ini dapat memberi garis panduaan dalam menguruskan proses perlupusan al-Qu’an untuk umat islam, serta memelihara kesuciannya sebagai rujukan utama. Semoga perkembangan ilmu ini secara langsung dapat memperkasa dan memelihara keautoritian al-Qur’an di era teknologi.19 157